Followers

31 October 2013

Ibarat ditelan rasa tebuan, Diluah rasa lebah

Assalammualaikum wbt
dan 
Selamat Malam Jumaat >_(  

wooowwww 
lama sungguh aku x update blog kesayangan nie
maaf pada silent reader
hamba kepenatan yang amat sangat 
sejak balik kursus
mcm2x nk difikir
masalah datang mcm tgh tgu giliran je nak diselesaikan
tak mengapalah masalah tue akan mematangkan kita 
betul tak


oohooo sangat2x lah busy
last week gak buku PSS sampai sekolah
100 buah semuanya
kaku tergamam nasib baik x mengigil
nk cek satu per satu
tp nasib baik buku tue semua best2x belaka
ayat geletis
alaaaa tak rugi pss aku dpt buku baru kan
jangannnn jelesssss ya kawan2x
hehehe
(padahal tgh cari masa nk selesaikan semua kerja nie)

huh hokey fokus pada tajuk yang mengerikan tue 

oklah 
ari nie mgkin ari yang menjadi 
hari paling panas bagi kami yang bergelar 
pembantu tadbir rintis

apalah yang diorng nak pandang dengan PT nie
dikahak2xkan je

kononnya KAMI nie kena menghadiri 

"MAJLIS DIALOG KETUA PENGARAH JPA
BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION GURU DI MELAKA TAHUN 2013"



wahh ko ...aku rasa korang semua bersemangat kan

macam aku 
rasa debar2x nak tau feedback kajian rintis nie
sama ada kita berjaya 
atau sebaliknya
tapi alhamdulilah insyallah cerah masa depan kita 
doakan ya

cuma ada sesetengah perkara semasa dialog tadi yang wat kami semua rasa x puas ati

aku tak tau lah yang bercakap tue..
ade akal ke x
cakap mcm disondol b_ _ i  je
huh !!!!!!!!!!!!!!
betul2x aku marah nie
aku dah x peduli lg ko cikgu ke hape ke
ko dah buat martabat ko 
kami semua pandang rendah okey!!!!!!!!!!!

TAU TAK
KAMI NIE SELAKU 313 PT RINTIS 
berusaha untuk bagi yang trbaik dalam perkhidmatan kami 
apa sahaja kehendak sekolah
cuba kami penuhi
walaupun ianya di luar skop tugasan kami
penah CIKGU-CIKGU FIKIR
apa yang kami rasa
bila berselisih muka
ditegur ...disenyum
tapi ko semua buat muka berlagak
hina sangat ke kami nie 
dimata ko sebagai cikgu
ko nak kemas kini segala bagai data
KAMI JUGAK YANG KO CARI
Korang ganggu kami tak kira waktu
sampai waktu cuti pun korang gedik2x cari kami
tak pernah nak ucapkan terima kasih
tp tak ape lah mmg dah itu tugasan kami


ini salah satu luahan yang lahir dr pt yang ko pandang hina seperti kami
Xpenah mintak ofis ber-aircond..bersyukur walaupun kontrak,dinaikkan gaji,beri bonus,aku datang dari susah mencari senang,dari bodoh mencari pandai...xpenah merungut,xpenah mengadu,sentiasa bertanya,sentiasa mencari,sentiasa memberi...guru diagung ibarat raja,kerna mereka la pendidik bangsa,xpenah diduga,xpenah ku sangka...guru jua menolak kita...rintis dipandang kebawah sekali,xdifikir kami la lapisan generasi...pencentus jawatan hakiki,anak bangsa y mungkin anak pendidik kini...

Mood:
Pandang lah kami ibarat anda diawal dulu..xada bayi y lahir terus berlari..berilah kami masa untuk merangkak,mencari kekuatan untuk berdiri dan berlari..
 credit Firzie Boyot 
 
 
terasa kecewa yang amat sangat bila sesetengah guru mempertikaikan kewujudan kami disekolah
apalah salah kami semua
kami pun x minta tuk berkhidmat dengan anda
apa yang kami pegang
mgkin inilah rezeki kami semua
berkhidmat dan membantu anda
ya kami dipilih berdasarkan kelayakan SPM sahaja
tapi pernahkah ko tahu bahawa ada juga di kalangan kami yang mempunyai latar belakang yang lebih baik ....diploma...degree ..lebih baik dr ko,cikgu
apalah hina sangat si pemegang SPM nie
ko pun ambik gak SPM 
ekeke ngok ngek nya ko cikgu
huhu mulut busuk 
 
*baby nie pun ...x lepas SPM lagi...usaha sayangggg cepatttt pumping...kahkahkah...cepatt :)...kami nie ibarat baby mcm dalam pic nie....tgh berusaha belajar yg terbaik.....*
 
 *ENTRY NIE ADE SAMBUNGAN LAGI
TAK SEMPAT AKU NK UPDATE SEMUA...GURUH DAH BUNYI TAKUT LAH....KANG TAK MEMASAL..AKU RENTUNG HITAM DPN LAPTOP...NANGIS GPM & GD aku tkde pt rintis lg yang tolong dia....hahaha nasib bek GPM n GD x komen td ...lau x sok wat dinding tinggi2x ... :) *
 
 



24 October 2013

Peristiwa Ngeri Bilik 905

Salam                                                                                
*HOTEL MIDAH...tue kan nama aku tue*
semua ....wah dah 3 ari ko
aku x update belog comel nie

almaklum ler berkursus katakan 
mengalah pegawai BPTN 

3 ari kursus kat KL ...
Dengan bangganya bagitau warga blogger...wakaka
kursus pusat sumber kat hotel midah...
adoiiiiiiiiii ko penat nya rasa....
sampai cuti ari nie
dan x dan aku nie kan ...


ok---ok 
aku citer satu persatu ya

sampai KL dah kol 1.30 then check in..adoi bersesak dalam tue..nk berebut ambik kunci
semua dah kepenatan 
masing-masing bawak beg mengalahkan askar nk masuk hutan
adalah semuanya bwk 3 buah beg..
rs nya aku ngan mira 
paling dasat beg nya
nk nuntut ilmu katakan
x kan nk lenggang kangkung gi kursus
kang aku nk present apa depan guru besar
hahaha nahas kak gayah letakkan
muncul pistol atas pala aku
*maaf mama ...sy gurau aje...hahaha*


ini adalah sebuah kisah yang sangat tragis bagi kami berdua
okkk pas diberi taklimat petang isnin tue
aku n mira
berkobar-kobar ko ...gi 7e..beli stok maggi

satu maggi cup

satu maggi bungkus


nak jimat budget katakan

sanggup guna semula cup maggi tue

rendam ngan syampooo 



korang nampak syampooo ape tue
kahkahkahkahkah
aje giler sehari suntuk kami rendam kan 

tibalah saat yg ditunggu 
malam terakhir di hotel
sambil layan citer 
sambil kemas barang

kami berdua pun bukalah bungkusan maggi masing-masing
rendam semula dalam cup maggi
*gaji x pat bulan nie..jimat cermat auwww*

waahhhh dengan megahhhnya
masing-masing muka dengan lahapnya
nk melantak
wakakak kasau ko bahasa...
takpe kami kan orang melaka
ya x
murtad melaka kalo kami x kasar ok........ 

dimulakan santapan itu dengan tekak besar si mira selaku rumet 
tetiba dia kata

"BABY............MAGGI RASA SYAMPOO JE NIE"
lebih kurang gitulah katanya


aku x puas hati gakkk
aku nk tauu betul ke x
 aku pun duk bersila ...
layan rooney n drogba
wakakka
buka mulot luas-luas ko

slluuurruuuppp

tergamam dan terhenti dan terbau seketika

makkkk aihhhhhhhhhh
betul kata rumet
rasa syampoooo
hakkkkkkkkkpppuuuuiiiiiihhh 
x lalu nak telaaannnnnn oiiii
adoiiiiiiii
nie lah nk jimat nauuuuuu
ambik ko

rumet aku abis plak telan maggi dia
sudahnya pagi2x dia menjajau gi toilet
kahkahkah siap bertekak dengan aku 
berebut tandas.........

hahaha rumet
tak yah la anda pakai pam berak len kali
tue je ubat dia
wakakaka jangan marah

serikkkkk ke x
hahaha ok next time kursus
jangan wat keja giler nie lagi..
hahahaha

tragis ke x nie
hahahaha 
x berapa nau kot



20 October 2013

Solat Tapi Hidup Tidak Bahagia

Sudahkah kita benar-benar menghadapkan diri dan kehidupan kita sepenuhnya kepada Allah? Berapa peratus? Seratus peratus? Lima puluh peratus? Atau baru sepuluh peratus?
Tahukah anda bagaimana mahu mengukur tahap anda menghadap kepada Allah? 
Mudah saja. Lihat sejauh mana anda menghadapkan diri kepada Allah sewaktu solat. Berapa peratuskan solat anda itu benar-benar sedar kepada Allah dan betul-betul menghadap kepada-Nya dan bukan menghadap kepada yang selain-Nya seperti kerja yang belum disiapkan, ikan di kuali atau kunci yang hilang.

Sebaik anda mengangkat takbiratul ihram, perhatikan kesedaran anda. Anda boleh berada dalam dua kesedaran, pertama kesedaran kepada Allah dan merasa dilihat Allah atau kesedaran nafs iaitu perkara-perkara berkaitan dunia dan hawa nafsu. Sekiranya kesedaran anda kepada Allah hanya sekitar sepuluh peratus sahaja dari keseluruhan solat itu, maka begitu jugalah sepuluh peratus sahaja anda menghadapkan diri dan kehidupan kepada Allah. Itulah cara mengukurnya kerana solat menggambarkan diri dan kehidupan anda.
Bayangkan di dalam sebuah kelas, sekiranya terdapat pelajar yang bercakap semasa guru bercakap, itu menunjukkan sikapnya yang sama di luar kelas iaitu tidak menghormati orang lain. Sikap kita di dalam solat sama dengan sikap kita di luar solat. Justeru, inilah rahsianya untuk kita mengubah sikap dan kehidupan kita kepada yang lebih baik. Iaitu dengan membaiki solat kita. Inilah latihan yang Allah sediakan.
Solat adalah suatu perbuatan yang dibuat berulang-ulang kali. Setiap perbuatan yang dibuat berulang kali akan menjadi perilaku atau sikap seseorang yang melakukan perbuatan itu. Justeru Allah mewajibkan hamba-Nya untuk solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadapkan dirinya dengan penuh kepada Allah ketika solat. Inilah yang terungkap dalam Doa pembuka solat iaitu Doa Iftitah, “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi” dan kalimah seterusnya “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”.
Bayangkan sekiranya seseorang itu menghayati apa yang dibacanya dalam doa Iftitah ini, iaitu dengan melakukan apa yang dibaca bukan sekadar membaca tanpa sedar, pastinya ia akan berubah menjadi perilaku. Bagaimana dia benar-benar menghadapkan wajahnya kepada Allah ketika dia membaca doa Iftitah pastinya dia terlatih untuk menghadapkan diri dan kehidupannya hanya untuk Allah. Inilah rahsia solat yang khusyuk. Apabila seseorang berjaya untuk solat dengan khusyuk maka dia juga berjaya menghadapkan diri dan kehidupannya kepada Allah di luar solat. Dia juga akan berjaya mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana dia sentiasa sedar akan Allah setiap waktu dan ketika. Firman Allah; “.. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

Ramai umat Islam hari ini mempunyai masalah untuk solat dengan khusyuk. Apakah dan dimana puncanya masalah ini?
Pertamanya kerana tidak adanya ilmu bagaimana kaedahnya untuk khusyuk di dalam solat. Dari kecil, kita diajar dengan lengkap rukun-rukun dan sunat-sunat solat, kita diajar apa yang membatalkan solat tapi jarang sekali yang mengajar bagaimana untuk khusyuk dengan solat. Justeru, ilmu untuk solat dengan khusyuk tersangatlah penting agar solat kita menjadi solat yang khusyuk dan menghadapkan diri kepada Allah. Barulah hidup kita akan betul menghadap kepada Allah dan tidak selain-Nya. Dengan itu benarlah kalimah syahadah yang kita ucapkan bahawa tidak ada Tuhan lain yang kita hadapkan wajah kita selain Allah; tidak menghadap kepada wang dan harta, tidak menghadap kepada pangkat dan kemasyhuran yang dengan itu kita telah mensyirikkan Allah.
Keduanya, setelah kita belajar solat dengan khusyuk, mengapa kita masih mempunyai masalah untuk khusyuk? Ini adalah kerana dalam diri kita ada nafs (hawa nafsu) yang sering mengajak kepada kejahatan. Diri kita masih mempunyai banyak keinginan yang berkaitan dengan dunia.
Justeru ketika kita mahu menghadapkan diri kepada Allah di dalam solat, keinginan-keinginan dunia dari hawa nafsu akan menarik kesedaran terhadap Allah dan membawa kita kesedaran dunia dan isinya. Justeru solat kita menjadi tidak khusyuk kerana jiwa tidak menghadap kepada Allah tetapi kepada selain-Nya. Bagaimana untuk menghadapi masalah ini?
Allah sudah menyiapkan senjata untuk kita menawan hawa nafsu kita agar dia menjadi lemah dan tidak mampu untuk menarik perhatian kita dari Allah. Senjata itu adalah Puasa.
Hawa Nafsu kita berasal dari dorongan jasad kita. Puasa melemahkan jasad dan secara otomatisnya melemahkan dorongan untuk membesarkan hawa nafsu. Justeru latihan 30 hari di bulan Ramadhan adalah senjata yang sangat hebat untuk menawan hawa nafsu itu. Bayangkan setiap hari kita melemahkan jasad dan dorongannya. InsyaAllah di akhir bulan Ramadhan, kita akan berjaya menawan hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan itu dan akhirnya berjaya solat dengan khusyuk dan menghadapkan secara penuh kepada Allah. Justeru kembalilah kita kepada Allah dalam keadaan suci dan itulah sebab kita sering mendengar ungkapan “kembalilah ke fitrah yang suci” di bulan Ramadhan.
Allah memberikan kita senjata yang kedua untuk benar-benar menawan hawa nafsu kita. Senjata yang kedua adalah zakat. Di dalam bulan Ramadhan kita digalakkan berzakat atau bersedekah. Memberi yang digalakkan Allah adalah memberi sesuatu yang dicintai. Contohnya seorang yang mempunyai banyak kambing, haruslah memilih kambing yang terbaik untuk disedekahkan. Mengeluarkan atau memberi harta yang dicintai ini akan membebaskan kita dari ikatan kecintaan harta dan dunia yang sering menarik kesedaran kita dari kesedaran ke Allah kepada kesedaran dunia dan isinya. Justeru dengan senjata yang kedua ini, kita akan lebih mudah untuk solat dengan khusyuk.
Apa jadi selepas bulan Ramadhan? Senjata sudah tidak digunakan lagi?
Pastinya kita memerlukan senjata ini setiap waktu dan ketika kerana kita harus menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah setiap bulan dan bukan hanya di bulan Ramadhan. Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Justeru sebaiknya cubalah berpuasa enam hari berturut-turut agar dapat manfaat seperti bulan Ramadhan di mana kita benar-benar memerangi hawa nafsu yang cuba membesar dengan ‘open house’ di bulan Syawal. Jangan lupa untuk menggunakan juga senjata yang kedua iaitu zakat atau sedekah ketika kita berpuasa enam itu.
Apa yang berlaku selepas puasa enam? Rasulullah mengajar kita untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa itu senjata yang tidak harus ditinggalkan. Justeru untuk memastikan kita mampu untuk sentiasa solat dengan khusyuk di mana kesedaran kita ke Allah berjaya dipertahankan (kerana hawa nafsu yang menarik kesedaran itu sudah berjaya dilemahkan dan ditawan) maka kita harus sentiasa menggunakan senjata Puasa ini secara berterusan.
Jangan lupa juga untuk keluarkan zakat atau bersedekah apabila melakukan Puasa Sunat Isnin dan Khamis. InsyaAllah kita dapat menghidupkan suasana Ramadhan setiap minggu; Isnin, Khamis berpuasa, Jumaat kita raya (ada khutbah Jumaat) dan jangan lupa bila ke Masjid untuk solat berjamaah, hulurkan wang yang kita cintai untuk jalan Allah atau kepada sesiapa yang memerlukan. Justeru orang Islam itu bersedekah setiap minggu.
Inilah rahsia hebat yang sering kita terlepas pandang. Solat, Puasa dan Zakat hanya jadi rutin beragama yang dilaksanakan tanpa memahaminya. Justeru di bulan Ramadhan yang sewajarnya bulan menawan hawa nafsu jadi bulan yang paling kuat membesarkan hawa nafsu, hawa nafsu makan semasa berbuka, hawa nafsu menukar perabot rumah, memberi emas, membeli langsir dan sebagainya. Jadilah Puasa kita itu hanya sekadar lapar dan dahaga yang disebutkan oleh Rasululah.
Dengan Ilmu solat dengan khusyuk dan dua senjata hebat, Puasa dan Zakat, insyaAllah kita akan mampu Solat dengan benar-benar menghadapkan wajah kita kepada Allah sepenuhnya. Justeru, begitulah juga kita di luar solat, insyaAllah benar-benar mampu menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah dan menjadikan hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Inilah erti Kalimah Syahadah yang kita sebutkan. Barulah kita dikatakan telah menyempurnakan Syahadah kita.
Rumusannya, Solat adalah cermin diri dan kehidupan kita. Bagaimana kita solat, itulah diri dan kehidupan kita. Itulah sebab kenapa Solat adalah soalan yang pertama ditanya oleh Allah bila kita kembali menghadap-Nya satu hari nanti. Baik solat kita, baiklah kehidupan kita dan masuklah kita ke Syurga yang disediakan untuk orang-orang yang menjaga solatnya.
Belajarlah Solat dengan Khusyuk, rajinlah berpuasa dan lepaskanlah ikatan kecintaan kepada dunia dengan sering bersedekah dan berinfaq di jalan-Nya. Semoga kita dipanggil pulang oleh Allah sebagai jiwa yang tenang dan berjaya memasuki Wilayah Nafsul Mutmainnah yang didiami oleh ruh para kekasih Allah. Amin Ya Allah.
Firmah Allah yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas lagi diredhaiNya, Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Balad: 27-30)

Akibat Jauh Dari Al Quran



  "Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu (Al-Quran), maka baginya rezeki yang sempit. Dan di hari kiamat dia akan didatangkan dalam keadaan buta" QS Thaha: 124.

Al-Quran adalah pegangan hidup setiap muslim, petunjuk jalan agar tidak tersesat dalam mengharungi bahtera kehidupan. Jika kita peringatinya, tentu akan diberkati penuh keselamatan. Jika kita berpaling darinya, maka tentu akan ditimpa oleh berbagai bencana.

Hal ini sudah merupakan ketetapan Allah SWT: "Sungguh telah berlaku sunnah (ketentuan) Allah, atas orang-orang sebelum kalian, maka berjalanlah kalian di muka bumi ini dan saksikanlah bagaimana akibat yang menimpa orang-orang yang mendustakannya (mengingkari Al-Quran)" .



Bencana-bencana yang akan datang jika menjauhi dari Al-

Quran:


Pertama, bencana Moral. Apabila seseorang tidak berpedoman kepada kitabullah Al-Quran, maka tentu dia akan mengikuti hawa nafsunya. Apabila banyak orang yang berlaku demikian, maka tentu akan berlaku bencana moral dalam masyarakat. Kerana moral seorang muslim tentu dibentuk atas dasar petunjuk dari Al-Quran.


Kedua, bencana Fizikal. Hal ini diungkapkan Allah swt dalam surat Al-A'raaf ayat 96: "Akan tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami azab mereka akibat kedustaan ​​mereka". Kepada kaum-kaum penentang sebelumnya, Allah swt telah menurunkan azab, gelombang seperti tsunami terhadap kaum nabi Nuh AS, hujan batu yang menimpa kaum Nabi Luth as kerana menganut homo seks, Firaun yang ditenggelamkan kerana menentang Musa AS, dan tentunya tengoklah apa yang menimpa para penentang Nabi Muhammad SAW, seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah bin Khalaf, Musailamah Alkadzzab dll.


Ketiga, bencana Ekonomi. Kata ma'isyatan dhanka dalam surat Thaha: 124 diatas bermakna mata pencarian yang sempit. Rezeki akan susah, tekanan ekonomi semakin berat, lantaran mereka jauh dari Al-Quran.


Keempat, bencana Sosial. Manakala kaum muslimin jauh dari Al-Quran, tentu hubungan ukhuwwah sesama muslim tidak akan baik. Hubungan dengan jiran tetangga, hubungan-hubungan sosial akan rosak. Hal ini merupakan bibit-bibit perpecahan ummat bahkan perpecahan bangsa. Jika ini berlaku, tentu merupakan bencana sosial bagi kita semua.


Kelima, bencana Keimanan; Kerosakan iman kaum muslimin akan menjadi sasaran akhir jauhnya mereka dari pedoman hidup Al-Quran. Tidak faham Al-Quran, sehingga mereka tidak faham kenapa perlu mengerjakan solat, mengapa diwajibkan berpuasa, mengapa perlu membayar zakat, haji dan seterusnya. Lama kelamaan mereka akan mula bertanya, mengapa kita harus beriman?

Perkara Tak Boleh Diubah

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:


1. Jenis kelamin dan jantina 

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 


2. Orang tua 

Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 


3. Hari kelahiran 

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me­nyesalinya. 


4. Bentuk Fizikal 

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se­adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi. 


5. Masa lalu 

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan. 


6. Kedudukan dalam keluarga 

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya. 


7. Suku bangsa 

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita. 


Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri


 antaranya: 


1. Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda 
sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. 

2. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama

3. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. 

4. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. 


5. Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. 

Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. 

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de­ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. 

Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 

Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. 

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. 

Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. 

Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.


*Sumber dari hmetro.com.my

Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard

yahooooooooo
dah hujung minggu
sok nk berjimba-jimba
gi kursus 

yeaaa2x  
selamat tinggal sekolah
hehehe

wow semalam makan puding roti bakar
adik aku no.2 buat....
nyum-nyummm

aku tumpang makan je lah

Puding roti nie banyak version
de yang bakar
de yang kukus 

nk share dengan korang resipinya
walaupun korang lagi expert buat
kalo de kekurangan sila comment ya 
kongsi ilmu

tp resipi nie aku ambik dari 



    PUDING ROTI BAKAR          


      DAN SOS KASTARD










BAHAN-BAHAN 

 7-8 keping roti

* 500 ml susu segar @ 2 cawan

* 4 sudu besar gula halus

* 2 biji telur

* 1 sudu teh esen vanilla

* 1 sudu kecil serbuk cinnamon

2 sudu besar butter - cairkan

3 sudu besar kismis



 Sos Kastard


1 tin susu cair


1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)


2 sudu besar tepung kastad


2 sudu besar gula





wat terliurrrr je nie....
(@____@)

19 October 2013

Ular Tedung Selar


ahahaha
sape sukaaaaa ular

ok 
ular nie sangat comel ok
jangan nk membangkang kata-kata aku
hehehe

*oh mak kau...tanjat gegurl auwwww....nape nie ?....hahaha*

nie kalo kena 
korang leh mati 
x sempat nk dapatkan rawatan 
uuiisshhhh bisaaaaa auwww

orang india anggap ular tedung nie sebagai
tuhan mereka
ish..ishh..ishh

ahahaha
tengahari tadi
tgk video ular dalam lubang tandas
kat perkampungan orang asli
uuuiisshhh bahayaaaaa

pas nie kalo anda nk buang hajat 
harus berhati-hati
jangan sampai montot kena patuk si comel
hehehe bucuk nanti montot anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...