Thanks pd insan yang sudi mewujudkan blog comeyy nie..mmuaahhhh sayang dia.....muahahaha
Sebut pasal kaler kegemaran.....semua orang wajib ada kaler yang diminati ..tak kisah la kaler lembut ke ..terang ke....suam2x kuku ke.. (errkkk hadee ke...kaler cm tue) ....tp kalo pada aku....aku suka kaler yang menonjol..sebab happpee..sebab aku rasa dengan kaler tersebut wat aku bersemangat walaupun orang kata ...sakit mata nengok kalernya..peduli hapeee..janji aku happyy... ..mood pun lebih ceria.... .. Moooohh tengok kaler faveret aku :
merah menyala
Merah nie kategori warna panas. Warna api dan darah, yang
membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan
isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat
menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya
dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna
mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa
maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan
sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.
Hijau zamrud
Waaaahhh ko...hijauu menyengaauuuu warnanya.......faveeereeett nie....hikhikhik........semangat kalo nk berjalan....terasa yakin diri lah ..jom2x kita exploree kelebihan kaler hijau nie :
CINTA
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru
bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi
sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna
romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar.
Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta
pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan
sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan
semakin hilang segala kemakmurannya.
ISLAM
Sebenarnya,
Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang
menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak
menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan
sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan
ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah
lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.
ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia
menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem
alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa
oleh gambaran hutan, tumbuh-tumbuhan dan juga air terjun.
HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai
elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai
aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di
dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat
terbuka.
PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang
menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu
objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa
berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth
mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan
potensi diri manusia.
MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana
minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain
iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia
patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan
biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.
WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan
warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna
Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack.
Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna
Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala
ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura
Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat
dalaman.
PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu
itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama
maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.
KAYU
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen kayu. Atau dekat
dengan erti alam. Elemen kayu dalam feng shui adalah melambangkan
kesihatan. Dari segi kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau
adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor,
(semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi
atau bidang ilmu manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan
penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk
menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan
api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk
berjaya.
Tetiba rasa malas plak nk update kaler kegemaran nie..nanti de idea...aku cntnue ya ^_^..cari idea len plak tuk new entry ...lalalala
No comments:
Post a Comment