Followers

14 January 2014

ahaha
apakah kerajinan yang telah melanda diri ini

mcm dh tersampuk 
hantu masterchef plak
ngee

rasa mcm ..
mcm je nk  wat 

sagu gula melaka


 

Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  •  1/2 cawan gula pasir 
BAHAN C
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan

 

Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.

Wat sampai lebam umi hani


~ ~ Maafkan aku wahai suami ~ ~

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.




Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.



Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!


Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.




Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!


Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.


Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?


Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.


Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.


Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.


Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.


Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”


Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.


Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.


Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.


Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!


MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa

Akulah isteri yang baru terjaga

Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir

semua perkataan ku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tangan ku

Sementara ku cerita kehidupan isteri

Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu

Bila ku tolak sentuhan mu

Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…

Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu

Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling ku hargai

Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun

Adalah terlalu singkat

Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku

Betapa syukurnya aku…

kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu

Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…

Mencipta kerukunan keluarga

Namun aku tetap aku yang ini…

Maafkan aku wahai suami!

*tak kawin lg tak bermakna tak perlu tambah ilmu kan...just nk berkongsi ...coz 1 day nnti akan lalui juga situasi ini*

Kenali lah tuhan yang menguju mu

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”


*sumber: www.gentar-rasa.com*

 

~ i need u because i love u ~


Amat besar bezanya antara ungkapan, “aku cinta kamu kerana memerlukan mu” dengan “aku perlukan kamu kerana aku mencintai mu.” Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya. Itulah cinta yang ikhlas.
Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita mesti memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan kita mencintaiNya hanya pada ketika-ketika kita memerlukanNya.  Itu cinta yang palsu. Cinta yang berfokus pada kepentingan diri bukan kepada Allah,  zat yang mesti kita cintai.
Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai,  dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu-waktu terdesak sahaja. Apabila senang Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Apakah ini yang dikatakan cinta?


Ibadah orang yang mencintai Allah hanya ketika sedang terdesak sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya,  dia alpa. Sebaiknya, jika yang dimintanya tidak kunjung tiba dia jadi kecewa, marah dan putus asa. Mengapa Tuhan tidak memperkenankan doa ku? Mengapa setelah lama aku berbuat baik keadaan ku masih begini? Dia seakan mendesak, bahkan memaksa  dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajatnya.  Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia adalah peminta yang ego.





Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al Ma’arij: 19-21). Jangan, jangan begitu. Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini sewaktu senang, “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) . Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini ketika susah, “”Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.” (Abu Daud) ” Justeru, jika benar cintakan Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah.


Jangan samakan keperluan kita kepada Tuhan dengan ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan.  Kita beribadah, bukan kerana-kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap wajah Allah. Kita mencinta Allah kerana kita memang mencintaiNya, bukan kerana mencintai diri kita. Lalu Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.


Itulah cinta sejati. Cinta yang menafikan kepentingan dan keperluan diri demi yang dicintai. Mereka tidak sekali-kali tega untuk ‘menduakan’ cinta dengan selainnya. Tidak ada syirik dalam akidah dan ibadah, kerana  dalam hati mereka yang satu hanya ada cinta yang satu (Allah). Cinta orang mukmin hanya untuk Allah. Itu bukan cinta biasa, tetapi cinta luar biasa kerana terlalu cinta. Firman Allah:” Dan orang mukmin itu tersangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah 165).


Dalam hati itu mana mungkin ada riyak dan suma’ah? Puji dan keji manusia tidak menjejaskan hati.  Mereka bebas daripada kongkongan dunia luaran. Mereka bebas daripada belenggu ‘tuhan-tuhan kecil’ (kepentingan duniawi dan penghargaan manusia) untuk mengabdikan diri sepenuh dan seluruhnya kepada Allah.


Masalah manusia dari dahulu sehingga sekarang bukan kerana tidak ada Tuhan tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’. Terlalu banyak ‘Tuhan’  menyebabkan kita keliru dan buntu dalam hidup. Kita sukar membuat pilihan dan keputusan yang tepat dan cepat kerana terlalu banyak yang kita pertimbangkan. Sebaliknya, ikhlas itu bebas. Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”

13 January 2014

Seraut Kata Selaut Rasa





"Untaian kata-kata adakalanya sangat menggugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah".


Seraut Kata Selaut Rasa .....satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah. 







"KATA-KATA YANG INDAH MENGUBAT RASA YANG GUNDAH. KATA-KATA YANG BENAR MEMBUAT FIKIRAN MENJADI LEBIH BESAR. APABILA KEINDAHAN DAN KEBENARAN BERGABUNG, KATA-KATA AKAN MENJADI KUASA YANG MAMPU MENGUBAH JIWA"


nak berkongsi sedikit tentang kata-kata yang ada dalam buku tersebut 
korang boleh beli buku nie di MPH pun ada , harga dalam RM16 , sila dapatkannya
untuk menambah minda yang positif 


BAHAGIAN 1 : MUHASABAH

- apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebab, pertama..kerana kita tidak benar-benar inginkanny,kedua ....kerana kita tidak membayar harga untuk mendapatkannya - 


- tanpa kekayaan hati,seseorang hartawan hanya umpama seorang jaga yang mengawal wang di bank yang bukan miliknya -


- jangan bimbang jika kita tidak dihargai orang, tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga - 


BAHAGIAN 11 : USAHA MEMBAIKI DIRI


- manusia yang derhaka seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya,walaupun banyak yang terhantuk lalu jatuh bergelimpangan di lantai kelkatu yang lain masih terus menuju tempat yang sama. Sedikit sekali mengambil iktibar daripada korban yang bergelimpangan - 


- kita adalah apa yang kita baca , dan siapa kita menentukan bagaimana kita melihat, apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat ,justeru bacalah yang baik-baik, insyallah kita akan menjadi baik dan akan mendapat banyak kebaikan dalam kehidupan ini, you are what you read - 


- apabila diuji, jangan katakan ya allah ujianmu sangat besar, tetapi katakan wahai ujian,aku ada allah yang maha besar - 




~ ~ Bentuk badan yang menarik ~ ~


PETUA UNTUK MEMPUNYAI 

BENTUK BADAN 

YANG MENARIK 



~ ~ Bentuk badan aku yang macammane ya ~ ~

kahkahkah
x mau bagitau
ngerii kalo tgk




1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.
2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.
 

Petua Tradisional Untuk Mengempiskan Perut

~ ~ Salam Maulidur Rasul ~  ~ 

Perut membuncit dan perut dibuncitkan

hekk...tue dua makna yang berbeza okey

tipu kalo korang kata x penah mengalaminya
hahaha cantik je rupa sparetyre nie..
~ ~ ~ lalala....rs nak gunting ..dgn gunting pokok ~

tersangat lah aku menyampah kalo perut dh buncit
hekk tapi pic nie bukan lah pic perut aku ya
huahuahua

so mlm nie struggle gogel
nk kempiskan perut
wakakakaka




PETUA-PETUA MENGEMPISKAN PERUT


Ramai di antara kita semua mengalami perut yang buncit. Pelbagai kaedah dilakukan samada kaedah tradisional ataupun rawatan di hospital. 

Di bawah disertakan petua tradisional bagaimana untuk mengempiskan perut anda.
 
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Campurkan kedua-duanya hingga sebati lalu disapu pada perut. Selepas itu ikat perut anda seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, Cuba anda amalkan setiap malam. 

 



*Aku rs nk tumpang je adik aku pantang nnti..minjam barut dia..hahaha*

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Biarkan dan embunkan semalaman.
Esok paginya anda minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.


*orang kata petua lama nie mmg lambat tapi berkesan tp masalah utama adalah sikap malas nk mencuba* 

12 January 2014

^^ Buah Melaka @ kuih onde-onde ^^

  kalo yang tadi aku pot pet tentang
  sambal goreng tempe

 la nie , nk habaq mai
 tentang kuih buah melaka
 atau org melaka sendiri panggil kuih
 ondeh-ondeh

 glamorr x ...huhu




kuih nie bukan lah kuih yang bermusim okey....yang korang rasa akan muncul pada bulan Ramadhan
salah tanggapan sebegitu, sebenarnya kuih nie....korang boleh makan pagi petang malam...boleh bekpes atau makan petang


seingat aku lah...time kecik-kecik dulu, aku tgk arwah nek sedara aku buat kuih nie
mcm senang je...dia gentel je tepung tue..jadi bulat ...(bulat kecik bulat besar )


 lupakan kenapa malam nie aku asyik tepek entry resipi....
sebabnya perut aku tgh berkocak2x nie..sabauu..sabau
 aku keja menggoogle je ....nie aku rembat dr MY RESIPI ya :) 


 RESIPI 


BUAH MELAKA

 @ ONDE-ONDE




 

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 1/2 peket tepung pulut (250g)
  • 7 helai daun pandan (saiz sederhana)
  • 1/2 camca besar tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Air
  • Gula Melaka (potong kecil2)
  • Kelapa muda (parut) 

 

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum & sedikit garam.
  2. Daun pandan dipotong kecil2 dan dikisar dgn sedikit air.
  3. Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau & tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
  4. Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah.
  5. Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
  6. Golekkan ke atas kelapa muda yang telah digaulkan dgn sedikit garam sewaktu masih panas & boleh lah dihidangkan.  

Sambal Goreng Jawa

malam nie baru den nak muncul           
mcm busy je aku nie
tapi tak berapa nk busy sbrnya
ntahlah bnyk benda yang aku terpaksa fikir


haha mgkin skg emosi aku mcm
roda impian sebelah nie
tak berapa nk stabil
mau tak nya rs nk pelempang je manusia2x yang terlibat ..keja lembab hokey.....
dia kata tue..dia kata nie


klah, tak mau marah2x nnti cepat berkedut

~ ~ mlm nie tak ber WHATSAPP lah aku ~ ~

incik abe naik opis...gi wat sepanduk ..nk berarak tuk maulidur rasul

maknanya...aku kena tinggal ngan dia
dia pesan ...suh aku duk diam
okeyy...hahaha mcm dh kawin plak mcm duk satu umah plak..suh kita duk diam.....,wahh kalo dh kawin mcm nie..mau aku ckp ngan dinding je...ngeee

ape lagi, aku pantang kena tinggal....maka nya boypren aku ...sin chan ....akn ku tonton sampai lebam

*sengal x sengal pala aku....sejak dr utm sampai umo dh nk cecah 28thn ...aku kaki layan sin chan...makan sambil ngk sin chan ...xde citer lain x pe ...hahaha*

sin chan ..sin chan gak
tetiba alahai
betapa kuatnya nafsu 
(hooiiiiiiiiiii jgn fikir nafsu teeett ya.....lum layak lg....bru lesen L ..wakakak)

nie nafsu nk melantak
aku terbayang
sambal goreng tempe

*kahkahkah ganas sungguh*


ooohooii bestnya kalo dapat santap nie

*dulu diet mkn nie hari2x ..tak pernah jemu ya...sedapppp hokey*



aku sedaya upaya mengugel resipi 
sambal goreng jawa nie

harus besok aku buat pas balik dr PPD

nakkkk gakkkk makan
tempe je kan ...ngeee


RESIPI 

SAMBAL GORENG TEMPE




amboi kan men besau lg.
nie mmg dasar nafsu buas aku nie
wakakakak


BAHAN A

  • 10 keping tempe
  • 10 keping tauhu
  • 10 biji kentang

BAHAN B (DIMAYANG):
  • 2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN C (DIKISAR):
  • 2 labu bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering

BAHAN D:
  • 50gm suhun
  • 50gm tauhu kering
  • 3 biji cili merah                  | dipotong serong
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


CARA MEMASAK:
  1. Bahan A dibersihkan, dipotong dadu dan digoreng sehingga garing. Angkat, toskan dan asingkan.
  2. Panaskan lebihan minyak goreng tadi dan tumis bahan B sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan C dan tumis sehingga terbit minyak.
  4. Seterusnya masukkan bahan A yang digoreng tadi dan kacau sebati.
  5. Masukkan pula suhun, tauhu kering dan cili merah. Kacau rata.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan kicap pekat, garam dan gula. Kaup balikkan dan sebatikan. Biarkan tauhu kering dan suhun seketika.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Harap sok kalo aku buat menjadi lah menu nie
(@___@) skg nie kena rajin memasak....
sebab incik bos mcm2x dh suh blaja masak .
menu tue lah menu nie lah
okey dia kata dia suka makan ikan 3 rasa

nanti aku gugelkan ikan 3 rasa dia tue...
hahaha
kejam sungguh aku nie 
(@_____@)


*alahhh minjam abang mat gebu nya pic ya*

9 January 2014

Sayang Lahir Batin

first time 
dengar lagu nie
hahaha tangkap jiwang giler aku 
siap send kat incik ehem2x
dia pun kata best 

tp makin lama
makin layan lagu nie
penuh makna
kalo tgk videonya
tersentuh hati 

setia hingga ke hujung nyawa
hope kami pun akan mcm tue jugak 
setia ke akhir hayat membawa ke jannah
aminn @__@


hanya hiasan ..hahahhaa


SAYANG LAHIR BATIN 

Dengarkanlah aku cerita hatiku
cerita tentangmu
aku mau ikhlas, ikhlas menyayangimu
tutuplah matamu
cukup aku dan Tuhan yang tahu


aku tlah berjanji menyayangimu
lahir dan batinku
aku tlah berjanji mendampingimu
lahir dan batinku

andai engkau tahu ku siap mati untukmu
jiwa dan ragaku
cukup aku dan Tuhan yang tahu


(aku tlah berjanji menyayangimu
lahir dan batinku
aku tlah berjanji mendampingimu
lahir dan batinku)


andai engkau tahu ku siap mati untukmu 

*insyaallah*

~ ~ Losyen Halia Mustajab Pati Halia + Delima ~ ~

alooooaloooo

(@_@)
*oiii umi ...hang ingat nie phone.ke..nk men halloo2x plak*

*___*
ahahaha dh seminggu blog berlendir 
tak di lap 

so petang nie curi sikit ketersibukan masa 
cehwahh ya je aku nie

chit chat sikit pasal 




Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent


*bau losyen nie sgt best tp ade sikit pijau yang tak bp nk pijau lah....bagus kalo sengugut ......kencing x lawas ke....sakit perut ...hapuskan selulit .....sapu je 2x pas anda mandi.... :)  den pun baru mencuba ...hehe*


KEBAIKAN
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi
  • Membantu memperkuatkan pencernaan di perut
  • Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi menyihat dan melindungi sel kulit 
  • 1 January 2014

    Happy 2014

    Alhamdulilah 
    jejak sudah tahun 2014 

    terlalu banyak kenangan 
    tahun 2013
    kerjaya seiringan bersahutan bersama peribadi
    jerit perih 
    aku terasa

    allahuakbar
    mmg sgt memerlukan kekuatan
    tentang kerjaya biarlah allah yang tentukan
    seandainya itu mmg rezeki aku
    insyaallah aku akan dapat jua




    *insan yang sgt istimewa dalam hidup aku .....kepada MOHD NAIM BIN MOHD NORDIN....thanks abang selama 4 tahun bersama-sama melalui segala dugaan yang hampir tersungkur ..semoga allah sentiasa memberkati hubungan kita,andai umi lemah....bagi lah umi semangat utk melaluinya ...mgkin indah mungkin perih tapi itulah hakikatnya*

    ~  ~  kita hampir ke situ ~ ~

    "Aku sedar bukan mudah
    Untuk mengejar mimpi indah
    Pernah suatu ketika dulu
    Ku punya harapan besar
    Kini aku tak pasti
    Dapatkan ku miliki

    Sudah jauh kita tempuh
    Kekalkanlah impian lalu
    Mungkin ada hikmat
    Yang akan menunggu
    Di penghujung jalan
    Biar nanti kecewa
    Setidak-tidaknya mencuba


    Jika halangan menduga perjalanan kita
    Janganlah kau putus asa
    Karena ku ada di sisi setia menemani
    Andai semangatmu gugur
    Genggamlah tanganku
    Kita hampir ke situ

    Adakala ku terasa
    Ketabahan tak setegar
    Tetapi apakan daya
    Berhenti separuh jalan
    Percayalah padaku
    Aku yakin kita mampu


    Biar orang katakan
    Rapuhnya harapan
    Bukan mereka tentukan lagi
    Kau ada aku dan aku punya kamu
    Amanlah akhirnya tetap bersama"


    *ahaha januari sudah .....woww mengjangkau tahun ke 5 dah hubungan kita*
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...