Followers

25 November 2013

Andai aku pergi


kematian
kubur
....suatu hari aku akan dijemput kesana juga 
cuma aku je tak tau bila masa aku akan sampai
andai masa aku sampai dlm waktu terdekat
aku tak sempat nk mohon maaf
sudilah kiranya orang-orang yang mengenali aku 
memaafkan aku 
aku berdoa supaya allah memanggil aku pulang ke pangkuannya dalam 
keadaan MATI SYAHID
segalanya kerana jalanMu ya allah
bimbinglah aku untuk jadi wanita yang solehah 
sesungguhnya aku tercari-cari arah tuju hidupku yang diberkati olehMu


pada orang-orang yang aku sayang
andai aku pergi tiba-tiba
relakanlah permergian aku ke SANA
sesungguhnya biarlah kalian kehilangan aku
dari aku akan kehilangan kalian semua 
aku mungkin tak dapat nk melalui semuanya 
bila aku mati 
aku pun tak tau
perjanjian aku dengan ALLAH sebelum aku dilahirkan 
Syahid lah aku dalam perjuangan untuk berjumpa Mu ya allah

sesungguhnya dengan pemilik bernama 
UMI HANI BINTI MOHD ZIN
akan bertukar menjadi 
UMI HANI BINTI JUMAAH


saat talkin dibacakan untuk aku
mmg ketika artikel ini ditulis
meremang bulu roma aku
amalan aku tidak cukup
untuk menampung dosa aku 
aku berdoa meminta kepadanya
jika ditakdirkan aku pergi dalam usia muda
bantulah aku ya allah untuk SYAHID 


kadang-kadang aku tak istiqamah untuk menjadi yang terbaik 
bantu dan tolong lah aku ya rahman ya rahim
ya penah aku rasa setiap semalam
aku nk tido dalam keadaan bertelekung sambil memeluk al quran
andai aku menemuimu sewaktu aku dlm keadaan tido 
biarlah aku pergi dlm keadaan yang baik 

artikel ini bukan lah bermakna aku nak mati sangat
tapi aku kena bersediaaaaa 
aku dilahirkan ke dunia ini 
dan aku kan pergi menemui penciptaKu bila masanya sampai 

utk orang yang aku sayang
sekiranya aku pergi 
jadikanlah kenangan itu sebahagian yang terindah dlm hidup kalian 

*zaman skrg manusia lebih bermegah2x dgn maksiat drpd mencari jalan kebenaran*

KEADAAN SESORANG KETIKA DALAM KUBUR 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”



23 November 2013

Adat-adat dalam perkahwinan melayu

Salam
selamat malam semua 
(@________@)


wahhh penat btl badan gi majlis kawin
kat batu pahat
adehhhhh dh lah aku tido 4 jam je tau
huhu berkeneneng pala aku nie


haisshhh napa aku sentuh pasal adat-adat dalam perkahwinan orang melayu nie
ahahahah acaner nk kata
kalo boleh dielakkan harus :)


aku tgk skg majlis kawin org melayu
dah mcm majlis omputih 
sorry kalo aku kata
b4 kawin pun dah ade pre wedding
uurrmmm ambik gambau melekat-lekat
huurrmmm acaner tue
belum sah lg
aku bukan lah ustazah
elakkan lah benda mcm tue semua
tak penting kot
jangan lah minda kita dijajah dgn budaya barat
buat ape kita nk ikut cara mereka yang menjahanamkan kita
kalo nk sgt wat pre wedding
shoooting ala2x artis 
bg aku lah
better aku ambik pic tak melekat dgn couple
pic pasangan tgh mengaji quran ke 
 nak ngk pun lebih suweett n selesa je mata
 tp nk wat mcmmane tak semua nya sama pemikiran kan
terpulang lah pada anda untuk mencorakkan perjalanan rumahtangga anda yang akan ditempuh



ADAT-ADAT DALAM PERKAHWINAN MELAYU



Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.




*JOM KITA FIKIRKAN*

21 November 2013

Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

      alololo tomeyynya dia .....
     
walaupun belum masanya lg nk merasa semua nie
tapi kena lah ambik tau ...hehe kehidupan seterusnya ..tak salahkan nak tambah ilmu pengetahuan agar suatu hari nanti boleh lah menghadapinya ....

Dalam agama islam pun dah menggariskan panduan untuk menyambut kelahiran anak. Jom kita baca, mana tau de kawan-kawan yang tengah tgu masa nk meletup ..sekurang2xnya dah bersedia ..(amboiii aku mcm kak nam plak ye..hehehe)


CARA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK  DALAM ISLAM  

*Mcmmane la ya rasa sakitnya :(   :( ....hoho tak dapat nk dibayangkan*

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahirananak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.


 
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. 
 
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta
banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr. Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 : Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 

 
 


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. 
 
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari
gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh  Fatimah r.a.”
 Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
 
 

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. 
 
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan. 
 
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran : Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) “. Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan
maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”. 

 
 


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. 
 
Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. Riwayat Abu Daud Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke
arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih. Mengaqiqahkan anak.Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
 Riwayat abu Daud.




Romantik Itu Sunnah Nabi

Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

*sejuk je mata memandang tgk mereka nie *



Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.


Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.


Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”


Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.


Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)


Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?


Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.


Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.


Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.


Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.


Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

*walaupun masih belum berkahwin lg ...teeetttttttt jommm baca*

Asam Pedas Untuk Dia

okey malam nie mmg baru ade mood nk tepek entry bnyk-bnyk walaupun entry
tue tak seGah mana

untuk jadi romantik
kena ke baca novel-novel cinta nie
ntah aku pun tak tau
so aku layankan je citer novel sekali sekala 
tak salah kan
sementara nunggu incik boss abis main badminton
aku pun gigih ler update blog 
then bila lappy nie hang
cntnua bc novel 
dh ok baru berblog semula
hahahah bnyk perhentiannya nk hasilkan 1 entry nie lah

ok skg aku tgh pulun bc novel 

ASAM PEDAS UNTUK DIA 



Sinopsis
 
Harga = RM21.00

"AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!"


*bab baca novel nie aku bnyk skip malas nk baca secara teliti lah.*
*novel nie tak beli....minjam dr PSS aritue kan dpt 100 buah buku...ada novel best ..GPM kata tak leh proses ...so wat simpanan dlm bilik pengurusan je lah...aku baca dulu ya*

Asam Pedas Ikan

*cth asam pedas ikan*


ahaha sape kat sini yg mmg tak suka asam pedas 
rugi kalo tak suka
asam pedas nie mmg terkenal
kat  MELAKA tau
Pekena asam pedas melaka
terliurr korang
makan nasi panas....telur asin..sambal belacan ...sayur taugeh ...telur dadar
fulamak terangkat rasanya
kihkihkih terliiiuurrr laaa 


RESIPI ASAM PEDAS


BAHAN-BAHANNYA
 
2 - 3 ekor ikan kembong @ mabong, bersaiz besar
1 biji terung biru, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan
1 biji tomato, belah 4
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS
 
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris
3/4 camca teh lada hitam biji
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah terung (toskan) dan biar terung lembut sedikit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

*so,pd sesape yang lum mahir wat asam pedas...meh dtg melaka pekena asam pedas melaka then rajin2x bertanya ya .....*

Drama Melayu & Drama Amerika

Artikel nie aku ambik dr NESCAFEAIS 
kiranya copy paste ke copy paste lah nie
huhuhu kongsi ilmu kan 

waahh seminggu ko terupdate blog 
fuh bukan ape busyy lah
walaupun sekolah dh tutup
nie pun baru balik dr kursus kat KL
tak tau lah apa yg penat
walaupun aku x drive bus tue
hahahah 
penat turun naik lif...
adehh angkut beg dr luar nk masuk ke BRISDALE
hoh gelii maa tgk chowkit
sumpahh x mau aku gi lagi tmpt mcm tue
kembang tekak aku
mcmmana komuniti sana hidup ya 
uuuurrmmm 
diberi pilihan aku lebih rela duk pendalaman dr tmpt yang tak tenang tue
seyessss kotorrr
dah mcm duk kat INDONESIA plakk rasanya
ok berbalik pd entry kita
korang nie mesti kaki layan drama kan
aku dh lama x terjebak
x mau aku lah
drama melayu nie cintan cintun je memanjang
tak berkembang otak aku ler

PERBEZAAN
DRAMA MELAYU 
DRAMA AMERIKA SYARIKAT 

 
Berikut dikongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya. Artikel in  adalah ulasan sebenar penulis tanpa ditokok tambah.
Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.
Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)


Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.


Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?


*Kehkehkeh tetiba mlm nie aku melayan novel cinta....katanya soh aku jadi seorang yang romantik...dan x dan je incik boss aku nie lah...hahahaha*

17 November 2013

My Hero

Assalammualaikum wbt
selamat menamatkan hujung minggu anda
(lemah rasa hujung minggu nie..sebab gaji lagi seminggu dapat ..menangis air mata ungu aku kali nie)


bulan nie mmg bulan pemalas nk update blog
rasanya seminggu sekali ada entry 

tak pe ptg nie kalo rajin '

sumbat sikit entry

ok korang
mesti ade heroooo kan
aku pun ade heroo gak
ehemmm..ehemmm
tak mau cakap sape hero aku
teettttttt

*dapat R1 seketul ..aku bawak masuk dlm bilik tidooo ..tak tido lg atas tilam ..tido atas R1...yahooooo*


tp hero nie dh lama aku intaiii dia
cuma kekangan $$$$$$$$$ tak berpeluang aku nk muahaha kat dia
agak rare 
kalo gegurl minat hero nie
kahkahkah kena pakai skirt pendek nak naik nie
kena ambik lesennn lagi
aiiisshhhhhhh bila nk ambik leseeenn nie :(

kalo aku ambik lesen hero tue
maknanya ntah2x aku tarak kawin...wakaka 
bila dapat naik fuhhhhlamak...mmg rare la aku

terasa feeling nyaman gitu..ehehe 

hero nie lagi mahal dr kereta la :(
kalo beli nie..aku nk mkn ape...
sekutt lemakk ka...
asam keping kaaa

takkan aku nk gi keja naik HERO 
then pakai baju kurung mau tersingkap kain aku sampai paha
kang tak memasal spjg jalan ke tempat keja 
ekssideennn je org nengoknya

*nie pun rare gak nie...meyengauuu warnanya ..hahaha*

*tetiba rasa nk ajak incik boss naik.. R1 .ala2x skil gini .hahahaha ...wowww raree sungguh ...kahkahkah*


15 November 2013

Koleksi Majalah

Yahoooooo
dah mula cuti sekolah
yeeeaaaa leh balik kampung
hahahhaa mcm iya je..padahal kg aku sekentot tue je aaaaa
dekat ja 

ohooho
tengahari nie rehat lama kan
mmg aku x balik umah
malas
nk duk sekolah je
layan tenet 
dan tido
adalah perkara yang paling menyeronokkan
aku tak pandai nk bersosial nie
lagipun $$$$$$$$$ tarak lapat lagi maaaa
nunggu ujung bulannnn 

dikala suasana sepi menyelubungi kawasan sekolah
alangkah bestnya
kalo aku update blog
hahahah nie mmg tgh update lah kan 
 
mesti ade silent reader aku 
yang mmg kaki MAJALAH kan
huhu
aku sebenarnya dh terlanjurrrrrrr
uuurrmm
kahkahkahkah ayat terlanjurrrr tak menahan
aku nie dh ketagih beli majalah setiap bulan 
muahahah 
bermula dari aku di UTM ....tau tak bosannnn lah..duk sahaja2x dlm bilik kalo x balik kampung
so aku spend masa aku dgn baca majalah sambil melantak cekediss beli kat AEON,TMN U
mana tak lebau...huhuhu
 
setakat nie koleksi majalah aku dh menimbun
rakk je belum beli lg
dalam simpanan dh berhabuk 
mana x nya kat u dulu koleksi majalah dh berkotak2x
teringat masa last kat u ....hahahah majalah lagi banyak dr buku pelajaran ...kahkahkah
tak kan naya je namanya
hoho kawan2x suka nau dtg bilik minjam majalah aku
tp dh minjam tue sila lah pulang
sebab aku sangat2x cerewet kalo majalah aku dipinjam 
so jaga elok2x ok
 
sejak dah keja 
paham-paham jelah
dalam sebulan mgkin aku boleh touch dlm RM60 sahaja untuk perbelanjaan majalah2x aku
kahkahkah gigih ko aku dapatkan nya
tak kisah kat kedai mana
janji majalah yang aku suka baca 
stp bulan harus jadi koleksi 
tp kalo korang nk tau
satu tabiat buruk aku
aku beli je majalah
nk abissssskan baca
jawabnya tak lah
kdg2x majalah yg setahun lepas baru aku terhegeh2x nk baca semua
makkkkkkkk oiii betapa teruknya
aku selak2x pastue terus letak dlm rak
mak aku selalu bebel ...membazir katanya ...heheh sediih rasanya 
bukan mak je...incik boss pun marah gak aku suka membazir beli majalah...
*so incik boss ..bila kawin nanti standby duit dlm dompet anda tuk beli majalah ..kihkihkih*
majalah2x aku tue...kalo aku duk mana2x pun pas nie..aku akan bawak sekali...hahahha nasib la... 

jom kenal ngan majalah-majalah yang aku suka baca 

MINGGUAN WANITA 
 
 





















Majalah nie keluar setiap minggu 
harga nya mmg mesra pengguna 
RM 3.30
banyak sgt isu yang berguna 
*karangkraf harus lantik aku jadi duta mereka la.....aku dh penat beli majalah diorng nie..hahaha*


MAJALAH RAPI



  


nie majalah kesihatan 
ngeeee banyak tips diet tp den nie pemalas nk diet skg 
ntah hantu mana dh masuk dlm badan nie agaknya
hahahaha 
harga majalah nie kalo tak silap RM4.50
rasanya la....dh lupa harga nya 


MAJALAH NUR DAN DARA 

Hohoho bahaya nie kalo incik boss tgk...coz nie awek pujaan dia...nyammmmpahhhnya :(  hahahha







untuk 1 tahun kebelakangan nie aku baru terjebak 
nk baca majalah Nur dan Dara
 uurmm majalah nie fokus pada fesyen berhijab sebenarnya
tapi adalah info yang bagus kan
harga nya ..hehe lupa lah
tapi tuk 2 majalah nie korang leh bajet dalam RM10 kot

MAJALAH SERI DEWI KELUARGA

=== Tettttt bila nk ada pic macamnie...kahkahkahkah adoiiiii parah dah aku nie ===



biasalah harga nya mesra pengguna jugak 
dalam RM6.50
hehehe tak mahal kan 
 majalah nie berkisar pada keluarga
tp tak salahkan kita nk tambah pengetahuan
ehehehe

MAJALAH HARMONI 



*Itu dia saingan den ...che ta...sabar naaa...tgu che umi pasang body na...hahahaha nanti menangis plak cheta tgk aku chantek sgt..buweeekkkk*

 

dalam tahun nie baru mula nk kumpul majalah harmoni keluaran karya utusan 
colour cover mmg ummppphhh blocking color lah
hahahah sebab tue nk beli 
alaaaah dlm RM 4.50 je kann kan..


I-SIHAT






kehkehkeh majalah kesihatan lagi 
simple tapi padat dengan isinya
RM5.50 rasanya lah
hahahaha naya je lah otak aku daya ingatan x bp sgt :(


Okeyyy jeng-jeng
nie majalah taweeennnnnn
ekekek salahhhhhh ke kalo tak beli beli majalah pengatin
salahhh ke
 buuweeeeekkkkk
ade aku kisah








harga okeh mmg mahal 
dahh malas lg nk terangkan 
muahahaha 

*image ambik dr gugel mmg tk santekk ..tgu lah aku beli hp baru....letak semua pic yang rare yaaaaa...*

*beli rak majalah baru...susun n buang habuk yg dh melekat kat majalah2x aku tue....ciannnn mereka..berhabukkk....uuurrmm sabar ya*
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...