Artikel nie aku ambik dr NESCAFEAIS
kiranya copy paste ke copy paste lah nie
huhuhu kongsi ilmu kan
waahh seminggu ko terupdate blog
fuh bukan ape busyy lah
walaupun sekolah dh tutup
nie pun baru balik dr kursus kat KL
tak tau lah apa yg penat
walaupun aku x drive bus tue
hahahah
penat turun naik lif...
adehh angkut beg dr luar nk masuk ke BRISDALE
hoh gelii maa tgk chowkit
sumpahh x mau aku gi lagi tmpt mcm tue
kembang tekak aku
mcmmana komuniti sana hidup ya
uuuurrmmm
diberi pilihan aku lebih rela duk pendalaman dr tmpt yang tak tenang tue
seyessss kotorrr
dah mcm duk kat INDONESIA plakk rasanya
ok berbalik pd entry kita
korang nie mesti kaki layan drama kan
aku dh lama x terjebak
x mau aku lah
drama melayu nie cintan cintun je memanjang
tak berkembang otak aku ler
PERBEZAAN
DRAMA MELAYU
&
DRAMA AMERIKA SYARIKAT
Berikut dikongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita
amnya dan penerbit drama Melayu khususnya. Artikel in adalah ulasan
sebenar penulis tanpa ditokok tambah.
Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak
sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai
penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti
peminatnya sendiri.
Meskipun sebahagian besar plotnya
diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu
menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur
seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di
restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang
sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan
pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah
RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua
ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan
berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV
dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih
produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika
perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan
sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Barisan drama melayu popular seperti
dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi.
Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada
ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan
secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah
kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai
sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh
menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang
pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan
berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk
dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini
yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem
seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan
pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi
meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong
drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.
Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun
menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike
Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam
menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia
menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan.
Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk
bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti
berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun
agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya
hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan
terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke
arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar
akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.
Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada
polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris,
sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak
membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang
berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan
koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang
tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk
memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa
inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan
kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau
mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan
cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV
berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa
inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika
perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas
kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3
baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”.
Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya
bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku
Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
No comments:
Post a Comment