Salam semua
: : : (@_________@) : : :
tinggal beberapa jam lagi bulan 10 akan bermula
ini bermakna perjuangan kami di 313 sekolah masih lagi berbaki 2 bulan
malam nie entry ak khas untuk korang semua
segala suka duka...
dilalui bersama
tanpa bersua muka
muka buku nie lah yang menjadi pengantara kita semua dalam menjalankan tanggunggjawab
kita lupakan sebentar sekiranya korang semua ada permusuhan atau pun tidak puashati antara kita
itu semua lumrah hidup
manusia sempurna atau tidak
pasti akan dikecam
demi tugas
kita lalui bersama
segala dugaan .....masalah
ketidakpuasan hati
kita luahkan bersama
tak kira anda pengambilan pertama ..kedua ..atau menggantikan sahabat kita yang bersalin
anda tetap rakan seperjuangan
terima kasih tidak terhingga kepada
segala maklumat-maklumat yang disalurkan oleh mereka yang bermurah hati
tak kira pangkat umur...abang..adik..kakak...
kamu semua adalah sahabat
*andai kata terserempak dengan empunya blog ini di kursus atau taklimat atau dimana-mana sahaja...harap dapat mengenali korang secara REAL....--->gambar berbeza dgn yg REAL<--- hehehe...kadang-kadang aku susah nk wat KAWAD CAM ngan korang nie..maklum ler semua cantik-cantik belaka + hensem..muahaha*
CUMA 1 je yang aku harapkan
kita bermula dengan penuh pengharapan
penuh persoalan di MASJID AL AZIM
*1st intake mesti ingat nie....hehehe...bersoal jawab dgn orng KPM*
dalam hati masing-masing ada satu pengharapan
agar jawatan ini diserap kelak dan dikekalkan
ada yang pendidikan tinggi masih mencari jawatan yang sesuai
dan ada yang sebaliknya...beruntung ...usia muda (pada adik-adik) diberi peluang untuk menjadi kakitangan awam.....
"YA ALLAH ..YA RAHMAN ..YA RAHIM.....DENGAN SEGALA PENGHARAPAN ...HAMBA MU INI SERAHKAN REZEKI KU DAN KAWAN-KAWANKU KEPADAMU....ANDAI TELAH TERTULIS BAHAWA INI ADALAH REZEKI KAMI....ENGKAU MAKBULKAN SEGALA DOA KAMI... "
*SEMOGA 313 ORANG INI ADALAH INSAN YANG SAMA AKAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEKIRANYA KAMI MASIH DIPERLUKAN*
+info tentang perkembangan jawatan kita semua+
Muhyiddin Yassin menjawab persoalan yang diajukan oleh Pengarah
Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad
A. Talib dalam program Soal Jawab berhubung pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 di studio TV3 Sri Pentas,
Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
"Memang guru ada terasa beban dengan kerja-kerja pentadbiran tetapi itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab guru.
"Begitupun, antara langkah untuk mengurangkan beban ini adalah setiap sekolah akan dihantar seorang Pembantu Pentadbiran dan secara keseluruhannya seramai 10,000 kakitangan akan dihantar berperingkat-peringkat," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Soal Jawab TV3 di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, pelan yang mengambil tempoh dua tahun kajian itu sememangnya memberi penekanan besar kepada soal guru yang berkualiti dan berkemahiran.
Katanya, daripada 35,000 guru Bahasa Inggeris yang gagal mencapai tahap penguasaan penuh, sebanyak 5,000 guru telah diberikan latihan dan 10,000 guru lagi akan mengikuti latihan sama.
"Tidak hanya terbatas kepada guru Bahasa Inggeris, sebanyak 410,000 guru di seluruh negara akan dinilai dalam instrumen bersepadu," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, PPPM akan memberi tumpuan untuk melonjakkan bidang matematik dan sains di samping melahirkan modal insan yang berkualiti.
"Kita mahu melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum serta ada perimbangan sahsiah diri dan budi pekerti, dengan kata lain, insan kamil yang lengkap serba-serbi," katanya.
Jelas beliau, PPPM dihasilkan menerusi pelbagai rundingan meja bulat, program hari terbuka dan telah menerima beribu-ribu memorandum daripada golongan pendidik, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta segelintir golongan ekstrem.
"Dalam menyediakan laporan ini juga, kita mendapatkan pandangan pakar pendidikan dari Korea Selatan, Singapura dan Kanada serta pakar-pakar pendidikan tempatan," katanya.
Katanya, pelan yang mengambil tempoh kajian selama dua tahun itu meliputi segenap aspek termasuk dalam soal pendidikan vokasional, pendidikan Islam serta pendidikan khas untuk orang kurang upaya (OKU).
Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi komitmen untuk menyokong sepenuhnya PPPM 2013-2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
"Hanya dengan sokongan dan penglibatan semua pihak, baru kita dapat melihat hasil pelan ini dan dalam tempoh 13 tahun ini harus ada penambahbaikan dalam bidang pendidikan yang setara dengan negara-negara maju," katanya.
*sama-sama kita berdoa untuk pengakhiran yang menggembirakan kita semua........
RINTIS MELAKA !!!!!!!! Cayooooonkkkkkkkkk !!!!!!!!*
No comments:
Post a Comment