Followers

19 January 2015

Indahkan hubungan jarak jauh

^^___________^^
Mood Isnin yang sangat malas
rasa nk tido je nie
ngantuk

oklah tuk hilangkan ngantuk nie
rasanya baik ngadap blog
sel-sel otak berkembang laju plak ya

aku dah penah sentuh tntg hubungan jarak jauh
jadi cuba diperindahkan lagi hubungan itu 
^^^______________^^^

INDAHKAN HUBUNGAN JARAK JAUH



Cinta dan perkahwinan jarak jauh menjadi satu perkara biasa pada zaman ini memandangkan pasangan masing-masing mempunyai komitmen kerja dalam mencari rezeki demi kesejahteraan keluarga.
Cinta jarak jauh semestinya mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sendirian. 
Misalnya pasangan bercinta terdedah kepada pelbagai dugaan khususnya godaan daripada lelaki atau wanita lain. Jika kasih dan kesetiaan tidak teguh, mereka akan terpedaya seterusnya cinta yang dibina boleh putus di tengah jalan. 

Bagi pasangan suami isteri mereka juga mempunyai dugaan dan rintangan dalam perhubungan yang perlu dihadapi dengan tabah dan bijak.

Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh? Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Apakah tip bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ini?

Disenaraikan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik.



• Manfaatkan masa yang ada 
Cinta jarak jauh ini bukan saja memerlukan kos yang tinggi kerana perlu berulang alik untuk bertemu pasangan masing-masing, tetapi juga kesuntukan masa yang begitu cemburu setiap kali bersama. 

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama supaya ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak. 

Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. Elok juga jika anda boleh menyatakan perkara yang mengganggu fikiran, dengan ini sebarang kekusutan boleh dirungkaikan. 


• Kreatif 
Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

Banyak aktiviti yang akan meninggalkan kenangan manis kepada anda iaitu memasak dan bersukan. 

Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial. 

Sebagai cara mengambil berat, anda perlu bertanyakan aktiviti harian supaya mereka tidak rasa diri kesunyian dan diambil berat oleh pasangan. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin. 


• Saling percaya 
Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya. 

Sebagaimana anda mahu pasangan mempercayai anda, begitulah juga dia. Perasaan buruk sangka atau mengandaikan sesuatu tidak pasti perlu dikikis daripada fikiran kerana akan menjadi peluntur kasih sayang. 


• Kurangkan masa bertengkar 
Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani. 

Bukan tidak boleh merajuk kerana ada kalanya ia menjadi pengikat cinta. Namun janganlah terlalu kerap merajuk, bimbang pasangan akan berasa bosan. Malah, jika merajuk usahlah terlalu lama kerana ia hanya akan menjeruk anda berdua dan menghilangkan keindahan perkahwinan. Sebaliknya cuba kenangan indah dalam hubungan jarak jauh. 


• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi 

Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik. 

Pun begitu, anda dan pasangan mestilah sama-sama berusaha supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia sepanjang hayat. 


• Setia 


Jika mengharapkan pasangan jujur, maka anda juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan supaya tidak wujud salah faham antara anda dan pasangan. Jika ada yang cuba mendekati, berterus terang bahawa anda sudah menjadi milik orang dan jangan cuba bermain api. 

Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi dari insan tersayang. 


• Hubungi pasangan apabila rindu 
Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang. 

Elakkan mengganggu pasangan ketika dia sibuk kerana ia akan memberi tekanan yang mungkin boleh menjadi punca pertengkaran. 


• Tatap gambar 
Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru. 


• Buat kejutan 
Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif. 

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan. 


• Kirim surat 
Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya! 







==>yeaaaa jap lagi  rehat tghari...laparnyaaa <==

18 January 2015

Isteri Hujung Minggu

Rupanya bukan mudah untuk melalui situasi di mana anda adalah isteri hujung minggu ...
Jauh di sudut hati
Rasa bersalah sgt
Stp masa terfikir
Ya allah....mcmmne dgn kehidupan suami aku pada hari nie
Sihatkah dia
Dh mkn ke & macam2x lg

Sepatutnya skrg aku dh jlnkn tanggungjawab sebagai isterinya
Mnjaga segala keperluan suami
Teringin sgt nk ngn pg
Buat sarapan
Hntr suami ke muka pintu
Cium Tangan suami
Masak menu tengahhari untuk suami
Tunggu suami pulang dr keja
Muliaanya mnjadi seorang isteri


Tp Apakan daya,kami sama2x mncari rezeki Demi keluarga kecil kami
Tuntutan kerjaya mengorbankan kehidupan abg suami isteri

Hanya hujung Minggu Sahaja mnjadi waktu yang sangat berharga
Segala penat lelah diketepikan Demi untuk berjumpa suami tersayang

Perasaan jadi sayu bila tatkala nk berpisah dgn suami
Rasa x sanggup nk lalui
Oohhh dulu yakin sgt....tkpelh Kalo pjj...kn dh biasa time cinta dulu
Tp itu dulu ya
Skg nie mcm budak kecik
Ngada2x ....
Air mata mesti meleleh
Menangis
Suami aku puaslh pujuk bini dia nie...hikhikhik
Jgn sedih2x katanya.

So,pada sesiapa yg bergelar isteri mingguan
Sabar ya.
Ada Hikmah disebalik semua ini.
Tabah 😜😜😊😊😊😊




Berdua Bersama


Biarlah gambar berbicara
merindui insan tersayang yang jauh di mata
tapi sentiasa di hati ini
seksa jugak sebenarnya perkahwinan jarak jauh 
kental kan hati dan perasaan untuk melaluinya




















17 January 2015

Penyatuan Dua Hati (11)







Memperkenalkan ......


Suami tersayang
Mohd Naim Bin Mohd Nordin
(..abang,nape muka tue...nk nangis ke ...ekek)

okey dah 
sambung bahagian 11 plak


*tapi rasanya bahagian 11 nie tak banyak merapu
hanya nak mempamerkan gambar je boleh ke x nie
arrghh x kisah lah 



MAKA TERCAPAILAH HAJAT PUAN UMI HANI NK NIKAH DENGAN BAJU MINT GREEN 

^^__________________^^





*sampai skg mas kawin tue tersimpan rapi*


*thanks abang jai...tolong jadi pak andam suami kita*

*abah n suami....agknya abah kata..jaga ank aku pas nie elok2x...wakakaka jgn bg dia kurus*

*amboi mak n abah mertua :)  senyum2x, dulu ingat mak mertua garang rupanya x....kihkihkih*




*paklong, maklong dan aisy*

*budak comel*
               

*Nie bukan madhuri dixit okey......kahkahkahkah*

MALAM BERINAI BESAR 

dah selesai nikah
tiba plak acara lain
ooh lahaiii
macam puteri raja plak
jangan tak percaya
sedang elok mak andam makeup kan aku 
aku dah tertido
nasib x berdengkur
pnya lah x senonoh kan 
mak andam sound lg
uuikkss ko tido eh
hahahah 








kahkahkah padan muka ko umi...kena migrain ..nasib x pengsan



6 DISEMBER 2014

MAJLIS PERSANDINGAN 

tarikh majlis sanding kami nie sebenarnya adalah tarikh ulangtahun kelahiran anak buah suami aku

okey adelia ....tahun nie kita sambut sama2x ya ngan mak ngah
ekeke



*dibawah pokok mangga ...di panah cahaya matahari yang terik,sabaar ya...kihkihkih*

*besday girl+pengatin*






*keluarga baru ...alhamdulilah*


OUTDOOR = TAMAN SERIBU BUNGA 












POST WEDDING





DOAKAN KAMI BERSAMA HINGGA KE JANNAH 

Penyatuan Dua Hati (1)


 Assalammualaikum wbt
Lama sungguh 
x main keypad laptop nie
= macam busy nau =
ekek mmg lah 
mmg busy nie 


sungguh cepat masa berlalu
segala perancangan sudah pun terjadi dengan lancarnya
bersyukur ke hadrat Illahi 
penantian selama 5 tahun 
akhirnya terjawab jugak
kini diri ini adalah Makmumnya
tiada apa lagi yang perlu dipersoalkan
semuanya sudah tertulis

indah rupanya pengalaman menjadi pengatin
kahkahkah poyo ayat aku nie
indah mmg lah indah
tp penat nya ....allah sahaja yg tahu

sebelum berlangsungnya...adeh..adeh
aku rasa mcm kaki nie dah x jejak tanah lg
rasa nk terbang
nk wat itu ini
mcm2x yang nk diselesaikan 
kol 6 pg bangun
kol 1 pg baru tidoo
perghhh rasa ...hurmmm penaaatnyaa


orang kiri kanan depan belakang sibuk tanya
"umi...tema kawin ko kaler ape"
aku jawab
"mcm2x kaler ..bebas..."

kahkahkahkah segala plan kaler semua hancus
out of theme okey
ibarat perkahwinan india dah
kaler sgt2x pelbagai
ekeke



khemah jemputan ....see...kaler meriah..
dark purple + pink 
jgn ngk khemah makan pengatin
mesti korg gelak guling2x
kahkahkahkah
tema :  warna pelangi 
sila imagine okey 


5 Disember 2014 

jantung dah dub dab dub dab
ibarat nk terkeluar
dah x tentu arah
kuar masuk bilik
mcm laki nk beranak
ekeke

cehwah terlupa plak diri nie pengatin
rilek2x je
org suh gi mandi awal
aku leh lg duk zzzz
haisshh mau x penat 
ngantuk berkodi2x tau tak

bila mak andam dh sampai
alahai
lagi lah nebes
tetiba ngk diri
eh aku nie seyes ke nak kahwin 
eh betul ke x nie
ohh mungkin aku sedang bermimpi

okey bila mak mak andam dh tepek kan makeup tebal2x
okey caya dah
sampai masa dh nk kawin
tp lebih percaya lagi
bila imam ketuk pintu bilik 
nk jmpa pengatin perempuan
ooohhh ohh....ohhh
=___________=
*berdebar rasa hati.....bercampur dgn rasa suka*
kahkahkahkah

imam tanya
"UMI HANI .....bla...bla..blaa...nikah dengan MOHD NAIM"
Muahaha tersedar juga
terus kata 
SETUJUUUU :)
*Gedik la hai en naim ...isteri awak nie*

*pengatin laki sedang berjuang mempertenangkan diri.*


*oohhh ramai rupanya...sampai x muat duk dlm umah...kihkihkih*


ramai merungut kata lamanya
majlis nikah kami
la haii nk buek camne eh
imam kt tempat sy cerewet okey
aku rasa ....rombongan lelaki dtg kol 2.30
aku selamat nikah kol 4.00 petang
berpeluh ketiak aku duk dlm bilik
nasib baik aku x tukar pakai tshrt
kahkahkah dah x tahan panas
adeh..adeh..runtuh makeup

tiba2x dlm keluh kesah tersebut
terdengar imam kata
panggil pengatin perempuan keluar
ohhhhh yesss ...yeaaa
dah jadi isteri orang
hahahaha hampeh je
rasa nk loncat2x ...baling veil
mcm pas konvo plak ko ya

tak penah jadi sesopan perempuan melayu terakhir dihadapan semua org
oohh plastiknya aku

mesti suami aku terkejut ngk bini dia
"mcm opera cina dah muka"
 ^^____^^
*menyampah plak eh ngk muka sendiri pakai veil + makeup berkodi2x*

rasa sedih bila baca lafaz taklik antara kami
ya allah
x dapat nak gambar kan mcmmane
kini kami dah sah
aku dah jadi tanggungjawab suami
segalanya suami kena didahulukan

gedik gak aku nie
cepat nau air mata meleleh
haissshh malu...sampai lap air mata
time nak cium tangan husband
kahkahkah nasib hingus x tertinggal atas tgn dia

alhamdulilah untuk sesi batal air sembahyang
suami beri rantai dan cincin








ketaq-ketaq jari bila suami nk sarung cincin
masuk2x je cincin longgar
huwaaaa
jari dah kecik ke
hahahaha
punya lah puas nk nunggu suami pakaikan rantai leher
lenguh leher nie...
susah bebenau ya en suami
ke nebes x hilang lagi

kemuncak majlis nikah nie
paling tersentuh bila
kena baca
LAFAZ SAKINAH
meleleh air mata mcm air terjun
dah tak tau baca ape
bahu dah terhenjot2x ....hingus dah soset2x bnyi menangis
dah sampai waktunya
aku diletakkan dibawah jagaan orang lain




*adik beradik suami*
=kita cntnue bahagian 11 ya=



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...