Followers

1 October 2013

Janin Jadi Makanan Jin

panas sangat ari nie kan
ahahha 
dah masuk bulan 1/10/2013
sekejapnya masa berlalu
terlalu cepat 

^^_____________^^
petang-petang nie 
otak beku
tak leh nk wat kije
ahaksss


so ape lagi
jommm kita berbelog

kali nie nk citer seram plak
ngeeeeeeee
yang takut tue 
jangan baca
kang ada pengsan plak
yang peknen pun sama gak

citer seram nie diberi tajuk

JANIN JADI MAKANAN JIN

*maaf ...sy ambik dr pusat gugel je..jangan ada plak yang salah sangka..nie janin sy ..hahahhaa sy lum bernikah lagi*

bermula lah sebuah kisah seram

:: (@___@)::

Kehidupan seorang cahaya mata memang ditunggu oleh pasangan Ahmad dan Mariam sejak lima tahun lalu.Bukan merancang tapi mungkin belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata sungguhpun sudah lama mendirikan rumahtangga.

Namun,baru-baru ini berkat menjalani rawatan daripada doktor pakar,Mariam akhirnya disahkan hamil dan berita gembira itu disampaikan kepada keluarga Ahmad yang sememangnya menantikan khabar gembira itu sejak awal mereka berkahwin lagi.

Semenjak perkhabaran itu,layanan keluarga mentua terhadap diri Mariam terus berubah. Kalau dulu dia dipandang sebelah mata,kini Mariam dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Semua permintaannya akan cuba dipenuhi.

Mariam faham semuanyanya berubah kerana dirinya hamil.Suaminya anak lelaki sulung dan sudah tentu menjadi harapan keluarga Ahmad untuk melihat bakanya berkembang.

Namun,di sebalik kegembiraan keluarga Ahmad untuk menimang cucu,Mariam dapat melihat perubahan yang berlaku pada dirinya tidak disukai oleh Mak Limah,ibu saudara suaminya.Keadaan tersebut mungkin kena mengena dengan hasrat Mak Limah yang pernah berhasrat untuk menjodohkan anak perempuannya dengan Ahmad.Namun hajat itu tidak kesampaian kerana Ahmad memilih Mariam menjadi pasangan hidupnya.

Berita kehamilan menyebabkan harapan untuk mengeratkan kembali hubunan anak Mak Limah dengan Ahmad hancur.Fikir Mariam mungkin atas sebab inilah Mak Limah kelihatan tidak senang dengan dirinya yang hamil.Selain dapat mengesan kelainan sikap Mak Limat setelah dirinya hamil,Mariam juga hairan mengapa sikap suaminya yang kerap berpesan agar menjauhkan diri daripada Mak Limah.Ahmad berkali-kali mengingatkan dirinya supaya jangan sesekali membiarkan Mak Limah memegang perutnya.

Entah atas sebab apa,Ahmad sendiri tidak mengetahui. Tapi sememangnya agak sukar buat Mariam untuk menjauhkan diri daripada wanita yang berusia 60 an ini.Kebelakangan ini Mak Limah sering bertandang ke rumahnya.Kain jualan yang dibawa adalah modal untk Mak Limah singgah ke rumah Mariam.Walaupun tidak pernah sesekalipun terpedaya dengan pujukan Mak Limah untuk membeli kain, namun boleh dikatakan hampir hari-hari wanita itu akan singgah dirumahnya.

Selain dari ingin menjual kain yang dibawa,Mak Limah juga beria-ia ingin mengusap perut Mariam yang sudah membuncit.Tapi tak pernah sekalipun dia membenarkan Mak Limah menyentuh perutnya.Dia cukp ingat akan pesan suaminya meskipun dia sendiri tidak tahu mengapa Ahmad meminta dia melakukanya.

Setelah saban hari bertanya mengapa sebabnya,akhirnya Ahmad membongkar cerita,Kata suami Mak Limah,wanita tua itu sebenarnya mengamalkan ilmu hitam dan wanita hamil adalah sasaran untuk menambahkan  kekuatan ilmu. Apabila bertemu dengan wanita hamil dia sedaya upaya akan mengusap perut si mangsa.

Pada masa yang sama dia akan membaca mantera dan kesannya akan dilihat keesokan harinya.Janin yang dikandung akan hilang begitu sahaja dan menurut Ahmad perkara tersebut berlaku pada saudaranya sendiri.

Zainab yang mengandng 4 bulan kehilangan janinnya secara tiba-tiba sehari selepas Mak Limah mengusap perutnya.Sungguhpun ada yang mengatakan ianya adalah perbuatan orang bunian namun kalangan keluarga percaya ia berpunca dari Mak Limah.

Amalan ilmu hitam oleh Mak Limah ini diakui oleh kebanyakkan warga tua penduduk kampung.Menurut mereka,janin yang diambil dari perut wanita hamil itu dijadikan makanan jin yang mendampingi diri Mak Limah selama ini.Tanpa makanan tersebut,ia mungkin mengamuk dan Mak Limah sendiri akan menerima akibatnya.Ilmu tersebut akan membolehkan Mak Limah mendapat apa sahaja yang dihajati dalam hidup.Biarpun sudah banyak kali dinasihati oleh rakan-rakan sekampung yang sebaya Mak Limah namun wanita tua itu tetap tidak mahu membuang ilmunya yang diamalkan hingga saat ini.

Tindakan tidak boleh diambil terhadap Mak Limah kerana kekurangan bukti.Mendengar cerita Ahmad,Mariam terdiam.Tahulah dia mengapa,saban hari Mak Limah mahu mengusap perutnya.Sejak dari hari itu,Mariam sentiasa berhati-hati,dia tidak berani lagi duduk sendirian dirumah bimbang akan dihampiri oleh Mak Limah.Mariam akan segera bertandang ke rumah mertuanya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya setiap kali ternampak kelibat Mak Limah dari jauh.Mariam tidak mahu bayi yang memang ditunggu-tunggu kehadirannya selama ini akan lenyap begitu saja.

*adoiiiiiiiiiiiiiii lenguhnya tangan nak menaip ....hehehe tak ape...nie semua tuk silent reader tersayang*
BACALAH YA ......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...