Followers

4 September 2013

Eh dah makin montel

Assalammualaikum wbt
Selamatt petang

petang nie cuaca cerah 
pagi tadi ujan lebat sgt 
ingatkan ujan sampai ptg 
rupanya tidak
huhuhu

aku x tau kenapa skg nie aku malas sgt
semua rutin yang aku amalkan dulu
aku dh langgar
mcm dah x de mood aku nk belai diri sendiri

me: eh UMI ....jgn gituuuuu ...semangat-semangat 

terasa malas berkodi-kodi gamaknya
diri ini 
napelah  aku jadiii giniiii dehh 

aku sebenarnya risauuuu ..
badan aku ehhh makin naik...
kahkahkah tahun lepas leh ilang dlm 8kg...
pas dpt keja baru 
naik berKILO-KILO  

MALLLLLUUUUU :( :( 

Sapeee x mau kurusss.
nakkk tau...
agak-agak kalo aku kurus
de mcm LISA SURIHANI ...Neelofa ke..
x pun mcm che ta ke
wakakakakak berangan je 

Seyes aku x penah kurus 
sejak dari kecik
aku lah budak montel
yuhuuuuu

 tahun 2012
aku mulakan plan diet aku
alhamdulilah mmg menjadi lah
pagi aku ambik : cereal + air masak je 1 liter
(tak senang duduk aku...gi toilet je)
tengahari aku....makan tempe + sayur
petang .....biskut atau buah....
lepas kol 6 ptg aku x ambik makanan lg...
adoiiiiiiiiiiii nasi jauh sekali
mmg peritttttttt
tapi menjadiiii
paling penting
aku x ambik minuman gula
hanya minum air masak je..sehari 3 liter

korang kalo ambik air masak lebih...korang akan tahu mcmmane penatnya ke tandas
tp itu adalah yg paling baikkkk tuk badan kita
hehehe

alaaaaa x leh jadi nie...
aku mestiiiiiiii usaha ...kuat semangat 
tuk kurus semulaaaaa
kan de matlamat..kan..kann...
ekekeke 
(@_________@)  

*nie dr Kevin Zahari...berguna blog dia nie*




   




 
Moh ler kita baca kisah adik nie
hohoho adikkkk
den tabikkkk sama luuu hokeyy
leh kurus cam gini
 ^^_^^
  • Nama: Marini Amin
  • Umur: 23.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 35kg.
  • Instagram: mariniamin
Hai, saya Marini Amin berumur 23 tahun, dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari sekolah menengah. Pada tingkatan 5 berat badan saya naik mendadak sehingga 110 kilogram. Dengan ketinggian 171cm, dan size rangka yang besar, saya kelihatan seperti giant. Kawan2 sekolah ada yang panggil saya ‘Big Show’. Ketika itu size seluar saya adalah size 40 yang saya masih simpan sehingga kini. Lepas SPM (2007) , saya meneruskan pelajaran ni IPT (2008) dan di situ berat saya turun sehingga 80 kilogram tetapi dengan cara pemakanan yang tak sihat & pengambilan pil kurus yang sering menyebabkan saya sering rasa pening dan pitam.
Bila saya hentikan pengambilan pil tersebut berat saya naik mendadak menjadi 87 kilogram. Saya cuba senaman dan kononnya jaga makan tapi sekadar hangat – hangat tahi ayam. Ada juga saya mengambil meal replacement tapi tak lama kerana saya masih belajar dan tak mampu nak teruskan program tu. Berat saya berterusan yo-yo sepanjang saya belajar sampai ke tahun 2011.
marini-amin-sebelum
…lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal…

Sertai Jom Kurus dan Jom Fit

Akhirnya saya give up, dan makan je ikut suka sampai saya jumpa Facebook milik Kevin Zahri. Dari situ saya sedikit sebanyak mengikuti tips – tips yang di sedia kan. Saya paling tertarik dengan konsep ‘segenggam nasi’ beliau. Saya cuba ikut apa yang di sarankan dan berjaya turun sebanyak 2 kilogram. June 2012 (85kg) , saya menyertai ‘Jom Kurus’ di Prince Court bersama Kevin dan dari situ saya pasang niat untuk serius turunkan berat badan ikut cara Kevin. Saya mula bersenam (brisk walk) 5 kali seminggu selama satu jam dan makan mengikut perkiraan kalori yang Kevin ajar. Sejak dari tu saya rajin sertai aktiviti kesihatan seperti ‘Larian 40 Taman’ bersama M.Zulkifli, ‘Jom Fit’ Kevin Zahri, ‘Fit for Life’.
marini-amin-kevin-zahri
Berat saya turun sebanyak 10 kilogram dengan mengambil masa selama 10 bulan. Sebulan hanya kurang satu kilogram. Jumlah yang sikit kalau nak bandingkan dengan orang lain yang boleh turun lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal. Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat.
…Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat…
Berat badan saya masih kekal 75 kilogram sehingga ke hari ini. Dua bulan lepas, saya menyertai pusat gymnasium dan mengamalkan senaman campuran cardio dan juga latihan beban sebanyak 30 mins per session (cardio + weight) , 5 kali seminggu dengan dua hari rest day. Berat badan saya kekal tapi ukuran saya berkurang. Ini mungkin kerana faktor size tulang dan ketinggian saya dan juga jenis latihan senaman yang saya buat. Setakat ini ukuran saya berkurang sebanyak 10 inci dan saya mengharap kan lebih lagi.
Dengan tunjuk ajar Kevin dan panduan dari e-book 5kg dalam 5minggu, saya masih boleh menikmati semua jenis makanan dengan syarat, tidak melebihi account calorie keperluan saya.
Saya nak kongsi sedikit tips pengawalan yang saya amalkan ketika hari raya:
  1. Makan bila perlu. Saya hanya akan makan main meal pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. In between saya akan makan kurma atau almond as snack. Tak setiap rumah saya makan.. hehe
  2. Limit kuih raya hanya 5 biji sehari.
  3. Minta air putih instead of air gas. Kalau segan nak minta, spare mineral water dalam handbag.
  4. 30 minit bersenam. Saya hanya buat di rumah sahaja. Contoh; circuit workout atau pun cycling.
  5. Kalau teringin sangat nak makan hidangan tuan rumah, saya akan jamah dalam kuantiti yang sedikit contohnya nasi impit 3 biji (size kecil) dengan kuah kacang satu sudu.

Proses ‘kurus’ ni jujur saya kata kan bukan mudah.

marini-amin-transformation
Untuk para pembaca yang sedang usaha ‘buang’ berat badan berlebihan, saya harapkan anda semua JANGAN sesekali putus asa. Be strong. Kalau rasa macam down, cari balik point untuk BANGUN & teruskan USAHA. Semangat yang kuat sangat sangat perlu! Ingat, slow progress is better than no progress. Jangan tamak. Setiap individu punyai badan yang cara kerja nya berbeza, jadi anda kena kenal diri sendiri dan guna cara yang sesuai. :)


*TAKLEH BERTANGGUH LAGI DAH...SIKAP TANGGUH LA YANG MENYEBABKAN AKU JADI PEMALAS*

^_^

JANGAN GELAKKAN AKU YA
NAKKK
KUURUUSSSSSS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...