selamat datang april
**____**
semoga ada berita yang menggembirakan
okey rehat nie mcm x rehat je aku
aku duk siapkan keja
sedih nk mkn pun pulusss xde
apakah nasib aku nie
minum lah air masak sampai kembung
**____**
rileks jap
update blog
duk baca artikel dkt
iluvislam
so aku
berkenan lah isi2x nya
hehe
ape lg ambik sat artikel
copy paste kt sini
tuk bacaan pada masa akan datang tau
kena ambik tau
kena blajar membaca
cehwahhh
semangat nampak
hahahaha
MERANCANG HIDUP SETELAH BERGELAR ISTERI
Pernah suatu ketika, suami saya berkata,
“Dulu abang pernah bercita-cita nak jadi doktor.”
Seketika kemudian beliau berkata lagi,
“Tapi naik darjah dua abang tukar nak jadi polis.”
Saya tersenyum sendiri.
Saya
pun begitu dan saya yakin semua manusia melaluinya. Semakin menginjak
umur kita menjadi semakin tamak, kalau boleh kita ingin jadi semua.
Doktor, cikgu, polis, arkitek, pensyarah, peguam.
Tapi sebenarnya
memilih matlamat hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Apalagi kalau kita
berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kita cari jalan atau
ubah fikiran.
Wanita, isteri dan kahwin muda.
Mengapa saya katakan ‘secepat yang mungkin’?
Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat.
Tidak dinafikan awal perkahwinan atau honeymoon period sangat menyeronokkan. Tetapi harus ingat, perkahwinan ada suka dukanya. Tidak selamanya bercinta itu hanya gembira. Bukan tidak boleh, ambillah masa yang secukupnya untuk ber’honeymoon‘ dan saling menyesuaikan diri. Tetapi janganlah terlalu lama.
Sebab itulah penting bagi setiap wanita menetapkan perancangan selepas berkahwin seawal yang mampu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kahwin di usia muda seperti saya!
Dahulu ketika saya terlibat dalam kepimpinan mahasiswa, saya memasang impian untuk menjadi seorang ahli parlimen pada tahun 2020. Tetapi impian itu tidak lama, mungkin kerana berbasiskan semangat ketika itu.
Saya sangat mencintai bidang politik. Tetapi saya kemudian memasang angan untuk menjadi seorang ahli akademik di dalam bidang politik. Memandangkan penglibatan wanita di peringkat pengajian tinggi dalam bidang politik tidak ramai, maka saya mahu memposisikan diri ke arah itu.
Buat masa sekarang, saya juga banyak membaca berkenaan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Mungkin ada yang merasakan pembacaan sebegini tidak perlu, tapi bagi saya ia sangat penting.
List untuk wanita awesome!
Oleh itu, saya mahu menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome)
sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda
serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun
setelah bergelar isteri.
1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?
2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.
3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google
4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.
5. Plan kewangan
Bahagian
ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran
pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan
sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami
sahaja!
6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada
yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar.
Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya
bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita
memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan
mempengaruhi anda dan keluarga.
Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!
*insyallah ^^__^^ moga dipermudahkan segalanya* |
No comments:
Post a Comment