Salam kawan-kawan
wahh kejap je rasa cuti ujung minggu nie
rasa tk mcm cuti je tau
ahaksss
ari nie tak nk dh merepek panjang berjela
just nk share dengan korang semua
tentang hikmah disebalik gerakan kita dalam solat
*setiap kali dalam haid....terus terang aku kata...aku akan rasa gelisah yang teramat sgt ...subhanaallah mmg benar ..solat itu adalah terapi paling indah sekali kawan-kawan..penah jugak aku dh ada atas sejadah ...baru aku teringat aku dalam ''CUTI KHAS''....ya allah ..sampai mcm tu sekali aku bila aku tak boleh bersolat*
*maaf image mmg x jelas...image dr gugel katakan |
Solat
adalah amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh
manusia. Dari sudut pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi
pelbagai jenis penyakit.
SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

TAKBIRATUL IHRAM
Postur:
berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya
di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini
melancarkan aliran darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan.
Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke
seluruh tubuh. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang
sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian
kedua-dua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah.
keadaan ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khususnya
pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Postur:
Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila
diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi
kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga
kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae)
sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan
otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang
bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke
bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kencing untuk mengelakkan
gangguan prostat.
IKTIDAL
Postur:
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan
setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk
dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan
pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami
urutan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi
lebih lancar.
DUDUK
Postur:
Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat
akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita
bertumpu pada pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus
Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering
menyebabkan penderitanya seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk
sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing
(urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens.
Jika dilakukan. dengan betul, postur ini mencegah impotensi. Variasi
posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot
kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan
harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak
kita.
SALAM
Gerakan:
Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat:
kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di
kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit
wajah. Beribadah secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi
mempercantik diri wanita luar dalam.
*SESUNGGUHNYA AMAT RUGI KALO KITA TIDAK BERSOLAT ..SOLAT ITU TIAGA AGAMA..ASAS SEGALANYA*
No comments:
Post a Comment