Followers

22 July 2013

~ ~ Kelapa ~ ~


Assalammualaikum

Salam 13 Ramadan 
  
                                                                (@___________@)


                                             Wah pagi td dengar SURIA FM kat tenet .
                        lagu raya dah berkumandang..........terasa mood bekerja diperantauan aje kan
                                  hahaha padahal jarak sekolah dr umah cuma 15 minit je.

ntah kenapa sejak dari pagi tadi 
aku terbayang-bayang 
AIR KELAPAAAA...
hadoiiiiiii
mcm budak-budak kecik betul....

sedapnya kalo dapat minummmm 
terasa kesegarannya 
huurmmmm lambat lg ke waktu berbuka pose..
ngeeeee 

jom kita nengok buah kelapa dan air nya 
banyak kegunaan kelapa
kalo kelapa takde
mau mereng kita semua....
semuany kerana KELAPA 

*haaaaa kooo....air kelapa .........kalo baru kuar dr ladang...adoii lagi la terangkat*



Serba sedikit cerita tentang kelapa :
JANGAN TAU MINUM JE TAPI TAK TAU KEGUNAANNYA

POKOK KELAPA
Pokok kelapa atau coconut(dalam bahasa inggeris) adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokok boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

ASAL POKOK KELAPA
Asal pokok Kelapa telah menjadi perbahasan dengan sesetengah pihak berkuasa mendakwa bahawa ia berasal dari semenanjung Asia Tenggara sementara yang lain pula mendakwa bahawa ia berasal di barat laut Amerika Selatan.

Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah dijumpai di Rajasthan, India. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang persisiran pantai. Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak cahaya matahari dan hujan yang tetap (75-100 cm setahun), yang menjadikan koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara seperti Norway telah di dapati masih utuh dan mampu tumbuh setelah diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawai, pokok kelapa dianggap diperkenalkan oleh orang Polinesia, pertama diperkenalkan ke kepulauan oleh pelayar Polinesia dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.

BUAH KELAPA
Secara botani, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali sebagai pepauh(ataupun drup) bergentian (bukannya "kacang"). Mesokarpa terdiri daripada gentian yang dikenali sebagai sabut dan terdapat tempurung (endokarpa). Tempurung keras mempunyai tiga liang percambahan yang jelas kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Melalui salah satu darinya pucuk keluar apabila embrionya bercambah. Apabila dilihat dari satu bahagian, tempurung dan liang percambahan kelihatan seperti muka monyet yang merupakan istilah bahasa Portugis iaitu coco.

KEGUNAAN
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah Kalpa Vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

� Batang kelapa boleh dibuat titi;
� Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan;
� Lidi kelapa boleh dibuat penyapu;
� Sabut kelapa boleh dibuat tali; dan
� Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan.
Buah kelapa yang muda boleh diminum, sementara kelapa tua boleh diproses untuk menghasilkan santan, minyak kelapa dan pelbagai lagi

HAMPAS KELAPA

1 lagi kesukaan aku tentang kelapa nie
Hampas kelapa jangan lah korang buang
boleh sental kat kulit badan 
korang akan rasa kulit badan sgt2x lembut tau....
then leh menggebukan
dulu setiap minggu aku wajib beli kelapa parut
tuk sental kat kulit..
tp skg nie agak pemalas..
kena nekad mula semula...


COCONUT SHAKE

ooowwhh tidakkkkkkkkkk
nasib bek cuaca romantik ..mendung je ari nie
uurmmmm mau terliurrr 
dah nie....
sejak bila ya COCONUT SHAKE nie mula femesss...
pelik jugakk
nanti nak wt PENCERAHAN lah
kena tanya dengan kawan-kawan


*P/S: minum lah kelapa demi keseronokan idup anda....mesej nie mcm tak berkesan je kalo cuaca mendung*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...