Followers

17 December 2014

Alhamdulilah, Selamat Semuanya

Taraaaaa
fuh fuh fuh
lama sgt dah tak jenguk 

so ari nie nak selit jap
just nk bgtau silent reader
kita dah selamat bergelar isteri
(hahaha eksaited ko nk menaipp)

alhamdulilah tanggal 5 disember 2014
dengan sekali lafaz, diri ini dah bergelar isteri pada seorang lelaki yang bernama 
MOHD NAIM BIN MOHD NORDIN



"kau tawa ku,kau tangis ku,kau bahagia ku,kau deritaku"
muaaahahah 
=nanti kita chit chat lg......de koje nk wat nie :'( =

1 November 2014

6 Disember 2014

sambil2x wat keja
nie menyelit jap 
ya


alhamdulilah dh masuk november 1,2014
cepat sungguh masa
bermakna sebulan lagi aku akan jadi isteri 
oh oh nooooooo
ya  ke x nie

risauuuu pun ada
mcm x sedia je
hahaha



semoga allah permudahkan lagi urusan kami 
bukan senang ya nk uruskan perkahwinan
dah lalui bru tau
hikhikhik
susah x susah
ko kena harung jgk

29 October 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

kenapa setiap saat 
bila bukak fb
asyik terpandang je jeruk mangga asam boi





kecurr air liur aku 
mana lah nk cari mangga muda nie
plzzz

ada yg letak cili padi
asam boi merah lah...apa lah
tp seyes semua nampak mcm sedap
dah de jual secara online pun kan
tp x nk lah
 nk rasa buat sendiri 
nyum-nyum

"mak...kaklong nak makan mangga muda"
mengidamm nie
kahkahkahkah
jgn x bg makan 
nanti meleleh air liur kak long atas pelamin
wakakaka

*gambar semua nie belas ihsan dr abang gugel hokey*
*jgn marah*









kalo ganti jambu batu atau epal 
agak2x sedap x eh 



^_^ Ruby Collagen Innershine ^_^

taraaa
kawan-kawan semua



^____^

korang penah minum 
ruby collagen x 
aku baru cuba dah 4 ari

sedap...sangat 
rs nk tuang 14 botol dlm mulot nie
hahahaha
tk leh bg testi lg coz masih newbie kan
so kalo berjaya
leh lah wat testimonial








14 hari bersama RUBY COLLAGEN 
*penuh pengharapan*

17 October 2014

Tegami คู่กรรม Ost. Koo Kam 2013



kesukaan 
tak bosan 
lagu nya 







                         

Hadiah Hari Selasa

rehat yang lama
rs syok sgt
x ke mana pun
lepak2x kat dalam bilik kerja je


bagaimana perasaan anda
merasai kesakitan 
kahkahkahkah
gelak besar kan
padan lah muka aku

mmg sakit
pas kena tue mmg tak sakit
tp pastu tunggu lah
bisanya datang
malam2x tak leh tido




cun sangat dah nie kaki aku
umpama menggunung bengkaknya
sobbb sedih rsnya bila keupayaan diri di tarik sekejap oleh Allah swt
*betapa kerdilnya aku*
ramai nasihatkan gi sepital
tapi aku x nk  
degil
selagi boleh tahan aku tahan
bnyk kan gerak 
biar urat nie x mengeras

mak plak smpt kata
bagus...xdelah ko nk merayap ngan motor lg
kihkihkih pedas 

16 October 2014

KENAPA ALLAH CIPTAKAN AKU DARI TULANG RUSUKMU YANG BENGKOK

 = INSYALLAH =

Duhai Bakal Suami

Tahukah kamu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu,
dan 
tulang rusuk yang dicipta itu adalah tulang rusuk yang paling bengkok.




KENAPA 
=__=




PERTAMA 
  • Supaya aku melengkapi kekuranganmu

KEDUA
  • Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu

KETIGA
  • Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya  atas ku


Dan 

supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu,memimpin ku kepada jalan yang diredai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin membengkok.


Sekiranya engkau membiarkan aku terus bengkok,maka aku juga mampu mengheret mu
ke api neraka 

Apabila engkau tidak mempedulikan tindak tanduk ku,bergaul bebas,memperhiaskan diri untuk orang lain bukan untukmu dan apabila engkau mendiamkan diri walaupun engkau seorang yang alim turut ditarik oleh ku ke neraka.


Wahai Bakal Suami
= mainkan perananmu dengan hak yang saksama berdasarkan al-quran dan as-sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus engkau pikul suatu ketika nanti


MAKA,
LURUSKANLAH AKU DENGAN IMAN DAN TAQWA-MU kepadaNYA AGAR AKU MENJADI PELENGKAP SEPARUH AGAMAMU

13 October 2014

khu kham



malam yg sangat________________
jiwang eh aku
melayan lagu ost sunset at chaophraya
en bos tnya tak bosan ke layan citer sama
=_______=
jangan tanya boleh x
tak bosan lah
sebab hero dia sangat hensem
saje sakat dia kan...kihkihkih
sbnrnya aku suka layan citer nie sebab
dah tak yah bgtau =_____=


sunset at chaophraya
nie versi drama plak 
apa lagi
gigih aku melayan
sampai nak terjatuh katil ngk drama nie...sambil golek2x
sambil touching 
kahkahkah poyo je lah
ok gak drama nie
tp hero dan heroin dia tue
mcm x bape lakonannya
tak mcm filem lah
kehkehkehkeh
=___=
rupanya bnyk versi 
banyak pelakon yg lain2x melakonkan citer nie

tapi yang nie paling best lah
tahun 2013
hero sangat2x henseemmm



gambar - gambar dari sedutan drama khu kham 
jalan cerita sama je 
mahap ...malam nie malas berkodi2x 











part paling sedih...suami dia dh mati...huwaaa..

dah ngantuk
tata
sok nak bekerja 
huarrghhh

10 October 2014

Hani's Brownies Nutella

Caaak...camat malam :)
mood : tengah rajin

sini meh,nk kongsi resepi nie.......resepi org pemalas ...paling senang
tak banyak bahan
rasanya brownies nutella mmg dh sgt2x femes kan


nutella mmg sedap...makan sambil jilat jari..tak yah sapu dgn roti...
jgn ikut ...itu tabiat buruk aku masa kat utm dulu....sanggup simpan 
botol nutella....mana x gemuk....smpi nk balik kg ..last sem...dh x muat keta
botol nutella kena buang...abah aku kata...."ko nk balik dgn bus ke ...kalo x nk..buang segala benda nie...mengarut je " mana x nya penyapu kontot pun bawk balik ...hahaha 
ok dah 


HANI'S BROWNIES NUTELLA

nama sebenar brownies nutella je
aku je memandai2x tambah dpn tue..kihkih
nyum..nyumm..aku terliur..dh beberapa ari aku aim je brownies nie kat gugel
ari2x..pagi2x bukak
ngidam sgt la tue
kahkahkah..lorat nau
dh plan..jumaat cuti
aku kena gak wat
akhirnya
dengan kudrat yg ada 
maka bermula lah projek mega ini 
=___=

aku mula buat dlm kol 12...siap semuanya pkl 3.30 petang
lamaaa....sebab nampak mcm senang
tp rumit penyediaannya
dengan oven kecik..comel2x gitu
makan masa lama..nk siapkan
pastu nk masukkan dlm paper cup lagi..harus hati2x
kena wat lemah lembut

lihat lah ya resepi nie 
^^_______^^







haaaa senang sgt kan
aku rasa ni basic pd kawan2x
yang baru2x nk cuba dunia baking nie
try lah buat
resepi nie aku bnyk modify
sebabnya de sesetengah resepi
guna 8 sudu tepung gandum
1st trial
aku rs mcm kureng
mcm x crunchy je
so aku kurangkanlah
yes yg ke 2 ....seyes crunchy tau :)
yg penting teknik ms kacau tue..kena btul pukul sampai kembang









*oopss sori ...tak pandai sgt nk deko lah...hahaha cacat rupa brownies*


hiasan tue bergantung 
nk letak badam cincang ke
coklat cair ke hape ke
hahaha terpulang ok 
nk guna papercup pun blh 
nk guna loyang pun boleh 


"SELAMAT MENCUBA"

ikhlas dr Chef Umi Hani....
lalalala -___-




8 October 2014

Andai Lelaki Itu Tahu

....Seandainya Lelaki Itu Tahu....

Wahai kaum lelaki meh sini...meh...
baca nie
so lepas nie korang jangan mengeluh ..jangan kata pening kepala dgn perempuan




*mohd naim..baca nie ya...pas nie..kita jgn bertekak ....tp leh caya ke x bertekak*

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi 
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
=betul tue......aku sokong sangat...kahkahkah kalo lah aku nie mata duitan ...
dh lama incik boss kena tinggal...boleh dapat yang lagi baik..tp x nak...aku yakin 
mmg itu pilihan dr allah swt=


✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi
 dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
=nie no komen....kihkihkih naim nordin je tau mcmmane cengengnya aku=

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi 
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja 
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah 
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang 
terjadi.
=mmg itu sangat diakui....makin nak kawin..makin kerap bergaduh..masing-masing 
sensitif....kalo dulu baru kenal...alahai manisnya kurma itu,gaduh pun x penah..
susah lah nk kata..kahkahkah tp skg...ibarat kucing dengan tikus....yang pelik time 
jumpa x nk plak bergaduh tarik2x rambut...hahaha jiwang je rasa...ekek=

✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi

 dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

= umi x mcm nie kan abang....tp ingat...umi sgt menepati masa..=


✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu 

menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk 

dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

= pasal yang nie plak aku 50-50 je...malas nk harap ....biasalah mana ada manusia 

yang sempurna ...apa yang penting....korang saling menerima,pedulikan kata orang 

lain =



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak

 sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang

 masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu

 percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.

 Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

=aku selalu risau....suka fikir negatif katanya...bukan suka nk fikir tp mmg ...risau 

sangat...dah la jauh....jauhkanlah benda yang buruk dr kami berdua=



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk 

dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

= what???perhatian...oh no...stail incik boss...dia jarang bagi 

perhatian...kahkahkah...dia suka missed call aku kalo aku merajuk..x reply msge 

dia..sudahnya aku plak yang mujuk dia..haissshh abang nie..=



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai

 kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata

 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

=sori abang ...umi x romantik=



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

"RINDU AWAK X DE % LAH ....KAHKAHKAHKAH =_="

"biasalah kalo pas jumpa..mesti angau2x ...duk senyum sorang

tue maknanya rindu sangat lah tue

dah mcm orang kurang siuman dah



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya 

kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup 

menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di

 hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai 

lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu 

melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati 

perempuan itu sangat lembut.

=lawak plak nengok ayat nie lah.....jangan ingat perempuan kasar nie....mmg totally 

kasar ok...ooopsss silap...beruntung kenal perempuan kasar....sebab dalam hati ada 

taman.....kahkahkah cengeng mereka nie sbnrnya....ekek mcm terkena je...=



✔ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda

 pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia 

kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar 

mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi

dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

=ooohoo sedihnya ......aku la tue....korang jangan lh buat mcmnie....umi minta maaf

dengan abang sebab selalu kata mcm tue....aiissh merepek je lah=



✔ ANDAI LELAKI TAHU...

Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang 

tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan

 menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air 

matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa 

selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya 

kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki

 menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
 dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
 membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan 
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


7 October 2014

Kisah Hari Raya Aidiladha

Hi......
rasanya masih belum terlambat lagi 
nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua umat islam di seluruh dunia

walaupun hanya hari raya korban
raya tetap raya ok !!!
tak semestinya kita nk sambut hari raya aidilfitri besar2an
dan melupakan hari raya korban

bagi aku tidak
korang kata lah raya biasa2x
aku tetap nak raya
hehehe

sehari sebelum raya korban 
petang mantai la tu kan 
=_=
mcm biasalah ....
kami bertungkus lumus bantu mak kat dapur

oohooo nasib baik kali nie ada
orang baru
hahaha adik ipar
leh lah membantu aku n mak kt dapur
ringan lah sikit beban kami
tima kasih adik ipaq 
nanti bantu lg ya


menu untuk hari raya aidiladha 
=RENDANG AYAM=
=SAMBAL KACANG=

tue je...hikhikhik
pastu adik ipaq plak wat kek batik

bnyklah tue..de gak jiran bagi menu

=rendang daging=
=sambal tumis=

"alamak sambil menaip nie aku terliurrr plak aiiii"


malam raya tue alhamdulilah 
syukur sangat
hujan lebat sampai pagi
sejuk ....
nyaman je tido

ok kalo dh namanya raya
tak sah hidup aku 
kalo x berposing depan camera
nak gak
gedik sungguh
tetap nak
sebagai kenangan

nie je lah serba serbi hasil posing
=_=

bila raya haji 
kami ke umah nenek belah mak dulu (makwe)
sebab abah kena baca doa kat sana
makwe de wat bacaan doa tuk keluarga
ramai ..sampai x muat umah
sampai nk posing  ngan sepupu pun
rasa mati kutu
kahkahkahkah dasat betul
family ramai sangat
nie jelah hasilnya
yg sempat

*yg kiri tudung hijau tue si jelita gemuk...hahaha, yg baju purple tue...adik den,tgh2x adik ipaq...syafiqah,tudung merah ...adik den jgk..merangkap jgk yg sebelah kanan tue*

*belakang umah makwe pun leh jadi posing kan...kan..aisy hamboiii gedik senyum*




*paksa abah posing jugak...nasib baik x kena marah...kahkahkah*

pas makan2x kt umah makwe
dah puas borak bagai semua tue
dlm kul 12 tue gi umah nenek belah abah plak
tgk nenek posing ngan aisy
bukan men agi
tgk ayam kt luar umah moyang ya budak nakal

*apalah maklong nie...sibuk nk suh aisy posing...hambik ko maklong..masam mencuka muka aisy*


*ayam berkokok..lalala...hahahah gerammm je dia ngk ayam*

sebuah kisah sadis di pagi raya
maklong paksa aisy bergambar 
hahaha sabauu ya
jgn marah2x 
kalo x mak long potong wet ghaye



!!!____!!!
raya aidiladha nie bnyk sgt kemalangan ngeri
ya allah cucurilah rahmat ke atas roh mereka yang terlibat


29 September 2014

Misi bersama Boss

Yeaaaaaa
hari nie penuh jiwang-jiwang
walaupun busy dgn mcm2x panggilan pasal laporan prestasi
hahahahaha muaaakk dah ehh 
dengan erti kata lain 
"SY X DAPAT FOKUS"
keliling kepala penuh "love"
kahkahkahkahkah ~ ~ ~loraaaattt betul~ ~ ~

Penghujung September
bertemu dengan BOSS :)
^^________^^
ada misi kali nie
haisssshh misi...misi...misi tp bukan nurse plak tau
alhamdullilah akhirnyaaa 
..........MISI........
Berakhir
cuma tunggu nak pakaaaaaaaaaiiii je
#mintgreen pilihan kita#
aku rasa ler incik boss
mesti berbulu je nengok perangai aku nie
boleh plak org tue tgh fokus drive 
aku sibuk selfie dalam keta kebal dia
kehkehkehkeh
jgn marah ya abang...
nnti pas kawin,lg bnyk umi selfie
kita berdua je tau
ngeee...ekekek

senget2x dh dptkan posisi selfie ~ buwerrk~

*hooooooh.....tgn sape nie.... ekekek sy dah ada DRIVER...nk sign sampai mati sampai syurga,insyaallah harap DRIVER sy bawak sy ke syurga*

Umi Hani montel selfiee je hangg

: : : : .....kita tak sabar nak tgk dia pakai baju tue.....: : : :

tak yah citer lebih2x
nanti orang menyampah
bukan semua org suka dgn ko...
hahahah 
teeetttt ~ terasa ke x tue ~


ahad plak, gi teman dia wat HIV TEST kat klinik mahmodiah,HSA
Tetapi..........argghhhh 
dah x mau kate
=__=


oklah pastue dia ajak kita gi sarapan
yeaaaa nak makan 
nak makan 
umi suka makan
ooppsss....
boss order teh ais ngan nasi lemak
aku plak nescafe ais ngan roti kosong 1 kpg je
kahkahkahkah 1 keping je..buwerrkk
tgh makan2x nie
tgh borak2x ....tengah....tengah 
tetiba  hp dia berbunyi
melarat2x dh bnyi2x tue
ntah bp ramai yg call
sambung sana sini
nasib baik boss x sambung kan tangan aku
snap pic dia
ekek
kesiannya........hurmm skg nie dah paham lah dengan tugasan dia
walaupun ko boleh paham 100% tp umi hani,ko 
mmg degil ...nak paham 15% je
ceeettttt poyosss
nak je aku rampas hp tue
gggrrr
staf2x dia ni....orang awam 
betul2x mengganggu privasi kami
x pahaaaam ke kami nak dating
dah lah jarang jmpa
huwaaaa
~reda lah~
~aku kena belajar terima hakikat~
mgkin nanti pas kawin ....dia hanya de masa tuk aku 20% je...
hahahaha arrghh giler pnya target nie
kahkahkahkah
inilah hasil aksi2x tekanan emosi daripada encik BOSS
lupa nk kipaskan dia
wakakaka 

"ayoyooooo.......hahahaha budakkk montel dpn aku nie main snap2x pic plak"



*amboiiii..bukan men lagi...controll cun...kahkahkahkahkah*

aku rasa 2 hari tue mcm kejap je
celik mata bukak mata
kejap sangat
mcmmane aku nk hadapi nnti perkahwinan jarak jauh 
hanya lagi beberapa bulan
tolak september tolak disember
huwaaaa 2 bulan lg 
dah jmpa...masing2x bukan men lg ...jiwang 20 karat
tak jumpa
lagi bukan main
bertekak selalu
hahahahaha 
hobii tue kan'

>> dah ok....kol 5.30 balik lah ke melaka <<
sedih nya hati nie 
!!!!__________!!!!

jadinya 
terhasil lah hari nie
dalam hati ada taman


ok,abang ......
nanti kita jmpa lagi ya
hikhikhik
huwaaaaaaaaa



23 September 2014

15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.
Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang.
Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa basah.


2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur


3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya


4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan


5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.


6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.


7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.


8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.


9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.


12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu.
Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.


13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).


14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.


15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.


 " =....= "
baru muncul 
busy sangat ke aku 

okey sebagai wanita
kita janganlah nk terlalu ..terlalu ...terlalu
bagaimana plak ngan wanita yang terlalu nk jaga kecantikan 
=baru ngk video td...suntik sana sini...uisshhh=

try korang nengok wanita di bawah ini =.... <
hikhikhik
"masuk bakul angkat sendiri,diri sendiri pun gemuk,x terangkat"
erk peribahasa mana yg aku pakai nie

wanita ini begitu tabah menunggu capati yg lambat bebenau

perut wanita ini berlubang ......sampai senyum2x..dah terlalu lapar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...