Followers

21 December 2013

Kesan Sampingan : Ponstan

21 disember 2013
~ ~ bermakna dah lama terbiau dah blog aku nie ~ ~
kemalasan apakah yang menguasai diri ini 

ohoho
skg nie musim sakit menyakit
mesti ramai yang ambik ponstan tuk kurangkan sakit 
ok pas bc entry aku nie
jgn amalkan lah ya..
bahaya lah 
pllzzz..plzzz tahan sakit sikit je tau 
alaaa korang sakit tue bukan nya sakit mcm nk beranak
hahaha
so bersabar je 

*jadi mcm aku...kalo telan pil..x de makna nya aku tumbang + pengsan..mata segau bugau
nie kalo duk sepital..dktr kena cucukkan aku morfin agaknya..biau pesakit dia zzzz je..apsal badan aku nie...guna darah hape nie..haisshh la hai pelik bin ajaib betul*


KESAN SAMPINGAN 

PONSTAN 






KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

sumber:drzubaidi

thanks doktor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...