Followers

24 June 2016

Tips Hadapi Morning Sickness

Morning Sickness !!!!!!!!!

alahai fobia tau x 
hahaha 
dh kena batang idung sendiri
barulah aku rasa mcmmne..
segala makanan terkeluar semula

tapi tkpe ....morning sickness tue menunjukkan 
perkembangan positif tuk kandungan kita

yg tak kena morning sickness tu...jgn plk kecil ati ya 
beruntung lh korang
x semestinya yg x kena tu...kandungan x ok

orang kata...kita ni bila mengandung...bahagian masing-masing
ada yg awal kehamilan...morning sickness teruk,..tp bersalin sng
ada yg awal kehamilan ..semua ok..tp akhir kehamilan ada masalah
dan mcm2x lah

tkpe itu semua pengorbanan 
yang memerlukan kesabaran

*walaupun kdg2x aku rasa nk ngis je...bila muntah nie...balik keja melepek terus*


tips menghadapi morning sickness nie ..aku ambik dr fb...hehe



:  :  : TIPS HADAPI MORNING SICKNESS :  :  :









Pengalaman aku sendiri

!!!________!!!

pagi-pagi aku mesti singgah 7e ...cari air vitagen  ...x kiralah yg rasa epal ke ..limau...ke
yg penting masam
itu je aku blh telan
kdg2x aku mkn buah epal ijau..
sampai satu tahap aku muntah ...lembik dah
paksa diri telan air garam ...mcm dh kena cirit plak eh
selalu aku akan mabuk ....dlm kol 8....hurmmm time nie dh mula dh
rs trauma nk bgn pg ....tp kuatkan smgt je lah
lagi satu ....kalo mak aku menumis...adoi lahai....bau bawang...bau ikan..
aku duk dlm bilik...hidu bam...dh x tahan bau....
smpi serta merta muntah...
penah sekali tue ..lps masak spageti...
aku terus mabuk teruk...
sampai malam muntah......ingatkan pg tue aku masak..aku dh ok...dh xde morning sickness..rupanya...hahaha tipu je....
ambik ko lps masak..terus muntah ...
pernah jgk makan burger mcd.....tekak nk mkn sgt...ajak suami aku gi mcd ayer keroh...sampai sana bkn makan bnyk pun....tahan je lah...kat umh berlambak kuar burger dlm tandas...
penangan mabuk nie mmg dahsyat lah



RENUNGAN BERSAMA:







TIPS MUDAH BERSALIN

Assalammuaalaikum
wbt


Hari nie puasa dh masuk 19 hari kan...
allahuakbar ,,,,begitu pantas masa berlalu


pagi-pagi nie kalo nk wat keja kena ambik mood dulu lah
ngk ape yang patut

Bila dh scroll newsfeed fb tue...
ternampak plak pasal something
geng Info Ibu Hamil
post tentang 
tips mudah bersalin
so aku pun dgn lajunya...save photo tue
rasanya nk simpan dlm hp 
ntah2x mana aku transfer 
x memasal ilang tips tus
lebih baik letak kan blog je 


::: TIPS MUDAH BERSALIN :::










tips yang ke 4 tue rasa sedih + syahdu ..... 




kalo info yg nie masih kekurangan lagi
korang boleh lah komen dan tambah ya
maklumlah ..kita nie..xde pengalaman...just sharing je mana yang patut tuk perkongsian bersama bakal ibu .......



13 June 2016

5 Tip Berbuka & Bersahur Ibu Mengandung Di Bulan Ramadan



Salam 
hari nie dah masuk 8 Ramadhan 
sekejap je kan...
ibu-ibu yg mengandung mesti ade pengalaman sendiri ketika berpuasa
di sini, ada tips yang di ambil dr 

MAJALAH PA & MA 

Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.

Bagi yang teruk morning sickness, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan sepanjang menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung:

Ketika berbuka puasa
1. Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
2. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyak sayur-sayuran.
3. Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Ketika bersahur
4. Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
*Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
*Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
*Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
5. Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

3 June 2016

Diari Kehamilan : Minggu ke 20

Alhamdulilah minggu nie anak ibu dh 20 minggu dlm perut ibu 
minggu lepas ibu n ayah...tgk syg masa dktr scan
alolo lasak nya dia..
patut lah ibu rs x selesa je 
ayah fokus btul tgk syg 
excited btul ayah....ibu mula-mula nk gi scan sorang je sbb malas nk tgu ayah balik
tp ayah x bagi plak....
so ibu akur jelah ..tgu ayah balik Melaka


lega hati ibu & ayah bila dktr kata buah hati kami nie sihat je ...semua ok ..
mcm2x dktr tunjuk ...
last skali dktr kata..nk tau jantina x...ibu ckp x kisah 
hati seorang ibu hanya mahukan ank cukup sifat dan sempurna
amboiii payahnya dktr nk tgk jantina dia
rupanya tali pusat terbelit dkt paha..knp lasak sgt syg ibu nie..
^^_______________^^
banyak kali dktr goyang kan perut ibu dgn scanner tue..sampai ibu dh rasa senak dah....
agaknya ayah kesian ngk ibu..
ayah smpi pegang tgn ibu.....
ooohh ok rupanya dh nampak jantina 
berat awak dh 300gm tau syg....dktr kate sesuai dgn usia kehamilan
ALHAMDULILAH 
^^____________________________^^






*posing dlm bilik pss jelah*


ayah dan ibu dh boleh beli baju sayang ^^_______^^
skg nie kesihatan ibu ....dah makin baik...dh xde muntah...
kerjanya asyik nk makan je....hahaha


selasa lepas ibu gi checkup dkt klinik kesihatan ayer molek..
berat ibu pun nurse dh tulis dgn pen hitam 
cuma HB ibu turun jadi 11.5 drpd 13 masa awal kehamilan
so x yah lh ibu gi checkup lg 2 minggu kan
terus dtg hujung bulan 6 je nanti 
ibu pun dh mula minum susu 2x sekali....dan makan kurma


bila bc dkt gugel ...
usia kehamilan 20 minggu ...apa yg berlaku dlm rahim kita ?
=_________=


FASA PERKEMBANGAN 



"Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran".


"Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar"


"Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada".


(SUMBER: www.babycenter.com)




=______________________________=
Membesarlah dengan sihat buah hatiku 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...