tarikh 7 Mac 2014
tak akan dilupakan oleh seluruh rakyat di dunia
kehilangan MH370 membelah kepekatan malam
hilang begitu sahaja
aku sebagai orang luar turut berasa sedih dengan apa yang dialami oleh keluarga waris
walaupun tiada pertalian darah
sesungguhnya kesedihan yang di tanggung oleh mereka
dirasai jugak
ketepikan dulu soal politik atau ketidaksefahaman sesama kita
marilah kita renungkan
berapa banyak masa kita bersama DIA
kita khayal dalam mengejar kemewahan dunia
mungkin ini petanda DIA sedang marah dengan kita wahai umat islam
anggaplah ini sebagai ujian untuk kita bersama
Manusia tidak akan dapat lari daripada ditimpa masalah…
baik orang kaya…mahupun orang miskin…
kerana apa??
kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia…
selagi kita hidup, kita akan sering diuji…
kerana apa??
kerana….hidup itu adalah ujian…
baik orang kaya…mahupun orang miskin…
kerana apa??
kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia…
selagi kita hidup, kita akan sering diuji…
kerana apa??
kerana….hidup itu adalah ujian…
ujian yang datang itu daripada siapa???
setiap apa yang tercipta pasti ada penciptanya…
begitu juga dengan ujian…
ujian hidup datangnya daripada siapa??
siapa lagi kalau bukan pencipta kita…
Allah Tuhan Semesta Alam…
begitu juga dengan ujian…
ujian hidup datangnya daripada siapa??
siapa lagi kalau bukan pencipta kita…
Allah Tuhan Semesta Alam…
kenapa kita sering diuji???
selagi kita hidup di dunia ini, pasti ujian akan datang menimpa kita…
tapi kenapa???
kenapa Allah menciptakan ujian untuk hambanya??
Allah telah menjawab persoalan itu sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi…
tapi kenapa???
kenapa Allah menciptakan ujian untuk hambanya??
Allah telah menjawab persoalan itu sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi…
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh,
Maksudnya
: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai
perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah di antaranya yang
terbaik perbuatannya…”
oleh itu, jika kita dapat
menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita dengan sabar, kita
tergolong dalam golongan orang yang beruntung dan tinggi darjatnya…
setiap orang ada ujiannya yang tersendiri…
setiap orang mempunyai had kemampuan yang berbeza…
oleh itu, ujian yang Allah timpakan kepada mereka juga berbeza…
tidak akan melebihi had kemampuan seseorang itu…
oleh itu, ujian yang Allah timpakan kepada mereka juga berbeza…
tidak akan melebihi had kemampuan seseorang itu…
Allah yang ciptakan kita…jadi sudah pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…
dan Allah tidakkan akan sesekali meyusahkan hambanya…
bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang??
Maksudnya
: Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya…
(Surah Al-Qaf, 16)
Bagaimana kita dapat bersabar dengan ujian Allah???
perasaan sedih, takut, dan gelisah pasti akan hadir dalam diri setiap kali ujian datang menghampiri….
persoalannya sekarang bagaimana kita mahu menghapuskan perasaan-perasaan itu daripada terus-menerus menghantui diri, agar kita sentiasa dapat bersabar dan redha dengan segala ujian Illahi…
persoalannya sekarang bagaimana kita mahu menghapuskan perasaan-perasaan itu daripada terus-menerus menghantui diri, agar kita sentiasa dapat bersabar dan redha dengan segala ujian Illahi…
Allah telah mengajar kita cara-caranya melalui ayat-ayat cintanya…
dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 19-35…(sahabat-sahabat boleh cek sendiri dalam tafsir yer…)
melalui
ayat ini, Allah telah mengatakan bahawa kita ini memang diciptakan
dengan sifat yang suka mengeluh apabila ditimpa kesusahan….dan kita juga
bersifat bakhil kedekut apabila diberi kesenangan…namun, ada manusia
yang mampu menangani ujian Allah ini…iaitu mereka yang :-
orang yang menjaga solat
orang yang menunaikan hak terhadap harta yang dimilikinya dengan membayar zakat, membayar nafkah, dan memberi sedekah
orang yang mempercayai akan hari pembalasan
orang yang takut terhadap azab Allah
orang yang memelihara kemaluan dan kehoramatan diri mereka daripada bukan muhrim
orang yang memelihara amanah dan janji
orang yang bersikap jujur dan adil apabila menjadi saksi
orang yang memelihara solat
dan mereka itu akan dimuliakan di dalam syurga…
inilah ciri-ciri ahli syurga…
…betapa solat itu penting dalam melatih diri
kita untuk menjadi orang yang sabar dan bersyukur sehingga Allah
menyebutnya sebanyak dua kali bahawa mereka yang menjaga dan memelihara
solat akan mendapat kemuliaan di syurga…solat itukan tiang agama…dan
solat itu pembenteng diri daripada melakukan perkara-perkara yang
mungkar…
menjaga solat ini bukan sahaja dari segi cukup
rukun dan syarat sahnya sahaja tetapi…juga haruslah ditunaikan pada awal
waktu…juga Allah menyuruh kita supaya berkekalan solatnya…bermaksud
istiqamah dalam melakukannya…ini bukan sahaja untuk solat wajib…malah
solat sunat juga…
selain menunaikan solat, harta yang kita miliki
haruslah kita bahagikan kepada hak-haknya…harta itu bukan secara
mutlaknya milik kita…ada hak orang lain terhadap harta itu…terutamanya
dari segi pembayaran zakat dan nafkah…dan jangan lupa buat mereka yang
memerlukan dan buat mereka yang berjuang di jalan Allah…berkorban harta
ini juga merupakan satu jihad…
Allah berfirman dalam surah Al-Saff, ayat
10 dan 11 yang bermaksud :-
Maksudnya : “wahai orang
beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat
menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada
Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya…”
kita juga haruslah mempercayai akan adanya hari kiamat dan juga hari pembalasan…bila?? bagaimana?? itu semua rahsia Allah…
Maksudnya
: “Manusia bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat.
katakanlah, “Ilmu tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. “Dan
tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” (surah Al-Ahzab, ayat 63)
kita juga haruslah takut terhadap azab pedih yang dijanjikan Allah bagi mereka yang ingkar kepada-NYA…
Maksudnya
: “Dan orang-orang yang berusaha untuk (menentang) ayat-ayat Kami
dengan anggapan mereka dapat melemahkan (menggagalkan azab Kami), mereka
itu akan memperoleh azab yang sangat pedih.” (surah Saba’, ayat 5)
kita wajiblah memelihara kemaluan dan kehormatan diri kecuali kepada muhrim kita…
bagaimana caranya??
dengan menutup aurat kita…
bagaimana caranya??
dengan menutup aurat kita…
Maksudnya
: “Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk
menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya…”Al-A’raf, ayat 20)
Allah berfiman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud :-
“wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
dan bukan sahaja
pakaian kita, malah perbuatan dan perkataan kita harus
dijaga..haa…jangan lupa pandangan kita…bukankah dari mata jatuh ke
hati?? oleh itu, jangan lupa menundukkan pandangan kita…ingat tau,
menundukkan pandangan mata…bukan menundukkan kepala…
ahli syurga juga merupakan mereka yang memelihara dan menjaga amanah dan janji mereka…
tahukah kamu bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan??
ini bukan kata saya, tapi kata Allah…Allah telah berfirman dalm surah As-Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud
tahukah kamu bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan??
ini bukan kata saya, tapi kata Allah…Allah telah berfirman dalm surah As-Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud
“wahai
orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak
kamu kerjakan..(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan…”
kalau kita berjanji atau memegang sesuatu amanah, harus
kita tunaikan dan menjalankannya dengan bertanggungjawab…baik dengan
manusia mahupun kepada Allah…jangan jadi orang munafik yang tak menepati
janji…
dan…kita haruslah bersikap jujur dan adil jika kita
menjadi saksi…walaupun orang yang bersalah itu keluarga kita, kita harus
bercakap jujur terhadap apa yang kita saksikan…dan adil…walaupun mereka
itu orang ang kita sayang…
menjadi saksi yang jujur dan adil ini bukan sahaja sifat ahli syurga…malah ia merupakan sifat ‘ibaadurrahman…Allah mengatakan ini dalam Surah Al-Furqan, ayat 72…
ujian yang Allah
timpakan kepada kita bukan untuk membebankan kita atau menyusahkan kita
tetapi…ujian itu merupakan kayu ukur bagi seseorang, dimanakah tahap
atau darjat mereka di sisi Allah…
dan…kita diuji agar kita bersabar dan bersyukur…
sama-samalah kita menjadi hamba-NYA yang bersabar dengan ujian-NYA dan bersyukur dengan nikmat-NYA….agar kita dimuliakan di jannah-NYA…aamiin
dan…kita diuji agar kita bersabar dan bersyukur…
sama-samalah kita menjadi hamba-NYA yang bersabar dengan ujian-NYA dan bersyukur dengan nikmat-NYA….agar kita dimuliakan di jannah-NYA…aamiin
No comments:
Post a Comment