Followers

21 July 2013

Biskut raya (Bhgn I)


ekeke ari nie pose dah hari ke berapa ya .....huhuhu
Bazar malam kat taman aku pun dah heboh duk lagu raya .....
So mood tuk wat biskut raya makin terasa.
Mak kata tahun nie kena wat biskut raya...takde nya KUIH TUNJUK ...adehhh selepuk kena...sedihhh nya ....ngeee tak muai kalo beli biskut tunjuk nie ...sikit je ..dpt ler bertahan sehari dua raya ......


antara kuih raya yang masuk dalam senarai aku adalah:

*kegemaran Family*



SARANG SEMUT 

Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan


Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara 
 
     




  



BISKUT SUJI

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum
  • 400gm gula castor
  • 500gm minyak sapi
  • 2bji kuning telur
  • 1sudu teh garam
  • 1 sudu baking powder
  • hiasan-buah ceri yg dipotong kecil2

Cara-cara

  1. ayak tepung bersama baking powder
  2. gaul gula,garam,minyak sapi dan telur sehingga lembut dan sebati.
  3. masuk tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yg lembut..
  4. bentuk kn bulat..letak kn ceri diatas untk hiasan,susun didlm bekas dan dibakar pd suhu 160c.      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...