^^___________^^
Mood Isnin yang sangat malas
rasa nk tido je nie
ngantuk
oklah tuk hilangkan ngantuk nie
rasanya baik ngadap blog
sel-sel otak berkembang laju plak ya
aku dah penah sentuh tntg hubungan jarak jauh
jadi cuba diperindahkan lagi hubungan itu
^^^______________^^^
INDAHKAN HUBUNGAN JARAK JAUH
Cinta dan perkahwinan jarak jauh menjadi satu perkara biasa pada zaman ini memandangkan pasangan masing-masing mempunyai komitmen kerja dalam mencari rezeki demi kesejahteraan keluarga.
Cinta jarak jauh semestinya mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sendirian.
Misalnya pasangan bercinta terdedah kepada pelbagai dugaan khususnya godaan daripada lelaki atau wanita lain. Jika kasih dan kesetiaan tidak teguh, mereka akan terpedaya seterusnya cinta yang dibina boleh putus di tengah jalan.
Bagi pasangan suami isteri mereka juga mempunyai dugaan dan rintangan dalam perhubungan yang perlu dihadapi dengan tabah dan bijak.
Bagi pasangan suami isteri mereka juga mempunyai dugaan dan rintangan dalam perhubungan yang perlu dihadapi dengan tabah dan bijak.
Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh? Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Apakah tip bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ini?
Disenaraikan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik.
• Manfaatkan masa yang ada
Cinta jarak jauh ini bukan saja memerlukan kos yang tinggi kerana perlu berulang alik untuk bertemu pasangan masing-masing, tetapi juga kesuntukan masa yang begitu cemburu setiap kali bersama.
Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama supaya ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.
Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. Elok juga jika anda boleh menyatakan perkara yang mengganggu fikiran, dengan ini sebarang kekusutan boleh dirungkaikan.
• Kreatif
Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Banyak aktiviti yang akan meninggalkan kenangan manis kepada anda iaitu memasak dan bersukan.
Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.
Sebagai cara mengambil berat, anda perlu bertanyakan aktiviti harian supaya mereka tidak rasa diri kesunyian dan diambil berat oleh pasangan. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.
• Saling percaya
Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya.
Sebagaimana anda mahu pasangan mempercayai anda, begitulah juga dia. Perasaan buruk sangka atau mengandaikan sesuatu tidak pasti perlu dikikis daripada fikiran kerana akan menjadi peluntur kasih sayang.
• Kurangkan masa bertengkar
Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani.
Bukan tidak boleh merajuk kerana ada kalanya ia menjadi pengikat cinta. Namun janganlah terlalu kerap merajuk, bimbang pasangan akan berasa bosan. Malah, jika merajuk usahlah terlalu lama kerana ia hanya akan menjeruk anda berdua dan menghilangkan keindahan perkahwinan. Sebaliknya cuba kenangan indah dalam hubungan jarak jauh.
• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi
Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik.
Pun begitu, anda dan pasangan mestilah sama-sama berusaha supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia sepanjang hayat.
• Setia
Jika mengharapkan pasangan jujur, maka anda juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan supaya tidak wujud salah faham antara anda dan pasangan. Jika ada yang cuba mendekati, berterus terang bahawa anda sudah menjadi milik orang dan jangan cuba bermain api.
Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi dari insan tersayang.
• Hubungi pasangan apabila rindu
Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang.
Elakkan mengganggu pasangan ketika dia sibuk kerana ia akan memberi tekanan yang mungkin boleh menjadi punca pertengkaran.
• Tatap gambar
Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru.
• Buat kejutan
Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif.
Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan.
• Kirim surat
Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya!
==>yeaaaa jap lagi rehat tghari...laparnyaaa <==
No comments:
Post a Comment