malam nie rasa segar sikit
coz petang tadi dah rehat sepuasnya
pas makan ubat
terus pengsan
hehe
adehhhh seksa betul nak diet nie
huh hampir tewas
kuatkan smgt
so malam nie gugel lagi tntg diet
tambahkan pengetahuan hokeyy !!!!!!
apaaaaa jenis darah aku nie
alaaaa x tau :(
fuhh kacau tul aku nie
nak diet kita kena tgk jenis darah sendiri
baru leh tau apa yang blh diambil
dan apa yang tak boleh
kan
betul ke x nie
hehe
RAHSIA DIET MENURUNKAN BERAT BADAN MENGIKUT JENIS DARAH
Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.
Ditambahkan
pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti
hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai
ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal
berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat
pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama
tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala
nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih
ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat
rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya
tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang
bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan
golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang
menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan
fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap
protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan
jenis darah tertentu. Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang
diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan
bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki
tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang
dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait
rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang
tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk
terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan
pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan
pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia
memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil,
mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain
itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga
dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki
metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB,
dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr.
Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang
mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin
diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A
menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah
lain.Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan
seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh
diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu
dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah
melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju
alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang
harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan
siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil
olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga,
betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
- Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza
dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini
menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat
menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat
yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik
golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi
dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang
kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan
adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu
kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam
kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan
beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu
dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan,
telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji
matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya,
kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio,
tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras
pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola
makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan darah jenis A dan B.Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah
sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan
jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),
minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,
semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah
ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut,
susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan
berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
- Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr.
Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini
menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus
menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo
turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur
brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi
pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak
diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber
daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada
golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil
kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang
baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru,
tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah
mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah
mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada
risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis
darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak
tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan
tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada
ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak