Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat
Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh
dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan
Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit
yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam
sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam
sesebuah masyarakat.
Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam
Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al
Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat,
maka sebahagian para sahabat berkata "Telah ada ayat yang turun
mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain
yang lebih utama maka kami akan mengambilnya". Rasulullah bersabda :
"Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri
mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".
Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah".
Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"
Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita
solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat
kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan
apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan
baik".
Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."
....Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang
jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada
perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan
mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).
Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.
Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.
No comments:
Post a Comment