....Seandainya Lelaki Itu Tahu....
Wahai kaum lelaki meh sini...meh...
baca nie
so lepas nie korang jangan mengeluh ..jangan kata pening kepala dgn perempuan
*mohd naim..baca nie ya...pas nie..kita jgn bertekak ....tp leh caya ke x bertekak* |
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
=betul tue......aku sokong sangat...kahkahkah kalo lah aku nie mata duitan ...
dh lama incik boss kena tinggal...boleh dapat yang lagi baik..tp x nak...aku yakin
mmg itu pilihan dr allah swt=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi
dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
=nie no komen....kihkihkih naim nordin je tau mcmmane cengengnya aku=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang
terjadi.
=mmg itu sangat diakui....makin nak kawin..makin kerap bergaduh..masing-masing
sensitif....kalo dulu baru kenal...alahai manisnya kurma itu,gaduh pun x penah..
susah lah nk kata..kahkahkah tp skg...ibarat kucing dengan tikus....yang pelik time
jumpa x nk plak bergaduh tarik2x rambut...hahaha jiwang je rasa...ekek=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi
dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
= umi x mcm nie kan abang....tp ingat...umi sgt menepati masa..=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
= pasal yang nie plak aku 50-50 je...malas nk harap ....biasalah mana ada manusia
yang sempurna ...apa yang penting....korang saling menerima,pedulikan kata orang
lain =
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang
masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
=aku selalu risau....suka fikir negatif katanya...bukan suka nk fikir tp mmg ...risau
sangat...dah la jauh....jauhkanlah benda yang buruk dr kami berdua=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
= what???perhatian...oh no...stail incik boss...dia jarang bagi
perhatian...kahkahkah...dia suka missed call aku kalo aku merajuk..x reply msge
dia..sudahnya aku plak yang mujuk dia..haissshh abang nie..=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai
kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
=sori abang ...umi x romantik=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
"RINDU AWAK X DE % LAH ....KAHKAHKAHKAH =_="
"biasalah kalo pas jumpa..mesti angau2x ...duk senyum sorang
tue maknanya rindu sangat lah tue
dah mcm orang kurang siuman dah
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai
lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.
=lawak plak nengok ayat nie lah.....jangan ingat perempuan kasar nie....mmg totally
kasar ok...ooopsss silap...beruntung kenal perempuan kasar....sebab dalam hati ada
taman.....kahkahkah cengeng mereka nie sbnrnya....ekek mcm terkena je...=
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
=ooohoo sedihnya ......aku la tue....korang jangan lh buat mcmnie....umi minta maaf
dengan abang sebab selalu kata mcm tue....aiissh merepek je lah=
✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa
selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya
kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya.
* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
No comments:
Post a Comment