Followers

12 August 2014

Jangan Jadi "Kepo-Kepo"

ntah sentap pun ade
korang suka ke kalo orang masuk campur urusan peribadi korang
padahal korang ngan si dia tkde isu ape pun

tiba2x
de plak ..hurmmm yg pandai2x nk campurtangan

manusia yang suka mencampuri urusan orang lain mmg ramai
nk jadi itu lah inilah
tak perlu 
aku ulang lagi tak perlu ya
tuan punya badan lagi paham apa yg dia nk wat

"Terkadang kita suka sekali mencampuri urusan orang lain. Orang melakukan ini itu di komen dan sebagainya. Padahal anda sendiri memiliki masalah sendiri. Karena terlalu sibuk mencampuri urusan orang lain tidak akan menyelesaikan masalah anda sendiri. Berhentilah mengurusi masalah orang lain dan urus masalahmu sendiri."

bukanlah aku nk buka pekung di dada
tp aku sebenarnya tak berapa selesa
bila diperlakukan sebegitu
aku pun ade perasaan 
tak perlu lah sampai begitu sekali

>,<
dh aku pun malas nk membebel lagi
biarlah 
tuhan sahaja yang tahu
keikhlasan hati aku

=..=
maaf ya 

8 August 2014

Bawal Jadi Shawl

okey2x entry nie
tak perlu baca ya
tgk je pic
malahan tkde tutorial pon
aku men sebat je ..lilit kat kepala
bawal terus jd shawl
tp tkde keyakinan nk pakai
redaaa :)
time rehat lama
dah x de keja walaupun keja berlambak
malasss
nie lah hasilnya
yg meluat jgn ngk ya
wat tambah dosa korang je tau







 >>> selfie je keja ko umi hani oooiiiii  <<<

Tidurlah Sayang Arjuna Beta



DERITA KANAK-KANAK PALESTIN

Perang antara Israel-Palestin tidaka akan ada noktahnya. Entah sampai bila Israel akan melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Dari sekian ribu mangsa korban keganasan perang Israel 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.


Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sanggup meragut nyawa anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang berkataIsrael takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah sebeb mengapa Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.
Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka. 

Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh. 
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam. Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.




>> ARJUNA BETA <<
!!!__!!!
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur

datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa








))..((

==>aku dedikasikan khas untuk anak-anak yang comel di palestin,yang tidak pernah merasai keamanan,yg hanya dimakan peluru,menjadi santapan kepada yahudi laknatullah,SYURGA untuk mu,sayang..damailah engkau disana bersama para syuhada :) <==





1 August 2014

Jom kerja

alaaaa
borink betul lah
aku x tau nk wat ape ari nie
datang kerja makan angin kipas angin nie
hahahahaa
dah la aku nk demam
satu badan aku bisa betul
tadi gi keja nasib bek aku x hentam divider jalan...

ingat nk siapkan keja
tapi hati nie tak mampu
cehwah poyo sangat la ko umi











kahkahkah gile selfie aku nie
mabuk dah
sampai2x terus selfie ....x kan mmg bengong namanya
sebab hari nie dtg keja tkde perasaan nk bekerja
sebab tue aku x suka cuti lama nau
lemass nanti ambik mood aku nk bekerja 









haishhhh pas rehat sambung lagi selfie
kahkahkahkah alkisahnya kerja hari nie
maaf ya kadang2x walaupun org x suka kita selfie
tp ntahlah bg aku selfie tue mcm terapi tuk diri sendiri
ko gemuk ko kurus ke
keyakinan bergambar itu harus lah
jgn segan nk bergambar...
hahahaha dengarlah nasihat aku yang x betul nie 
tak cya korang cuber buat
sampai tmpt keja selfie
mesti pastue ade mood nk wat keja
80% aku jamin 
==,==
sila tgk lagi....ngeee


Cerita Hari Raya

Salam ^_^
belum terlambat lg kan nk wish hari raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri
sahabat semua

hari nie dah raya ke 5
nape cepat sgt masa nie
aku rasa baru je cuti 
tup2x dah naik keja
ekeke keja nau
dtg keja pun mcm mkn angin
cuti lama sgt

1.8.2014
erk bulan 8 dah
bulan ngeri
sebab umo nk bertambah
hahahah mention sndr plak aku nie

saje gatal kan aku tak memasal naik keja ari nie
padahal sehari je
sok n ahad cuti dah
senin nie hambik lahhhh
mybe leh berubah jadi kuntiilanak ngk pss....kahkahkahkah *pengsan*

raya nie tkde bnyk kisah
banyak berposing
wakakakaka hambik ko
last raya kan sbg bujang
*insyallah*
cepat sikit raya tahun depan
eksaited nk raya ngan suami
eksaited nk raya umah baru
wakakaka gedik nau 


2 ari sblm raya mmg penat yg amat
kemas dlm bilik
kemas satu umah la sng ckp
tp nk kate kemas x jugak
hahahaha bersepah je :)

thn nie raya x bp meriah 
sebab anak2x buah raya umah nek mereka dulu
tak raya belah sini
=,=


amboi budak berdua nie ...merah betul 


family aku tahun nie kaler baju dorg semua garang2x
aku je sesat pilih kaler lembut
selalu baju aku le paling terang
hahahaha tkpelah
raya nie ala2x ayu sikit
nmpk lembut..buwerkk :)
macam makin gemuk pas puasa nie
adoiiiiiiii ngeriii nk gi fitting baju pengatin 



*sesat plk pic nie...ekek,thn dpn kita raya sama2x tau*






*yg baju purple tue adik no.8(mastura),yang baju kuning plak si bongsu (maizurah) tgh2x cun melecun tue anak atok dollah...hahaha mestilah my mum okey...,yg menggeletis bergambar tue nama dia UMI HANI*

kisahhnya berposing di hari raya pertama
hajat hati nk posing kt sawah tp tak jadi
mak aku x  kuasa nk melayan.
asyik nk posing je katanya


malam satu hari raya
merayap ke mydin
wahhhh sng hati aku membeli belah
lengang sungguh 
syok je rasa
mcm iya2x je nk soping

raya ke 3 baru aku keluar menjenguk dunia
huaa melaka hujan tau....mendung je
so raya ke 3 tue cerah lah jgk
pegi lah menziarah rumah2x sedara mara 

posing lagi
hahahaha naik muakkk org ngk pic aku

alaaa tangan aku....kahkahkahkah ikut tgn mak ..besau...erk...menipu je 







*lnp rambut abang tue......mcm baru bgn tidooo je...hahaha*






alahai gemukkk betul la
hahahaha apa nk buat nie

*oklah tue je kisah raya*
semoga korang semua ade kisah raya yang menghiburkan 
muahaha
=,=

17 July 2014

Busy Couple : Naim vs Umi

ari nie sgt2x mengantuk
mata mcm nk tergam
=,=
kalo campak bantal dpn mata aku
kejap je dh wat tahi mata 
suasana plak mendung je kan 

sini 
nak pot pet pasal pasangan yg sibuk
sebab aku skg mmg alami perkara nie
hahahahaha
sabar lah aku
walaupun kdg2x aku "naik hantu"
sebab incik bos tkde masa 

>>___<<
erk sedih tau kadang2x 
tak heran kalo korang dkt 
boleh lah selalu jumpa
tapi kami nie
dah la jauh
incik bos plak sentiasa busy
sobb 
aku bersabar dr hari ke hari
hahahaha ayat mcm nk putus cinta
oopsss bkn ya 

perempuan nie 
de suatu masa
dia rs perlukan sgt org yg di cintai
walaupun x ckp benda yg penting
merepek2x pun x pe
janji dia rasa terhibur dan tak sunyi
okey ngaku mmg kadang2x rs sunyi
kdg2x jahat jgk otak nie 
mikir..hurmmm sampai bila nk jauh nie
sampai bila ...sampai bila

sejak incik boss terjun dalam gomen
ingatkan makin x busy
kahkahkahkahkah
busy kalah YB 
ingat boleh la incik boss ngulau ke
hahahaha tidakk ttp x boleh

so aku dah paham dh tugas dia
kalo ujung minggu tue mesti ada je aktivti kat taman ...berucaplah....berkungfu lah..erk ade ke abng
hahahaha
kena attend program ini lah itulah
*erk abang busy lagi x*


pastue malam plak
mesti dia akan buat "kerja2x sek" dia
kahkahkakah
okey dah UMI paham =,=

Kalo aku plak time busy
aku tak busy mana pun
hahahah busy wat tahi mata kol 9
dah terbaring  comel atas tilam
sambil pegang hp
whatsapp ...fb
pegang hp sampai mata tertutup
terjatuh atas muka
*maknanya dah tertido la tue"
yg suwet bangun tgh2x malam
konon2x gelupur lah...reply msge lmbt tp rupanya dh tgh pagi
hahahaha tgk whtsapp
dah ade wish night dr abang
ngeee okey tutup mata
tido dalam senyuman
terukir dibintang x mungkin hilang
kasihku pada mu
wakakakak merepek dah aku nie

bila tau dia busy je
aku mula lah ..layan citer thai
hahahaha itu mmg minat aku
tak paham pun leh jd paham
pastue incik boss plak tnya ngk citer ape
erk dh dia busy ...aku pun busy lah layan thai aku =,=
pastue mcm bulan lepas...dia siapkan gugel aku ngk citer ape
hahahahah malu lah =,<

TIPS X NAK BAGI KORANG BORINK KALO PASANGAN KORANG SIBUK JE
KORANG TIDO AWAL TAKPUN LAYAN CITER ...
hahahaha alaa jgn guna lah idea meraban nie
>>,,,<<

9 July 2014

BAHANA MINUM MINUMAN BERAIS KETIKA BERBUKA

  Dalam bulan puasa ini mesti yang ramai berbuka dengan minuman berais yer dak..? sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan. mari baca penjelasan dibawah:


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu



Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser


Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit. 


Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.


PATUTLAH 
BILA BULAN PUASA JE 
BERAT BADAN AKU MESTI NAIK
ini puncanya 
~ lalalala ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...