Followers

27 May 2014

Hikmah Pernikahan


Salam 
selamat tengahari 
agak lama menyepi
macam2x perkara yg harus dilalui
cuma tabah atau x 

tekanan makin hebat
kdg2x rasa putus asa
tp bila aku renungkan kembali
ya betul kata org
ini dugaan nk berkawin
kadang2x kita dengan pasangan kita x de masalah
tp wujud masalah lain plak
bukanlah nk mengaibkan sesape
aku hnya mahu berkongsi rasa
bersabar dan bersabar
insyaallah , kami berniat baik
untuk mendirikan rumahtangga
bantulah kami Ya allah 

aku cuba muhasabah diri
dengan mencari artikel
tentang pernikahan 
apa itu pernikahan
bukan sehari dua nk tgk muka pasangan kita
hingga ke akhir hayat kita bersama 
segala kebaikan dan keburukan kena lah terima
susah senang harungi bersama 

Ini antara 

3 HIKMAH PERNIKAHAN YANG PERLU KITA TAHU

Apabila pasangan itu membuat keputusan untuk bernikah, bermakna mereka sedang dalam proses perjuangan. Perjuangan untuk menjaga iman dan hati serta perjuangan merealisasikan pernikahan.

Perlu diingat, perjuangan itu juga termasuklah menangkis hasutan syaitan sewaktu tempoh sebelum bernikah kerana syaitan amat suka kemaksiatan antara lelaki dan wanita berbanding hubungan yang halal.

Selain dapat menjaga hati dan diri setelah pasangan itu bernikah, pernikahan memberi tambah nilai pada potensi diri dan masyarakat kerana kita adalah hamba & khalifah Allah di muka bumi ini. Bagaimana hikmah dan tambah nilai itu berlaku?

1. Nikah Meningkatkan Potensi Individu
Pernikahan akan membawa kepada ujian dalam kehidupan. Dari situ jika kita menginsafi tujuan dan niat pernikahan, kita akan bersama-sama memperbaiki diri lebih tekun, sabar dan menambah ilmu untuk mengharungi badai rumahtangga.


2. Perkahwinan Meningkatkan Potensi Keluarga
Ada nasihat mengatakan, bernikah jangan hanya fikir sehingga ke hari persandingan tetapi fikir sampai ke susu dan lampin anak-anak. Bermaksud sejauh mana persiapan kita untuk anak-anak yang bakal hadir. 

Generasi muda adalah penentu masa depan masyarakat. Peranan ibu bapa sememangnya memberikan didikan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga mampu membina keluarga yang baik dan diberkati.


3. Perkahwinan Membina Mahligai di Syurga
Manusia seringkali melakukan dosa dan kesilapan, terasa mencapai syurga itu sangat jauh dan sukar. Namun jangan risau dan berputus asa dengan rahmat tuhan kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi kita. 

Banyakkan bersyukur jika perkahwinan itu memberi kebahagiaan pada awalnya dan teruskan berdoa agar ia kekal ke syurga. Sebaliknya jika pernikahan itu membuat kita berduka, usaha mencari jalan memperbaiki kelemahan yang ada. Rawat hati dengan kesabaran dan keimanan yang kukuh. Semoga usaha itu membolehkan kita mendapat pasangan sempurna di syurga.

Bagi yang sudah mampu, bernikahlah dan raikan fitrah yang indah. Niatkan perkahwinan untuk membangunkan ummah yang sentiasa dahagakan ilmu dan redha Allah
.

=,=
Apa yang aku mampu kongsikan
sepanjang lima tahun aku berkawan bercinta  dengan pasangan aku...sangat menyeksakan
sebab kita tiada ikatan yang sah dr agama 
sampailah satu tahap aku rasa ...aku perlu berkahwin...dengan bernikah , ia adalah penyelamat bagi kami
perasaan untuk berkawin tue akan datang secara tiba2x...mcm kuasa magnet 

kalo ikut perbincangan dulu
^_________^
lagi 7 bulan
nak dipuankan...
hehehe geletis sungguh aku nie
~ saje nk gembirakan diri ~

23 May 2014

Allah Akan Beri Pelangi Yang Sangat Indah


allah uji kita 
kita lalui sama-sama
sabar lah 
insyaallah 
akan tiba juga hari kemenangan untuk kita
akan tiba jugak "PELANGI INDAH"  yang kita tgu selama ini
jangan pernah menyesal wahai hati
reda dan bersabar lah
untuk melakukan pengorbanan dalam hidup 

Allah ada ..allah maha mengetahui keikhlasan kita
untuk mencari pahala
mmg bnyk dugaan dan halangan
maka bersabarlah insan-insan terpillih



=,=

"ku nanti hari ketika........cinta datang cinta menang,jadi sayangku bertahanlah"
"jangan menyerah.....mereka bukan hakim kita"
"bintang yang mempertemukan kita,cinta yang mempertahankan kita"
 tuhan dengarkan doa kami
walau aku lelah dan  letih ..
ini demi kamu,sayang
aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu




16 May 2014

Kek Coklat Kukus


Resepi Kek Coklat kukus

Bahan-bahan:

1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur


Cara-cara:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

(Tip: Cucuk tengah-tengah kek dengan lidi hingga kedasar. Tarik semula lidi tersebut. Sekiranya lidi tersebut masih basah atau ada adunan kek yang melekat maknanya kek belum masak. Tapi kalau lidi tersebut bersih sahaja maknanya kek anda dah masak dan boleh diangkat).

=,=
pengalaman aku wat kek kukus nie....first time buat mmg jadi...masuk kali ke 3 ntah mana silap aku..terus jadi bantat....sedihhhnyaa perasaan time tue 

14 May 2014

cekedis kegemaran

yea2x dh dpt oatchoco
kat pasaraya telok mas
sebelah sekolah je
setat motor terus berlesup gi beli
tgk td mcm bnyk lg stok
cepatttt oiii gaji
aku nk beli bnyk2x...
hahaha tamakkk 
sebungkus tak cukup tuk aku
biau ler nk kata ape ..gemuk ke..kuat mkn ke
~ mak tak kisah nak~



kalo ambik seketul dua mmg x cukup tuk tekak
mau sebungkus nie 2 ari je dh abis
harga kat kedai tue dlm rm9.90
tp rsnya leh dpt lg murah kot



skg dh jadi cekedis kegemaran aku plak
sambil2x taip entry dh 10 paket kecil aku sental
pastu minum air masak
ntah tak tau perut nie kenyang ke x


*yg tue beli pada kak oyen.....besttt :) ....kesiann kak oyen terpaksa wat pos laju tuk adik telur ...thanks kak oyen*




aku rasa raya nie mmg out of stockk lah produk oat nie
hahahaha demand terlalu tinggi 
"nyum...nyumm sedapppnya"

10 May 2014

Aku ==> Kau

huwaaaa 
sedihhh betul
hubungan mana yg sentiasa tenang
pembohong kalo kata x bergaduh 
sentiasa baik je
itu mmg betuuuuuul pembohong

jadilah macam kami 
bertekak 
sentiasa
sampai lah suatu malam
sebab aku dh terlalu tertekan 
fikir pasal kawin ...kerja lagi...n mcm2x 
betul2x mcm kena sampuk kuntilanak
aku bahasakan incik bossss 
ber AKU 
hurmmm incik boss pun melenting terus...
dia pun terus balas kt aku

sobsss meleleh airmata time tue
padaaan la muka aku
cakap ikut sedap mulot
huurmm aku ngaku itu mmg kelemahan aku
aku akan cpt melenting bila apa yg aku nk bincang tak diendahkan
sebab aku bkn suka hati nk jd serius


hoho tapi pengajaran jugak pada aku
so pas nie jgn nk ber AKU lg 
==,==

umi minta maaf ya abang
~ entry nie mmg tuk abang ~

^__^
*pening::dah ade ikatan pun bnyk mslh,dulu tak de ikatan org sibuk tnya,nie plak berperang pasal tarikh kawin...erkkk sabauuu je lah aku.

=,= 
jom abang kita bawak diri ke JEPUN...huahuahua 




tetiba terselit pic budak nie...ahaha ank "UMI"...kahkahkahkah geramm je aku ngk dia...suka wat lawak

9 May 2014

7 Perkara Isteri Anda Tidak Akan Beritahu

Mesti anda kerap dengar si jejak mengutarakan statement seperti " Aku tak paham lah perempuan ni! " atau " Perempuan sangat complicated. " Hal ini disebabkan, kita sebagai wanita sekejap okay, ceria, tiba-tiba tak ada hujan, tak ada ribut kita merajuk, bengang dan sebagainya. Jejaki diluar sana, kami kaum hawa bukan lah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang kami luahkan bersebab, hanya kadang-kala susah kami nak luahkan. 

*lelaki kena paham ya emosi wanita....bukan setakat nak datang bulan je,wanita nie meroyan lah apa lah*



Ada 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi anda perlu memahinya.

  1. Perkara paling asas, si isteri perlukan kasih sayang anda.
    Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. 
  2. Si isteri bosan. 
    Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya. Buat lah kejutan atau sesuatu yang special buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.
  3. Si isteri ingin dipuji.
    Siapa tidak rasa happy bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya. Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar fashion rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan. Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri. 
  4. Cemburu
    Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda. Si isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.
  5. Si isteri ingin anda menjadi ketua agamanya.
    Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina. Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut. 
  6. Sebenarnya, si isteri tidak suka membebel
    Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Si isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya. Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan. Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami. Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya. Baju tu letaklah ke dalam laundry basket, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.
  7. Si isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta.
    Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok. Si isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.
     
=,= suka nau membaca artikel pasal perkahwinan...hahaha kena ambik tau ya ^_^

6 May 2014

tips perkahwinan : matang dalam menrancang majlis


Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor yang akan melancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.
Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.
Merancang Belanjawan Perkahwinan
Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.
Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.
Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:
Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).
Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda.
Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.
Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.

1. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan
Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi. Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin.
Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.

2. Prioritikan Perbelanjaan
Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus.
Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

3. Bandingkan Harga Supplier
Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan.
Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.
Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.
Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang majlis impian tetapi pada masa yang sama menepati lunas-lunas yang dikehendaki agama.

^_^
semoga allah permudahkan urusan kami 

~ pencuci muka ~


riangnya hati
dah tak pakai pencuci muka lagi
money semua bagai tue dah tak perlu membazir
nak2x plak de jenis kulit muka yg tak perlu penyegar, pelembap

kulit muka aku nie jenis kulit ape 
=,=
saje nk kongsi pengalaman 
waktu ptg mcmnie...sebu otak nk wat keja

haaa korang guna pencuci muka apa ya
share lah 

==,==
segala jenama pencuci muka aku dah tolak tepi
skg nie aku guna bahan semulajadi je
guna quaker oat sahaja
sebagai pencuci muka 

harga oat bknnya mahal pun 
dlm rm3 je
dr aku pakai pencuci muka yg mahal2x tp naik gak jerawat bila dtg bln
alhamdullilah oat sesuai ngan kulit muka aku
setakat nie datang bln ...jerawat x naik 
yahoooooooo sukaaanya
pas cuci je rasa kulit lembut2x gitu mcm baby
rs nk gigit pipi sendiri
wakakaka sengal nya !!!!

lantik diri sendiri jadi duta oat ....tetiba mcm nk wat produk plak..hahaha 

itu jelah bukti yang ade
keberkesanan menggunakan oat sebagai pencuci muka
abislah oat kt kedai pas nie 
stokkk aku je 

=.=
selamat mencuba


2 May 2014

~ Sunset At Chaopraya ~

nie gara-gara melayan citer thailand 
dulu kemaruk nk layan nangnak
~ menangis ngk nangnak ...kan padahal tue citer hantu...adoii padah2x aku nie, bkn ape sedihhh ngk....nang nak tue setiaaa dgn suami dia sampai dia dh mati pun ....sobb 
sob..dh x nk citer lg ~

nie plak gara-gara layan citer wktu cuti kt astro
terus jatuh cinta nk tgk lagi 

"SUNSET AT CHAOPRAYA"



Filem yang berkisarkan percintaan pada awal perang dunia ke 2 antara pegawai angkatan laut tentera jepun (KOBORI) yang ditempatkan di sungai chaophraya...telah jatuh cinta dengan gadis tempatan thailand (ANGSUMALIN/HIDEKO).
Keakraban mereka bermula apabila KOBORI diarahkan menghantar ubat malaria ke rumah HIDEKO. KOBORI cuba mendapatkan cinta dari HIDEKO tanpa mengenal putus asa malangnya HIDEKO menolak cinta KOBORI kerana HIDEKO adalah mata-mata yang mengintip pergerakan tentera jepun.
Atas hubungan diplomasi antara 2 buah negara, KOBORI dan HIDEKO telah dikahwinkan tetapi HIDEKO masih lagi menolak cinta KOBORI sampailah suatu masa apabila KOBORI mengetahui bahawa HIDEKO terlibat sbg mata-mata.KOBORI telah menasihati HIDEKO agar keluar dr pergerakan tersebut sehingga menyebabkan mereka bergaduh besar.
Perang menjadi semakin sukar sehinggakan KOBORI ditukarkan ke BURMA.KOBORI berat hati untuk meninggalkan HIDEKO kerana HIDEKO sedang mengandungkan anak mereka dan pada masa yang sama KOBORI merasakan HIDEKO tidak mencintainya dan menunggu seseorang.Tetapi apa yang berlaku sbnrnya,HIDEKO mencintai KOBORI dalam diam.Lebih malang lagi,sewaktu di stesen keretapi telah dibom , KOBORI terkorban. HIDEKO pergi untuk mendapatkannya ....tetapi hampa bila melihat KOBORI sudah tidak bermaya lagi....dan di situlah HIDEKO meluahkan segalanya bahawa dia amat mencintai KOBORI dan tidak sanggup untuk kehilangannya.
















*hero yg hensem*


Moral daripada citer nie
=,=
hargailah kasih sayang orang yang mencintai kita,jangan bila dah tiada barulah kita menyesal

*tetiba rasa sayang pada incik bos sangat-sangat....hahaha tetiba rs rindu yang amat, sobbbsss jauh , tetiba rasa dah x nak bertekak sebab tak tahu sok lusa kami hidup lagi ke x.. uuwaaa*

===,===
penah terfikir gak kalo tetiba salah sorg dr kami pergi
mcmmane nk teruskan kehidupan nie 
5 tahun buka mata....tgk msge ...berhubung semua tue walaupun jauh 
tapi bayangkan allah swt ambik salah sorg dr kami ...
kalo aku..aku rs aku hilang separuh badan .....downn abis....


^^____^^
selalu berdoa supaya allah swt permudahkan urusan perkahwinan kami,supaya dia adalah jodohku sehingga ke akhir hayat hingga membawa ke jannah. 


ntah-ntah dulu zaman perang ...ada kot ...percintaan mcmnie...sedihnya....kena harung mcm2x dugaan
perang tue bukan setakat menawan tempat..menunjukkan kekuasaan...meluaskan empayar tetapi menyebabkan perkahwinan campur...



OST SUNSET AT CHAOPRAYA

=HIDEKO=

Kimi ni sureba, kesshite arienai

It is impossible

Dekigoto dattarou boku wo ukeirerukoto wa

To takeme in your heart, isn’t it?

Demo dokoka de bokura deatteta

We must have met somewhere before

Tatoeba sou itsuka no yume no naka de

It could be in a dream

Daremo ga kimochi ni wake wo toitagarukedo

Although others are eager to find reasons to love someone 

Ima agetai no wa riyuu no nai sunao na kokoro

The only thing I want to give you is my irrational heart

Donna kotoha demo arawarenai kono boku no ai

There are no words that’s can describe my love for you

Tamaniwa iisugitari surukoto mo arukedo

At times, I looked to determined

Sore wa boku nan ni kono ai wo tashikametai dake

It’s  just that I want   you to believe in my love for you

Boku wa mouriyuu nado iranai

I don’t need any reasons

 Kimi wa mada mayotteru nakona

You might freel confused

Tada tsutaetai omoi hoka ni wa nani mo iranai

That’s all I want to tell you. I don’t need a thing

Daremo ga kimochi ni wake wo motomeru keredo

Although others are eager to find a reasons to love to someone

Ima kikitai no wa riyuu no nai sunao nakotoba

What I want to hear is a word from your heart, without any other reasons

Donna kotoba demo arawasenai kono boku no ai

There are no words that can describe my love for you

Tamaniwa iisugitari surukoto mo arukedo

At times, I looked too determined

Sore wa boku nari ni kono ai wo tashikametai dake

It’s just that I want you to believe in my love for you

Boku wa mou riyuu nado iranai

I don’t need any reasons

Kimi wa mada mayotteru no kana

You might feel confused

Tada tsutaetai amoi hoka ni wa name no iranai

That’s all I want you to know, I don’t need a thing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...