Followers

27 May 2015

Kekuatan Untuk Kami





Allahuakbar .......beikan lah aku kekuatan 
saat ini...saat yang sukar aku rasa 
mengharungi hari demi hari 
kuatkan diri demi si kecil yang akan engkau anugerahkan kepada kami
moga bila ia lahir...ia menjadi anak yang mampu berdiri di atas di kaki sendiri




"Siapa yang tidak sedih, melalui fasa perjalanan 

mengandung dalam keadaan suami jauh. Namun, dicekalkan

 hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi 

sedikit supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi 

hari."




19 May 2015

Tips Penjagaan Awal Kandungan

 Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)


 Terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Alhamdulilah


Syukur Alhamdulilah 
Tak terkata apa
sbb tak jangka yang diri tgh pregnant 
Terima Kasih Ya allah
Moga anak kami berada dalam rahim ini sehingga ia selamat dilahirkan 
*mood x larat*
*baru paham apa yg wanita mengandung alami*
*takpe sakit itu penghapus dosa*
*ayah & ibu to be*

11 May 2015

Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri

: : : .....Assalammualaikum wbt..... : : :

^^______^^

Selamat tengahari semua 

ada sesuatu yang hendak dikongsi untuk semua.
selamat membaca 

:::   ::::

- _______________-


HADIAH TERBAIK DARI SUAMI UNTUK ISTERI
     

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..


3. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , “sy nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati sy tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Sy suka cara awak ketawa” “Sy suka cara awk berjalan” dan lain2.


5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni syg!” dan lain2..


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.


7. Hadiah Kejutan :  Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..


8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.


10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..


11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

 tips penting nie
suami kita kalo baca
sila baca dengan setulus hati okey 
^^_________^^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...