Followers

10 March 2014

Bagaimana Menghadapi Ujian Hidup

tarikh 7 Mac 2014 
tak akan dilupakan oleh seluruh rakyat di dunia 
kehilangan MH370 membelah kepekatan malam 
hilang begitu sahaja

aku sebagai orang luar turut berasa sedih dengan apa yang dialami oleh keluarga waris
walaupun tiada pertalian darah
sesungguhnya kesedihan yang di tanggung oleh mereka
dirasai jugak


ketepikan dulu soal politik atau ketidaksefahaman sesama kita
marilah kita renungkan 
berapa banyak masa kita bersama DIA
kita khayal dalam mengejar kemewahan dunia
mungkin ini petanda DIA sedang marah dengan kita wahai umat islam

anggaplah ini sebagai ujian untuk kita bersama 


Manusia tidak akan dapat lari daripada ditimpa masalah…
baik orang kaya…mahupun orang miskin…
kerana apa??
kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia…
selagi kita hidup, kita akan sering diuji…
kerana apa??
kerana….hidup itu adalah ujian…
ujian yang datang itu daripada siapa???
setiap apa yang tercipta pasti ada penciptanya…
begitu juga dengan ujian…
ujian hidup datangnya daripada siapa??
siapa lagi kalau bukan pencipta kita…
Allah Tuhan Semesta Alam…
kenapa kita sering diuji???
selagi kita hidup di dunia ini, pasti ujian akan datang menimpa kita…
tapi kenapa???
kenapa Allah menciptakan ujian untuk hambanya??
Allah telah menjawab persoalan itu sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi…

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh,
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

oleh itu, jika kita dapat menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita dengan sabar, kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung dan tinggi darjatnya…
setiap orang ada ujiannya yang tersendiri…
setiap orang mempunyai had kemampuan yang berbeza…
oleh itu, ujian yang Allah timpakan kepada mereka juga berbeza…
tidak akan melebihi had kemampuan seseorang itu…

Allah yang ciptakan kita…jadi sudah pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…
dan Allah tidakkan akan sesekali meyusahkan hambanya…
bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang??

Maksudnya : Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya…
 (Surah Al-Qaf, 16)

Bagaimana kita dapat bersabar dengan ujian Allah???
perasaan sedih, takut, dan gelisah pasti akan hadir dalam diri setiap kali ujian datang menghampiri….
persoalannya sekarang bagaimana kita mahu menghapuskan perasaan-perasaan itu daripada terus-menerus menghantui diri, agar kita sentiasa dapat bersabar dan redha dengan segala ujian Illahi…
Allah telah mengajar kita cara-caranya melalui ayat-ayat cintanya…

dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 19-35…(sahabat-sahabat boleh cek sendiri dalam tafsir yer…)
melalui ayat ini, Allah telah mengatakan bahawa kita ini memang diciptakan dengan sifat yang suka mengeluh apabila ditimpa kesusahan….dan kita juga bersifat bakhil kedekut apabila diberi kesenangan…namun, ada manusia yang mampu menangani ujian Allah ini…iaitu mereka yang :-

orang yang menjaga solat
orang yang menunaikan hak terhadap harta yang dimilikinya dengan membayar zakat, membayar nafkah, dan memberi sedekah

orang yang mempercayai akan hari pembalasan

orang yang takut terhadap azab Allah

orang yang memelihara kemaluan dan kehoramatan diri mereka daripada bukan muhrim
orang yang memelihara amanah dan janji

orang yang bersikap jujur dan adil apabila menjadi saksi

orang yang memelihara solat

dan mereka itu akan dimuliakan di dalam syurga…

inilah ciri-ciri ahli syurga…

…betapa solat itu penting dalam melatih diri kita untuk menjadi orang yang sabar dan bersyukur sehingga Allah menyebutnya sebanyak dua kali bahawa mereka yang menjaga dan memelihara solat akan mendapat kemuliaan di syurga…solat itukan tiang agama…dan solat itu pembenteng diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar…

 menjaga solat ini bukan sahaja dari segi cukup rukun dan syarat sahnya sahaja tetapi…juga haruslah ditunaikan pada awal waktu…juga Allah menyuruh kita supaya berkekalan solatnya…bermaksud istiqamah dalam melakukannya…ini bukan sahaja untuk solat wajib…malah solat sunat juga…

selain menunaikan solat, harta yang kita miliki haruslah kita bahagikan kepada hak-haknya…harta itu bukan secara mutlaknya milik kita…ada hak orang lain terhadap harta itu…terutamanya dari segi pembayaran zakat dan nafkah…dan jangan lupa buat mereka yang memerlukan dan buat mereka yang berjuang di jalan Allah…berkorban harta ini juga merupakan satu jihad…

Allah berfirman dalam surah Al-Saff, ayat 10 dan 11 yang bermaksud :-

Maksudnya : “wahai orang beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya…”

kita juga haruslah mempercayai akan adanya hari kiamat dan juga hari pembalasan…bila?? bagaimana?? itu semua rahsia Allah…
 
Maksudnya : “Manusia bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat. katakanlah, “Ilmu tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. “Dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” (surah Al-Ahzab, ayat 63)
 
kita juga haruslah takut terhadap azab pedih yang dijanjikan Allah bagi mereka yang ingkar kepada-NYA…
Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha untuk (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan mereka dapat melemahkan (menggagalkan azab Kami), mereka itu akan memperoleh azab yang sangat pedih.” (surah Saba’, ayat 5)

kita wajiblah memelihara kemaluan dan kehormatan diri kecuali kepada muhrim kita…
bagaimana caranya??
dengan menutup aurat kita…

Maksudnya : “Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya…”Al-A’raf, ayat 20)

Allah berfiman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud :-
“wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

dan bukan sahaja pakaian kita, malah perbuatan dan perkataan kita harus dijaga..haa…jangan lupa pandangan kita…bukankah dari mata jatuh ke hati?? oleh itu, jangan lupa menundukkan pandangan kita…ingat tau, menundukkan pandangan mata…bukan menundukkan kepala…
ahli syurga juga merupakan mereka yang memelihara dan menjaga amanah dan janji mereka…
tahukah kamu bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan??
ini bukan kata saya, tapi kata Allah…Allah telah berfirman dalm surah As-Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud
“wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan..(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan…”

 kalau kita berjanji atau memegang sesuatu amanah, harus kita tunaikan dan menjalankannya dengan bertanggungjawab…baik dengan manusia mahupun kepada Allah…jangan jadi orang munafik yang tak menepati janji…
dan…kita haruslah bersikap jujur dan adil jika kita menjadi saksi…walaupun orang yang bersalah itu keluarga kita, kita harus bercakap jujur terhadap apa yang kita saksikan…dan adil…walaupun mereka itu orang ang kita sayang…

menjadi saksi yang jujur dan adil ini bukan sahaja sifat ahli syurga…malah ia merupakan sifat ‘ibaadurrahman…Allah mengatakan ini dalam Surah Al-Furqan, ayat 72…
 ujian yang Allah timpakan kepada kita bukan untuk membebankan kita atau menyusahkan kita tetapi…ujian itu merupakan kayu ukur bagi seseorang, dimanakah tahap atau darjat mereka di sisi Allah…
dan…kita diuji agar kita bersabar dan bersyukur…
sama-samalah kita menjadi hamba-NYA yang bersabar dengan ujian-NYA dan bersyukur dengan nikmat-NYA….agar kita dimuliakan di jannah-NYA…aamiin

Selamat Hari Jadi


Happy Besday 
^^___^^ 
my jantung 
my racun
my penawar
erk bnyk plak my nya

wahh sudah berlaku pertambahan usia anda ya incik boss,29tahun 
dah tua nya dia


nie entry khas untuk anda tau
tak perlu bayar saya
saya ikhlas nie wat kije amal
hehehe


ok malam tadi gigih wat image tue tuk dia
bila incik bos tanya tgh wat ape
aku kata rahsiaaaaa
kahkahkah
padahal aku tgh bergelut 
edit itu ini
dah hasilnya spt di atas
actually 1st time buat mcm tue

*pengharapan: harap tahun nie tahun terakhir sambut besday mcmnie...kahkahkah thn dpn ...insyallah kalo boleh berPUANkan plak..nk sambut besday sesama*


MOHD NAIM BIN MOHD NORDIN

"umi buat masa skg tkde hadiah lagi untuk abang...malam tadi dh rengek-rengek nk hadiah dr umi kan...sanggup aku call awal sejam....sebab tuan punya badan dah bg hint dia kata lg bp jam..dh tue tak kan aku x paham apa mksud dia...sengaja call awal takut terlelap tau x..kang majuk nanti dia wat muka...ooppsss,panjang lebar ucapan mengalahkan ketua jabatan bg ucapan....hahahaha nasib lah,erk hasilnya bergayut sampai ke tgh malam...sok gi sek mata ngantuk..syahdu je bawak motor sambil  ngantuk,x pe lah sekali setahun kan"


  • SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 29 UNTUK BAKAL SUAMIKU,INSYAALLAH
  • SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI DAN MERAHMATI HIDUP ABANG
  • SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN KITA 
  • SEMOGA KITA BERDUA AKAN BERSAMA HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN MEMBAWA KE JANNAH  
  • UMI DOAKAN KEHIDUPAN KITA BERDUA DILIMPAHI REZEKI DARI-Nya
  • Terima Kasih kerana berusaha jadi yang terbaik untuk Umi dan Hubungan kita     






7 March 2014

~ ~ ~ Tudung Jimat ~ ~ ~

aku dah pernah citer sebenarnya tentang tudung bawal nie
tapi kali nie nk citer lagi
wah skg harga tudung bawal makin murah
tp yang plain lah
alaaa 
plain pun chantek gak simple je
tkler lip lap mcm makcik2x je kan kan

kuang ajaqnya aku 
hahaha ooppss sori 
tk bermakna nk tibai sesiapa



kan betul kata aku
mmg chantek 
warna meriah yg amat
harga tudung mcm nie skg
dh jadi 2 helai RM15 
erk bp sehelai tue 
hehe




aku skg tgh gigih mengumpul tudung bawal tak kisah jenama kanggaroo ke airis ke
asalkan aku leh bentuk dgn mudah
tk mau tiup2x mcm tiup api 
ada gak jenis tudung bawal yg lembut sgt n keras kakun
adehh yg jenis mcm nie bikin hati terbakar kalo pakai tau x

tudung bawal nie x lapuk dek zaman 
mana2x majlis pun sesuai tuk digayakan tau

korang jomm lah 
tatap muka model nie .
rugi x tgk dia
kahkahkahkahkah

OOO______________OOO

senyuman dia selebar dia jugak tau
dia lah peminat tudung bawal yg jimat tue
save bajet
x yah beli tudung beratus2x 






*nampak nau muka mcm artis....nie editing nie..kahkahkah jd testimonial tudung :) ...adoiiii ini muka kalo licin mcm nie..aurawhite sure lantik aku jd duta ganti hanez suraya..ekek


bila aku pakai tudung sarung plak
lain jadinya

*abaikan baju2x setinggan yg bergantung tue..., hurm incik syg kata aku x sesuai pakai tudung sarung ..dia kata mcm muka org lain je..ekek...tp yg nie paling menjimatkan masa tau x*

6 March 2014

~ ~ Pelajar SHF ~ ~

Jangan dikenang kisah yang pahit itu
apa yang boleh dikongsi 
adalah kehidupan sbg seorang
pelajar 
perit rasanya 
tp sbnrnya belajar nie adalah nikmat
ilmu tue mmg berguna tuk kita 
bukan tuk kerja je
tp utk kehidupan 


dulu lum masuk u 
ingatkan blaja kt u ..hidup kt u
nie best 
tp dh jejak kaki
baruuuu ko rasakan
makan maggi
makan roti
duit x cukup
buku beratus-ratus
aku bab buku mmg kedekk
aku phostotat je 
kalo korang x caya
buku yg aku beli tue semua
aku x penah pun abisssss baca
hahahaha
malas aku ..sape nk baca buku versi BI tue setebal-tebal tidak
versi BM pun x khatam 
nak2x aku jenis x suka membaca
aku lg suka mengira
membaca nie membosankan
mana x bosan dh sah2x ko mmg pemalas umi hani

*kahkahkah dh mcm belon nk terbang*


*orang lain konvo chantek2x belaka...aku simple yg amat..mmg senget otak aku nie*


ntah kenapa malam nie 
rindu sgt tempat bertendang bercintan cintun tempat melalak tempat bergelut
cehwah semua lah
rindu nk belajar sbrnya
ikut ati nk je cntnue master
tpp appaakannn daya 
niat terbantut 
sedihhhh tau x
ko nk belaja lg 
tp tkde org nk support dh 

ekek 1st time dia jumpa mak abah aku, thanks abang teman umi konvo


*thanks pd mak abah yg bg smgt*




*rasa terkilan sebab x dpt 1st class...kahkahkahkah 2nd class upper pun jd ler *



haiishhhh rasa rugi plak. bila aku tk sempat nk save pic MHS 
adoiiiiiiiiii rugi yg amat
rs nk kembali ke MINGGU HALUAN SISWA 
kahkahkah tudung putih seminggu
masuk bilik 
bilik aku dh mcm reban ayam
main baling2x je baju
melecet kaki gi MHS lah
rasa nk tercabut nafas...
x abis bernafas lg 
dh kena buat benda lain
tp itu semua pengalaman yg berharga 

time nk tinggalkan utm 
rs x mau kuar je dari sana
sebab aku rasa aku tak sesuai nk bekerja
rasa nk sign kontrak blaja sampai mati
hahaha
sayu je ati nk tinggalkan utm
nk peluk je abang guard
ekeke gatal ko ya
nk pelukkkk pintu utama UTM
kahkahkah boleh minta canselor jadikan aku tugu kt sana
puuuiihhhh sape nk tgk ko

*aku x de bezanya...dr kecik sampai umo 28thn gini ler saiz aku..kahkahkah,nk ambik pic kelas kan men melaram agi ya*



*gi wat asiment kt bilik rerama...dekda..kahkahkah...aje giler aku nie...,erk mana tshirt kesygan aku .dh ilang terus..hurrm*


 *ok nanti dh beranak pinak..nk suh anak aku masuk sana..ambik engineering ...ko jgn ikut mak ko nak ..ambik management je sampai diri dia sndr x terurus...kahkahkahkah ...berangan je lebih*

4 March 2014

Minsyam Extra Virgin Oil Lotion

dah lama sebenarnya tgk produk nie
tapi lum lg time tue terdetik nk cuba

wktu gi kursus kawin adalah booth jual produk
tue yang aku tertengok olive oil nie
mcm best je..harga pun mesra pengguna tak mahal mcm bio oil :)

aku baru je 2 hari guna produk nie
biasalah musim panas
kulit kering 
jari nie plak selalu luka bila kering sgt 
hurrmm so nk x nk kena cari olive oil

selalunya olive oil nie aku guna yg jual kt mydin tue
alaaa yg tuk memasak punya
ekeke
sapu kaki...kdg2x kalo rajin sapu satu badan
atee badan ko dh mcm mandi minyak plak
tp best ...lembut je 
erk ya ke nie

okey produk nie sebenarnya ada wangian lavender ngan rosemary. 
Kombinasi wangian di antara lavender dengan rosemary dapat memberikan kesegaran pada kita sepanjang hari.....bau soft gitu lah 

OLIVE LOTION


:  :  :   KHASIAT :  :  :

  • digunakan sebagai pelembap kulit
  • melambatkan uban
  • mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
  • sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
  • mengurangkan risiko kanser kulit
  • membantu meremajakan kulit    

CARA PENGGUNAAN: PICIT DAN SAPUKAN PADA KULIT DAN RAMBUT SETIAP KALI SELEPAS MANDI ATAU SEBELUM TIDUR


HARGA :

1 BOTOL (1OOML) = RM20.00

Nabi S.A.W bersabda:

"Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya,kerana ia dapat merawat 70 penyakit termasuk kusta"
(At-Tibb Abu Nuaim)

*sokonglah usahawan melayu berniaga ...nie x korang asyik beli produk dr luar negara ntah yang kadang2x bagi aku x berkesan pun sbnrnya ...mybe depend pd kulit korang gak kan*

2 March 2014

Kursus Naik Pangkat

tap tup tup tap
menaip 
padan muka 
tab dah merajuk 
nokia pun merajuk
nie ko hadap lah lappy gedabak 
baru terhegeh-hegeh nk letakkan entry 

~ ~ tujuan asal aku bukak lappy nie..nk wat query data dr SMM ~ ~
punya cerdik pandainya aku
aku gi hapus data kat SMM 
nie bile aku nk import data baru dah x boleh
maknanya kerja aku terbengkalai lah jawabnya
sok pg 
aku nk jumpa GD 
mintaaaa toooloongg
*tinggal pss umi ...dianaktirikan ..sabar ya nak..umi busy ngan data je nie..ekek*


okey tarikh 1/3/2014 dan 2/3/2014
tarikh penuh keramat
dapat SIJIL NAIK PANGKAT
kahkahkah apeeee korang ingat aku naik pangkat ke
ekeke bukan tue lah
nk kawin katakan 
eee gediknya 
*peduli apa..ade stalker x bc blog aku...adu lah..adu lah..busuk mulot hang nnti*

dr hari sabtu gigih aku gi kursus pra perkahwinan tau 
cehwahhh 
mula-mula fokus
pastu khayal
pastu fokus 
tue lah aku x pnh nk fokus

banyak sebenarnya ilmu yang kita x tau
seyes 
pas aku hadir kursus tue
aku bukan eksaited nak kawin
tapi aku amat takut nk tempuh 

BERKAHWIN BUKAN UNTUK BERSERONOK 
tapi korang kena bekalkan ilmu sepenuhnya
lg2x ilmu agama 
terasa kerdil diri aku
sebab ilmu agama aku tak setinggi mana
malah aku mengaku 
ilmu aku paling sedikit
terasa malu yang amat
*so utk berkahwin aku...btl2x perlukan incik bos untuk membimbing aku hingga ke akhir hayat,nie kalo incik boss bc jgn sentap..anggap sebagai cabaran...cehwah ^^___^^,caayookk abangg*

*prewedding photoshoot wat gini lah ...sejuk je ngknya*



dalam kursus tue mmg bnyk modul yang akan diterangkan oleh 
penceramah jemputan
alhamdulilah
sebelum kursus tue rasa x tau apa erti sebuah perkahwinan
dah blaja 
baru aku paham
bagi aku ikatan perkahwinan 
tue bukan sahaja perjanjian hidup bersama 
tetapi kita berkongsi segalanya dengan pasangan kita
baik buruk kita kena terima 
aku x leh komen mendalam tentang hal ni
sebab aku pun belum berumahtangga
itu hanya sekadar apa yang aku paham 

~ ~ nie nak bagi tunjukajar pada sesapa yg nk gi kursus kawin ~ ~

BAGAIMANA PROSEDURNYA ??
KORANG TGK NIE YA :)  :)

"MAIM Bentara Sendirian Berhad sedang menganjurkan "Kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam Negeri Melaka Tahun 2014". Pengurusnya, Yazid Palal menjelaskan, kursus berkenaan berlangsung sehingga Disember tahun ini.

Kursus yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad itu bertujuan memberi kemudahan kepada bakal pengantin.

Beliau berkata, bayaran sebanyak 80 ringgit seorang dikenakan kepada peserta kursus.
Jelasnya lagi, modul yang digunakan semasa kursus ialah Modul Bersepadu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Manakala sijil pula dikeluarkan pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan tiada had tempoh serta boleh digunakan di seluruh negeri.  Maklumat lanjut hubungi 06 282 1871 atau 06 282 3960"


 ~ MESTI KORANG KATA ...ALAH UMI HANI NIE LORAT BETUL NIE PUN NK UPDATE..X INI BUKAN NK MELORAT YA..SEKADAR NK BERKONGSI JE ..HARAP PAHAM..STALKER KALO X SUKA JGN BACA...YAHOOOO OOPSSS ~ ~



*aku xtau ler ape motif aku wat mcm tue...lagak gaya mcm peguam baru menang kes saman,jgn terpedaya dgn ilustrasi ini...nmpk macaaammmmm kuruss...kahkahkah*

*boriaaaa...pakai jubah sama ...saiz je lain...ekeke,thanks pika...susahpayah banting tulang gi tlg dftr tuk akk..maklum ler..abe den jauh ...PIKA pun nk jadi family kami....lalalala*

23 February 2014

Jiwang Menjiwang

ahahahaha ko
baru aku nk membersihkan semak lalang dlm blog nie
mcm umah hantu
tkde penghuni

apakah ??
mengapakah??
bagaimanakah?
ini terjadi 

kahkahkahkah bongok ko nie umi 
(oopss sori aku mmg agak kasar bila berbahasa cuma apa..cuma ngan incik LOVE je bahasa sopan sikit,kang dia marah aku...huwaaa)


maaflah kalo 
tajuk nie ala2x cintan cintun
haisshhh rindunya kat si dia tersayang
hurmmm gaduh2x pun sayang tau ...
sape tak sayang 
5 thn sama2x 
huwaaaaa 
baru 2 ari si dia gi kursus induksi 
dh rasa sunyi sgt
huuiishhhh
adehhh lom agi 
tuhan pisahkan kami salah sorang
sape pergi dulu
ya allah jangan lah :'(
kalo nk pergi
biar aku pergi dulu
tak sanggup kehilangan org yg tersayang
sebab aku tau 
aku tak mampu hidup tanpa dia 
*walaupun ayat jahat dlm whatsapp kalo berperang...nk minta lepaskan aku...wakakaka bengongg ko umi,sebab tue incik syg kalo tgk aku msge mcm tue..dia x layan aku mengaruk ., dia leh tinggalkan aku..dia tidooooo ..huaarghhh gerammm betul .elehhh*





orang kata 
dah ade ikatan nie 
memang bnyk dugaan kan
so aku pun dh kenal perangai dia  
 okey abang jenis:

*SERIUS
*KALO DIA WAT KEJA TAK LEH GANGGU(tp aku suka membakau darah dia, aku ganggu gak)
*suka simpan masalah,dah aku korek2x dalam baru nk citer masalah dia 
*KERAS KEPALA
*SOPAN SANTUN(kalah aku..wakaka aku ckp pakai sergah je,asal sebut)
*DIA BAB POLITIK MMG TAK NAK MENGALAH NGAN AKU
*KALO MAKAN 30 MINIT..(adoiiiii..aku makan pun 5 minit je dah siap..ngeee)

ERK DAH LA ..HANYA AKU JE YANG TAHU DIA MCMANE
DIA DAH JADI UMPAMA RACUN DENGAN PENAWAR 
CEHWAH JIWANG KO MALAM NIE 

puihhh jiwang agi 
kang bertekak 

 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...