ahahaha malam nie
leh bersantai sepuas hati
rehatkan diri
nyahhh masalah
jauh dari hidup aku
aku nk happy dalam hidup nie
hidup hanya sekali
so aku kena masukkan aurapositif dalam minda nie
jangan ikut hati dan perasaan
syaitan suka tengok aku bersedih
dia akan goda aku tuk jadi negative (-ve)
nak jadi seorang yang positif bukannya mudah
huh bnyk sangat halangan
bak kata orang pun
kalo kita nie nak jadi jahat
ramai sangat yang tolong tolakkan diri kita dalam kancah tersebut
tapi bila kita nk jadi seorang yang baik
haiiipppppppp tak leh nk kata apa lagi
mereka gelakkan kita
itu lah lumrah manusia
rambut sama hitam
tapi hati
uuuhhh x mau kata apa lagi lah
ahakss
(^^_______^^)
so tak kiralah
sama ada nak datang bulan ke x
harus sentiasa positif walaupun benda tersebut sangat susah
cuba dan cuba
menguasai minda positive
aku nk jadi seorang yang sangat positif dalam segala sudut
mampu atau x
belakang citer
aku penah cabar diri aku
berjaya
kenapa bukan sekarang
aku cabar diri aku sekali lagi
pedulikan segala tohmahan orang terhadap aku
orang lebih suka tengok kita nie menderita
nyahhhhhhhh ko
so malam nie aku gugel
MEMBINA MINDA POSITIF
jom kita baca
apa kata blogger tue
amirnawawi.com
1)Fikirkan yang positif sahaja
Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah,
tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan
kekalutan dalam diri anda kerana otak yang normal dapat berfikir secara
waras pabila minda kita tenang. Kalau minda tu tengah memberontak
macamana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali la anda memang suka
buat benda kalut-kalut..
2) Berkata- Kata Yang Positif Sahaja
Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri
sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku
tidak mampu buat itu dan ini.
Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang anda
mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang
kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang anda tidak
mampu lakukan, mana mungkin anda mampu lakukannya.
3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif
Tak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang
positif. Oleh sebab itu, carilah teman-teman atau kawan anda dari
golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat anda.
Sebagia contoh jikalau anda seorang yang memang sukakan bidang
perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara
tidak langsung ia akan turut menjadikan anda bermotivasi serta mempunyai
mentor untuk mencapai impian anda itu.
4) Buangkan yang Negatif, Ambik Yang Positif
Dalam hidup kita ni memang akan ada sesuatu yang negatif serta
positif. Kita memang kena akui nya. Namun kitap erlulah snetiasa
mengambil yang ppositif. Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi
dengan dua pemikiran yang berbeza ini. Sebagai contoh, ada
berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif
seraya berkata ” Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya”. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. ” Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. nanti ada pula orang lain yang turut jadi mangsa”. Tengok macamana dua cara
berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama.
Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan
yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya.
5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik
Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang
baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang
kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah.
Bayangkan isteri serta anak anda menyambut kepulangan anda dengan
gembira. Semestinya anda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk
sampai di rumah. Cuba anda bayangkan yang si isteri menunggu anda dengan
muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya anda pulang dengan
perasaan gundah gulana dan tidak gembira.
*saya nk tukar cara saya berfikir..............positiveeeee sahaja*
No comments:
Post a Comment