Minta maaf
baru nk mengENTRYkan diri
"______"
wah skg nie dah mula membaca pasal perkahwinan
bukan men gatal lg bnyinya
mcm dah x sabau ko nk kahwin ya umi hani
^^________________^^
arghh sedih lah
pas kahwin nie
aku masih lg dengan hubungan jarak jauh
disebabkan kerjaya
aku di melaka
dan bakal suami di mersing
ikut perasaan jiwang karat nie
nk je aku berhenti keja
jadi housewife
kehkehkehkeh konon lah *berangan tak sudah*
==__= try terjun sungai duyong ...kalo x timbul tue xde peluang lah nk tamatkan zaman bujang =_==
banyak jgk kawan-kawan aku yang
PJJ nie
*PERKAHWINAN JARAK JAUH*
mcm2x cerita aku dengar
ade yang melalak bila nk pisah ngan somi
!!!___!!!
mgkin aku bakal menangis stp kali hujung minggu
hehehe gedik nau bunyinya
takde pengalaman pun untuk dikongsi
so malam nie aku rajin sikit
gugel tentang isu perkahwinan jarak jauh
jmpalah tips nie
mgkin ianya berguna nanti
^^_______^^
TIPS PERKAHWINAN JARAK JAUH
Tips pertama : Rajinlah berhubung
PJJ (Dalam Negara)
Dunia yang penuh canggih kini, memberi kemudahan besar kepada anda berhubung yang jauh di mana. Bagi yang berjauhan tapi masih berada di dalam negara yang sama. Itu memudahkan lagi anda berhubung antara satu sama lain. Tanyakan khabar. Tanyakan makan minum pasangan anda. Lakukan seolah anda berada di depan mata mereka. Kalau ada masa, selain dengan berhubung melalui mesej, apa kata video call dengan pasangan anda. Bukan kah comel begitu?
PJJ (Luar Negara)
Perbezaan zon masa memang menyukarkan keadaan. Lebih lebih lagi saat anda perlukan pasangan di sisi. Masa pula berbeza. Akhirnya anda pendam sendirian. Admin nasihatkan supaya berhenti mempunyai sikap sedemikian. Luahkan sahaja pada pasangan anda. Kalau masa cuti, luangkan masa Skype dengan pasangan, berborak dan tanya khabar sambil melihat muka masing-masing. Whatsapp pula penghubung antara dua benua kini. Mungkin dengan perbezaan zon masa, anda boleh cuba set kan masa dengan pasangan supaya tidak terganggu tugas seharian. Anda pasti boleh!
Tips kedua : Kejutan untuk yang tersayang
PJJ (Dalam Negara)
Untuk menambah manis hubungan cinta anda, cuba sesekali kejutkan pasangan anda dengan sesuatu di luar jangkaan mereka. Kerana anda masih berada di dalam negara yang sama, cuma beza negeri sahaja. Tidak lah ambil masa dua hari untuk sampai ke satu-satu destinasi. Bas ada, kapal terbang ada. Tempah tiket, dan kejutkan pasangan dengan kehadiran anda. Seperti muncul di pejabatnya tiba-tiba. Atau mungkin anda boleh pulang ke rumah terlebih dahulu, lakukan persiapan romantik di rumah seperti penuhkan wangian, pasangkan lilin, mainkan muzik romantik dan anda juga boleh kejutkan pasangan dengan memasak untuk mereka. ‘Dinner for two’ yang dilakukan khas oleh anda sebenarnya lebih bermakna dan dihargai berbanding anda membayar orang atau memilih untuk makan malam di luar.
PJJ (Luar Negara)
Zaman moden kini, tiada apa yang mustahil. Walaupun berjauhan beribu batu, tapi anda masih mampu membuat kejutan untuk yang tersayang. Anda boleh hubungi mana-mana kedai bunga atau rakan yang rapat dengan pasangan anda untuk membeli bunga dan menghantarkan kepada yang tersayang. Pasti hari mereka ceria dengan kejutan yang anda lakukan.
CONTOHNYA
"beliau selalu tnya ...UMI TENGAH WAT APE...DAH MAKAN KE BELUM ...ARI NIE SIHAT x"
^^_________^^
semoga beliau tabah berhadapan dengan bakal isteri yang otaknya 3 suku
hehehe
Tips ketiga : Raikan hari istimewa dengan pasangan
PJJ (Dalam Negara)
Meskipun anda sibuk dengan urusan kerja/belajar. Luangkan masa bersama di hari istimewa anda dan pasangan. Cuba untuk pulang dan raikan bersama. Cuba ketepikan tugas, luangkan sehari untuk pasangan. Sebenarnya untuk anda yang terikat dengan komitmen ini, hari minggu anda juga dikira hari istimewa. Kerana hari itulah yang anda boleh luangkan bersama. Kerana itulah hari yang kedua pasangan bercuti, dan itulah juga kenapa ia dipanggil pasangan hujung minggu
PJJ (Luar Negara)
Setiap hari adalah istimewa jika anda bersama yang tersayang. Tips manja yang admin boleh kongsikan bersama pasangan yang terikat dengan hubungan ini, hal ini kerana perbezaan zon masa juga menyukarkan keadaan. Tapi admin percaya, apalah nak dirugikan jika dilakukan untuk yang tersayang bukan? Apa kata anda duduk bersama sambil Skype atau Video Call, makan bersama, lakukan aktiviti yang sama. Contohnya jika suami anda sedang menonton permainan bola, anda turut saksikan siaran yang sama meskipun anda bukanlah peminat bola. Tapi apa salahnya kan? Anda juga boleh tidur ditemani pasangan tersayang. Perbezaan zon masa bukanlah alasan. Jika pasangan anda mahu tidur, gelapkan lah bilik anda. Agar suasananya sama, meskipun sebenarnya hakikat jam 9 pagi. Pura-pura sahajalah.
Tips keempat : Jujur terhadap pasangan
Tanpa mengira di mana anda berada, tips paling penting dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah bersikap jujur. Jujur dengan setiap apa yang dilakukan. Kerana setelah anda berdua mengikat tali perkahwinan, sebenarnya tiada rahsia yang tersembunyi diantaranya. Berlaku jujur dan terus terang dengan setiap apa yang berlaku. Meskipun adakala kebenaran itu menyakitkan, tapi amat penting terutamanya apabila anda diberi kepercayaan penuh oleh yang tersayang. Si dia berhak mengetahui segala yang tersembunyi. Ada yang mengadu pada admin, katanya demi menjaga hati yang tersayang, ada yang perlu dirahsiakan. Cuma admin lontarkan satu soalan, apakah perasaan anda jika insan yang anda percaya dan sayang, seseorang yang berjanji sehidup semati memilih untuk tidak jujur dengan anda, alasan untuk menjaga hati. Adakah alasan itu diterima? Dengan kejujuran dalam satu satu hubungan, akan berjaya tanpa kira di mana anda berada.
Tips kelima : Percaya pada pasangan
Penting untuk terapkan rasa kepercayaan itu terhadap pasangan anda. Percaya pada mereka, jangan memilih untuk mencabar ego dengan menyoal kembali kebenaran yang telah diberikan. Kuatkan hati, percaya kepada ikatan yang kalian bina. Meskipun berhadapan dengan komitmen yang memerlukan anda berjauhan dengan pasangan, jangan pernah ada rasa sangsi. Kerana dengan rasa itu, boleh menjatuhkan rasa ragu-ragu dan terus menjadikan anda rasa tidak senang berjauhan dan sering memikirkan perkara negative yang tidak baik bakal berlaku. Mohonlah petunjuk dari Yang Maha Esa agar dipermudahkan segalanya.
"Biar jauh di mata, asalkan di hati sentiasa ada yang
sayang"
dapat ilmu nie
daripada
ikahwin
^^______^^
No comments:
Post a Comment