*x fokus tgk .....hasilnya aku pening tgk image nie* |
Nak menulis atau wat entry ...kita kena idea .....idea yang kadang-kadang datang tanpa mengira masa....aku tak tau mcmmane idup seorang blogger ..mgkin sentiasa masuk entry mereka...huhu terpulang pada idea masing-masing....kalo tuk kebaikkan dikongsi bersama ..apa salahnya....ketika memerah idea kita perlu fokus...perkara yang sangat penting utk seorang blogger....idea yang santai mampu menarik pembaca....tuk sentiasa bersama blog anda.
~Jom kita fokus dalam menulis~
sumber: http://i-think-of.blogspot.com
"Ia normal dan ia satu cabaran
untuk seorang blogger. Ada yang terlintas difikiran namun tidak mampu
untuk disampaikan. Namun, saya juga pasti ada yang berhenti menulis
walaupun sudah sekerat jalan. Satu kemungkinan kerana hilang idea dan
kedua hilangnya fokus ketika sedang menulis entri blog.
Hilang fokus dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan boleh menghalang
kita dalam mencapai sesuatu objektif. Begitu juga ketika menulis.
Mungkin ada sahaja halangan yang boleh menyumbang kepada hilangnya
tumpuan.
Dalam pengalaman saya sendiri ketika menulis, ia berlaku. Pada sesuatu
masa, idea bagaikan mencurah-curah dengan perasaan semangat tinggi untuk
menuliskan perkara yang berlegar di kepala. Tapi, bila tidak fokus
seperti melakukan perkara lain diantaranya, secara spontan idea
berkurang dan terus hilang - terasa ruginya. Apatah lagi dalam keadaan
idea yang surut, fokus terus ke laut.
Jadi, fokus ketika menulis entri blog penting untuk kita supaya tulisan
tersebut sampai kepada tujuan atau objektif yang kita ingin sampaikan.
Tapi bagaimana untuk fokus ketika menulis?
Justeru, saya cadangkan disini beberapa langkah atau cara untuk fokus untuk atau ketika menulis entri blog ;
1. Persediaan Awal - Buka internet dan terus menulis apa yang
difikirkan mungkin cara orang yang sudah mahir atau mereka memang
dikurniakan dengan bakat. Bagaimana pula kita yang tidak berbakat ini?
Buatlah persediaan awal. Idea datang, pergi dan ia berubah-ubah.
Tuliskan tajuk dan rangka entri yang ingin anda bahaskan. Simpankan di
dalam draft atau evernote atau apa-apa aplikasi yang anda suka.
Cara saya, saya akan tulis dan simpankan idea untuk entri blog baru dalam evernote dan mengunakan kaedah SCORRE untuk membuat rangka dengan alasan atau rational ke atas tajuk yang telah dipilih.
Kesannya - ketika menulis tidak lagi saya tercari-cari bahan untuk entri
tersebut. Minda hanya fokus kepada penulisan dan pengolahan ayat.
2. Tutup Aplikasi Lain - Facebook, Twitter,
Google+, Chating dan banyak lagi aplikasi di screen anda, tutup untuk
seketika supaya lebih fokus kepada menulis. Terlalu banyak membuka
aplikasi lain sebenarnya menganggu tumpuan kita untuk menulis. Untuk
seorang manusia, untuk menjadi produktif ia perlu punya fokus tinggi
terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. "Multi-tasking" adalah mitos.
Jadi, berikan tumpuan. Satu perkara dalam satu masa untuk lebih fokus dan produktif.
3. Tentukan Masa dan Disiplin Diri - Setiap orang punya
kesesuaian yang berbeza. Begitu juga kesesuaian seseorang terhadap masa.
Ada yang akan berasa lebih selesa untuk menulis awal pagi, mungkin
tengah hari, mungkin malam dan mungkin ketika orang lain sedang tidur -
terpulang. Tapi, pilihlah masa yang kita rasakan masa tersebut minda
dan tenaga kita berada pada keadaan terbaik untuk memberi sumbangan
kepada entri blog.
Jika sudah mengetahuinya, disiplinkan diri dengan menulis ketika dan
waktu tersebut. Jadikan ia satu disiplin dan seterusnya menjadi tabiat.
Minda kita akan secara automatik memberi sokongan kepada menyumbang
idea-idea. Memilih keadaan yang sesuai untuk diri sendiri membuatkan
kita akan beroperasi atau bertindak dalam zon terkuat diri yang
memberikan banyak kebaikkan.
4. Sediakan lebih entri - Fokus dalam menulis entri blog perlukan
masa. Jika dengan keadaan terkejar-kejarkan masa, sebenarnya membuatkan
pemikiran runsing. Ia mampu memberi kesan kepada penulisan kita kelak.
Jadi, untuk menghindarkan kerunsingan, sediakan satu atau lebih entri
blog lebih awal. Blogger ada satu fungsi yang membantu dalam menentukan
masa dan tarikh untuk menyiarkan entri.
Dengan keadaan yang tenang dan tidak terkejar-kejar, ia memberikan
peluang untuk kita berfikir dan mengulas lebih jauh. Tambahan, ia akan
membuatkan fokus terhadap menulis akan menjadi lebih baik.
5. Dengar lagu - Ia cara terakhir yang mungkin ada sesetengah
blogger gunakan. Sambil menulis dengan mendengar lagu kesukaan yang
mendorong kepada semangat positif dan membantu pemikiran kita. Mendengar
lagu kesukaan memberikan ketenangan kepada minda sekaligus membantu
fokus.
Pada saya, saya akan mendengar beberapa lagu ketika sedang menulis.
Nampak seperti ia memberikan "mood" baik dalam diri dan membantu dalam
penulisan. Bagaimana anda? mungkin anda juga sama.
Semakin tinggi fokus kita dalam menulis entri blog sebenarnya memberikan
banyak kebaikkan seperti menjimatkan masa dan tenaga. Juga pemikiran
dan penilaian terhadap sesuatu perkara semakin baik. Semakin baik
penulisan blog pula menyumbang motivasi diri dan juga kepada survival blog kita."
No comments:
Post a Comment