Followers

11 September 2013

^^__^^ Tangggungjawab

ntah kenapa
skg nie mcm malas je nk update belog 
mybe tkde idea
pala nie de bnyk perkara yang nk difikirkan 

sebelum berceloteh dengan lebih jauh lagi
Assalammualaikum 
wbt pembuka bicara
dipetang yang mendung
hehehe
 len mcm bunyi ayat aku nie lah

"APA JUA MASALAH,KITA PINTA PADANYA.ALLAH TAK PERNAH JEMU MENDENGAR.TENGAH MALAM DATANGKAN KHAS UNTUK ORANG YANG INGIN MENCARI KEISTIMEWAAN DI SISI ALLAH"

(CREDIT DR MAJALAH ANIS EDISI 152)

 

 
jauh disudut hati ini 
semoga allah bangunkan aku ditengah malam
untuk menunaikan tanggungjawab aku sbg hambaNya

walaupun bukan perempuan muslimah
dengan segala pengharapan...
allah bawa lah aku ke arah itu
ntah kenapa di hati ini
terasa sedih yang amat
aku semakin lalai
untuk bangun di tengah malam mendekatiNya

Ya allah ampunkanlah dosa hambaMu ini 

aku tertarik dengan tajuk dalam majalah Anis

Tahajud Minta Izin Suami 
(semoga aku dan bakal suami sering ingat mengingati bukannya melalaikan diri)

di dalam menunaikan ibadah kepada allah,seorang isteri yang ingin menunaikan solat tahajjud juga jangan sesekali derhaka kepada suami demi mengejar ibadat sunat.
sebaik-baiknya minta izin awal-awal hendak buat amalan sunat ini supaya memperoleh keberkatan.

ketika ditanya kepada seorang ustaz 

"bagaimana keadaannya jika isteri sedang tidur lena tiba-tiba terjaga kerana terdengar bunyi suami berdengkur,anak menangis atau terdengar bunyi sesuatu dan susah untuk lelap balik mata,apakah yang harus dilakukan?"

JANGAN SUSAH HATI ANGGAPLAH INI SEBAGAI SATU NIKMAT

"itu tandanya allah sayang kita,dia nak kita dekat dengannya.bangunlah dan bersihkan diri.mandi dan berwangi-wangian sebelum solat supaya kita rasa segar.sebaiknya solat di tepi katil .kalau agak-agak lepas solat tiba-tiba tangan suami mencari isteri disebelah maka isteri boleh terus tidur semula dalam keadaan wangi dan segar.bukankah ini seni-seni penambat kebahagiaan berumahtangga.suami bangun pagi cium isterinya di sebelah bau wangi,tenang hatinya.begitulah sebaliknya"

*semoga allah mengurniakan kekuatan itu kepada aku dan bakal suami*

SESIAPA BANGUN DARIPADA SEBAHAGIAN WAKTU MALAM DAN MEMBANGUNKAN ISTERINYA LALU KEDUANYA SOLAT DUA RAKAAT BERSAMA-SAMA,MAKA KEDUANYA DIMASUKKAN PADA MALAM ITU DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BANYAK BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT,LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...