Followers

22 September 2013

Bedak Tanaka

 wah skang nie
asal malam-malam je
jadi macam hantu kak limah
hahaha
muka memutih ngan bedak sejuk
harussss ko jaga kulit

korang mesti tau kan 
tentang produk yang tengah hot 

BEDAK TANAKA
dr Myammar




aku beli bedak nie dkt kedai dalam tesco melaka

harga rm22 ..
tp akk tue kata ade diskaun 
so dia bg lah rm17
oklah tue
dr harga online aku tgk mahal semacam je

setakat nie..pakai bedak tanaka
alhamdulilah okey je
rasa lembut pas cuci waktu pagi

oowhh lupa...
aku beli bedak tanaka yang botol hijau tue
tuk merawat semula kulit
cehwahhh

*leh comel mcm nora danish ke....hahahhaa*

Apa itu bedak tanaka?

Bedak ni dinamakan bedak tanaka kerana diperbuat dari kayu Tanaka. Bedak ini mulai terkenal di Malaysia setelah produk ini di rebranding oleh Nora Danish. Memang ramai yang mempertikaikan perbezaan antara bedak tanaka dan bedak tate yang dijual oleh Nora Danish, jawapannya kedua produk adalah dari bahan dan ada packaging yang sama


Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan penduduk Filipina, Bangladesh dan Thailand. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja di negara mereka untuk mencantikkan kulit.

 Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu tanaka mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.

Kayu Tanaka diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Sebab itu nampak seperti kita memakai bedak sejuk.

 Kebaikan bedak tanaka

1) Melembut, melicinkan dan mencerahkan kulit muka. .
2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.
3) Menyejukkan kulit
4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
5) Merawat Jerawat
6) Menghaluskan kulit
7) Mencerahkan kulit
8) Memudarkan parut jerawat
9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi
10) Menghilangkan gatal-gatal badan

Cara menggunakan bedak Tanaka

Cara 1:
1) Basahkan muka seperi mengambil wudhuk
2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana
3) Biarkan sehingga kering
4) Basuh muka sehingga bersih

Cara 2:
1) Basahkan muka seperti mengambil wudhuk
2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana
3) Gosok perlahan-lahan dalam turutan membulat untuk membuang sel kulit mati
4) Basuh muka sehingga bersih




*kesesuaian sesuatu produk bergantung pada kulit anda...kalo mendatangkan kemudaratan ...hentikan pemakaian*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...