Followers

9 September 2014

Tips Perkahwinan : Diet Sihat Untuk Badan Cantik Menjelang Hari Bahagia

Daripada 
i-kahwin

sila lah ya baca

Majlis pula bakal berlangsung tidak lama lagi. Mesti anda mahukan terbaik untuk hari bahagia anda dan juga untuk diabadikan di dalam foto kenangan anda nanti. Jangan risau. Admin ada solusi menarik untuk anda. 

Peringatan : Diet ini sesuai diamalkan tanpa mengikut jantina anda!

Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.

Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya. Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran. Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*.

Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.
Menarik kan?

SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM
1. ROTI / NASI
2. MINUMAN BERALKOHOL
3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)
4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)
5. MAKANAN YANG BERGORENG
6. GARAM DAN BAHAN PERASA


YANG BOLEH DIAMBIL
1. AIR PUTIH
2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA
3. TEH TANPA PEMANIS/GULA
4. CRANBERRY JUICE
5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA

Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.

SUP PEMBAKAR LEMAK
BAHAN-BAHAN (satu resepi)
3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU AIR

CARA-CARANYA
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.
*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*

HARI - 1
Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.

HARI - 2
Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.

HARI - 3
Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.
*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.

HARI - 4
Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.

HARI - 5
Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid.
Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.

HARI - 6
Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG.
Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


HARI - 7
Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*.
*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

Jika majlis anda bakal berlangsung beberapa bulan dari sekarang, gandakan usaha anda dengan senaman dan diet sihat. Diet ini anda boleh teruskan sehingga anda memiliki bentuk tubuh dan berat yang diingini. InsyaAllah dengan usaha dan semangat, anda pasti berjaya. Paling utama adalah JANGAN MALAS!


==>tapi......aku pemalassss...kan...kan <==

Before Marriage & After Marriage

tak tahu nk wat ape
kije pun mcm...mcm je tkde
sebenarnya tkde mood
haisshh malas je rasa badan nie lah

so ape lagi
rajin2xkan jari update belog




akan berlaku gini ke nanti
oohhh tidaaakkkk


Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri 
laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang 
kang...." 


aku harap tak akan berlaku mcmnie
.....kahkahkahkah....

8 September 2014

Nikah .... Detik Bermula Perjuangan Cinta


Perkahwinan adalah ikatan antara sepasang manusia bernama lelaki dan wanita bagi mewujudkan satu hubungan yang mesra, ceria dan bahagia.Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." Ayat ini menjadi tanda, perkahwinan adalah masa dan tempohnya untuk membelai cinta. 
 



Cinta pula adalah satu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan! Dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: “Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan (hubb) terhadap apa yang diingini....” Lantas, bila diri menginginkan atau memerlukan dan diperlukan; usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa syarat. Yang penting ialah sama-sama memerlukan. Lantaran, petua utama untuk kekal mencintai pasangan yang anda kahwini ialah dengan menjadikan diri anda memerlukannya dan dirinya memerlukan anda!
 

Konsep saling memerlukan ini terkandung dalam hikmah perkahwinan ditetapkan syariat. Hikmah perkahwinan menetapkan perkahwinan perlu memberikan kebahagiaan untuk suami dan isteri. Perkahwinan juga untuk suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing yang tersendiri. Bahagia akan diperoleh jika tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh toleransi, sama-sama usaha untuk memberikan yang terbaik di samping mewujudkan komunikasi unggul! Komunikasi unggul hanya akan diperolehi melalui sikap berterus terang anda kepada pasangan dan menjadikan perbincangan sebagai wadah merungkai permasalahan dan membuat keputusan. 
 

Mudahnya, cinta yang wujud sebelum perkahwinan tidak menjamin wujudnya kebahagiaan hidup berpasangan selepas perkahwinan. Cinta dan kasih bermula daripada tiada; wujud dengan sebab dan alasan tersendiri. Namun, andai cinta dan kasih yang ada tidak diambil peduli, ia boleh pergi dan tidak kembali lagi. 
Bererti bahagia perkahwinan atas nama cinta hanya akan diperolehi apabila wujud sikap positif dalam melaksanakan segala tanggungjawab, toleransi dan sedia memperbaiki kelemahan diri. Fokuskan kepada kelebihan dan kebaikan pasangan dan bersama-sama berusaha atasi kelemahan. Setiap manusia tak sempurna lantaran pasangan 'diberikan' untuk saling menyempurnakan! Moga cinta terus mekar dan membahagiakan.
 

Tips Perkahwinan Jarak Jauh

Minta maaf 
baru nk mengENTRYkan diri 

"______"


wah skg nie dah mula membaca pasal perkahwinan
bukan men gatal lg bnyinya
mcm dah x sabau ko nk kahwin ya umi hani 
^^________________^^

arghh sedih lah
pas kahwin nie
aku masih lg dengan hubungan jarak jauh
disebabkan kerjaya
aku di melaka
dan bakal suami di mersing
ikut perasaan jiwang karat nie
nk je aku berhenti keja
jadi housewife 
kehkehkehkeh konon lah *berangan tak sudah*
==__= try terjun sungai duyong ...kalo x timbul tue xde peluang lah nk tamatkan zaman bujang =_==


banyak jgk kawan-kawan aku yang 
PJJ nie
*PERKAHWINAN JARAK JAUH*

mcm2x  cerita aku dengar
ade yang melalak bila nk pisah ngan somi
!!!___!!!
mgkin aku bakal menangis stp kali hujung minggu
hehehe gedik nau bunyinya




takde pengalaman pun untuk dikongsi
so malam nie aku rajin sikit
gugel tentang isu perkahwinan jarak jauh
jmpalah tips nie
mgkin ianya berguna nanti 
^^_______^^

TIPS PERKAHWINAN JARAK JAUH

Tips pertama : Rajinlah berhubung
PJJ (Dalam Negara)
Dunia yang penuh canggih kini, memberi kemudahan besar kepada anda berhubung yang jauh di mana. Bagi yang berjauhan tapi masih berada di dalam negara yang sama. Itu memudahkan lagi anda berhubung antara satu sama lain. Tanyakan khabar. Tanyakan makan minum pasangan anda. Lakukan seolah anda berada di depan mata mereka. Kalau ada masa, selain dengan berhubung melalui mesej, apa kata video call dengan pasangan anda. Bukan kah comel begitu?

PJJ (Luar Negara)
Perbezaan zon masa memang menyukarkan keadaan. Lebih lebih lagi saat anda perlukan pasangan di sisi. Masa pula berbeza. Akhirnya anda pendam sendirian. Admin nasihatkan supaya berhenti mempunyai sikap sedemikian. Luahkan sahaja pada pasangan anda. Kalau masa cuti, luangkan masa Skype dengan pasangan, berborak dan tanya khabar sambil melihat muka masing-masing. Whatsapp pula penghubung antara dua benua kini. Mungkin dengan perbezaan zon masa, anda boleh cuba set kan masa dengan pasangan supaya tidak terganggu tugas seharian. Anda pasti boleh! 

Tips kedua : Kejutan untuk yang tersayang
PJJ (Dalam Negara)
Untuk menambah manis hubungan cinta anda, cuba sesekali kejutkan pasangan anda dengan sesuatu di luar jangkaan mereka. Kerana anda masih berada di dalam negara yang sama, cuma beza negeri sahaja. Tidak lah ambil masa dua hari untuk sampai ke satu-satu destinasi. Bas ada, kapal terbang ada. Tempah tiket, dan kejutkan pasangan dengan kehadiran anda. Seperti muncul di pejabatnya tiba-tiba. Atau mungkin anda boleh pulang ke rumah terlebih dahulu, lakukan persiapan romantik di rumah seperti penuhkan wangian, pasangkan lilin, mainkan muzik romantik dan anda juga boleh kejutkan pasangan dengan memasak untuk mereka. ‘Dinner for two’ yang dilakukan khas oleh anda sebenarnya lebih bermakna dan dihargai berbanding anda membayar orang atau memilih untuk makan malam di luar.

PJJ (Luar Negara)

Zaman moden kini, tiada apa yang mustahil. Walaupun berjauhan beribu batu, tapi anda masih mampu membuat kejutan untuk yang tersayang. Anda boleh hubungi mana-mana kedai bunga atau rakan yang rapat dengan pasangan anda untuk membeli bunga dan menghantarkan kepada yang tersayang. Pasti hari mereka ceria dengan kejutan yang anda lakukan.

CONTOHNYA 
"beliau selalu tnya ...UMI TENGAH WAT APE...DAH MAKAN KE BELUM ...ARI NIE SIHAT x"
^^_________^^
semoga beliau tabah berhadapan dengan bakal isteri yang otaknya 3 suku
hehehe

Tips ketiga : Raikan hari istimewa dengan pasangan
PJJ (Dalam Negara)
Meskipun anda sibuk dengan urusan kerja/belajar. Luangkan masa bersama di hari istimewa anda dan pasangan. Cuba untuk pulang dan raikan bersama. Cuba ketepikan tugas, luangkan sehari untuk pasangan. Sebenarnya untuk anda yang terikat dengan komitmen ini, hari minggu anda juga dikira hari istimewa. Kerana hari itulah yang anda boleh luangkan bersama. Kerana itulah hari yang kedua pasangan bercuti, dan itulah juga kenapa ia dipanggil pasangan hujung minggu
PJJ (Luar Negara)
Setiap hari adalah istimewa jika anda bersama yang tersayang. Tips manja yang admin boleh kongsikan bersama pasangan yang terikat dengan hubungan ini, hal ini kerana perbezaan zon masa juga menyukarkan keadaan. Tapi admin percaya, apalah nak dirugikan jika dilakukan untuk yang tersayang bukan? Apa kata anda duduk bersama sambil Skype atau Video Call, makan bersama, lakukan aktiviti yang sama. Contohnya jika suami anda sedang menonton permainan bola, anda turut saksikan siaran yang sama meskipun anda bukanlah peminat bola. Tapi apa salahnya kan? Anda juga boleh tidur ditemani pasangan tersayang. Perbezaan zon masa bukanlah alasan. Jika pasangan anda mahu tidur, gelapkan lah bilik anda. Agar suasananya sama, meskipun sebenarnya hakikat jam 9 pagi. Pura-pura sahajalah.

Tips keempat : Jujur terhadap pasangan
Tanpa mengira di mana anda berada, tips paling penting dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah bersikap jujur. Jujur dengan setiap apa yang dilakukan. Kerana setelah anda berdua mengikat tali perkahwinan, sebenarnya tiada rahsia yang tersembunyi diantaranya. Berlaku jujur dan terus terang dengan setiap apa yang berlaku. Meskipun adakala kebenaran itu menyakitkan, tapi amat penting terutamanya apabila anda diberi kepercayaan penuh oleh yang tersayang. Si dia berhak mengetahui segala yang tersembunyi. Ada yang mengadu pada admin, katanya demi menjaga hati yang tersayang, ada yang perlu dirahsiakan. Cuma admin lontarkan satu soalan, apakah perasaan anda jika insan yang anda percaya dan sayang, seseorang yang berjanji sehidup semati memilih untuk tidak jujur dengan anda, alasan untuk menjaga hati. Adakah alasan itu diterima? Dengan kejujuran dalam satu satu hubungan, akan berjaya tanpa kira di mana anda berada.


Tips kelima : Percaya pada pasangan
Penting untuk terapkan rasa kepercayaan itu terhadap pasangan anda. Percaya pada mereka, jangan memilih untuk mencabar ego dengan menyoal kembali kebenaran yang telah diberikan. Kuatkan hati, percaya kepada ikatan yang kalian bina. Meskipun berhadapan dengan komitmen yang memerlukan anda berjauhan dengan pasangan, jangan pernah ada rasa sangsi. Kerana dengan rasa itu, boleh menjatuhkan rasa ragu-ragu dan terus menjadikan anda rasa tidak senang berjauhan dan sering memikirkan perkara negative yang tidak baik bakal berlaku. Mohonlah petunjuk dari Yang Maha Esa agar dipermudahkan segalanya.


"Biar jauh di mata, asalkan di hati sentiasa ada yang 
sayang"

dapat ilmu nie 
daripada 
ikahwin 
^^______^^


27 August 2014

Mesyuarat ngan Bos





 ayoyo.....de meeting ngan bos
ambik cuti sehari je ..tp rasa x cukup
continue 2 hari

=_< lagipun kita nk setel pasal hal kawin tau
adoiii susah lah ..."boss" nie bnyk nau keja dia
mcm YB plak !!!__!!!

((tetiba rasa pas kawin mesti kena tinggaalll je))
==>rasa nk ikut je bos gi mana2x<===
kahkahkah wat semak mata


alahai akhirnya ape yang dirancang tidak menjadi
bila x menjadi tahap kebengangan tue harus touch 300%
*hooot betul*
rasa nk nangis hentak2x kaki je dlm kedai



ISU PERTAMA 
"BAJU NIKAH"

 aku sebenarnya nk kaler 
MINT GREEN
rs suweet je kaler tue kan
nk kate terang tk lah pun
nk kata soft pun x jgk
tgk kt gugel
chantek je pengatin tue pakai
haisshh ikut hati 
mmg dh jmpa dah baju yg aku nak
tp boss x nak plak
dia x setuju..
huwaaaa
sampai hati
bila dua2x dah bengang
mulalah masing2x wat muka sambal belacan...cencaluk tue semua
menyammpah+sakit hati 
bila dh tarik muka..
huwaaaa
huhh rasa ...rasa....rasa..ntah dah x de rasa lagi..hahahaha

=....akibatnya baju x jumpa...=
okey tunggu bulan depan plak kat jb okey

malam isnin tue....kami satu keluarga termasuk incik bos...gi makan-makan
nyum2x makan tomyam
mcm2x lauk smpi tak abis
terus tapau
alhamdulilah abah belanja sebab duit kawin adik aku yg org bagi tue ada lebih
wat makan2x
tuk hilangkan kepenatan kita semua

lasak...gegurl budak kenit nie

oohh lahai...lebauunya ko umi hani 


balik drpd muar terus pecut gi makan plak...kesian dia kepenatan 

borak ape tue ngan abah kita....hehe
monopod family...kahkahkahkah



 keesokkan harinya 
hahahaha gi bekpes sesama kan..kan

tengok dia makan...tunduk je
tak nampak org depan dia 
nk kate kita nie kecik ..nampak nau pembohong
kita yg besaqq gedabak 
dia x pelawa pun makan 



hahahaha paling x menahan 
adoiiiiiiiiii penat nya 
cerewetnya dia
cari blazer
3x dah aku rs dia cari blazer
asal jmpa je ..nk gi cari blazer...kahkahkah tp tak jmpa2x

tapi nasib baik yang nie 
dia berkenan 
kalo x berkenan mmg aku ...... >>....<<<

*nape abang cerewet sangat eh*





thanks abang 
belanja umi
"nak sambut besday katanya"
hahahaha
1st time...walaupun simple + nk cepat

takpe next year kita sambut besar-besaran eh 
=___=

hahahah dapat baju nie + jam tangan......belanja jugak katanya ..tq sayang



dah la....cukup lah
berbulu orang nk baca kisah ko umi hani
tata
====_____=====

Majlis Perkahwinan Adik Lelak : Part 11

sambung sini
lagi
panjang nau entry kawin nie
kahkahkah.....lorat betul aku nie lah =_=

haisshh terkilan lah tak pat join hantar pengatin masa bersanding 
huwaaaa kena jaga umah plak
mcm2x urusan yang nk diselesaikan tau
sabar okey






asiy ngantuk tp org yg pegang aisy tue paksa aisy bergambar


alaaa katiknya aku.....paras bahu adik aku je..kahkahkah 


konon2x ayu sgt la tu..=_= berkabung ok....huwaaa

dah nikah...malam tue de plak malam berinai besar
besar...besar....
cehwah 

x senonoh aisy nie ya....tersentil pampers awak ...hahaha cacat pic kawin paklang & maklang 
tema bersanding plak
dorg combine warna 
hijau zamrud+kuning
muahahah kegemaran
mmg chantek 
geramm je ngk kaler tue
incik boss tk nk pki kaler tue
sobbb :(





banyak nya dayang2x maklang pika..
hahahahah
chantek ....combine warna yg sgt menarik bagi aku

penutup pada majlis dorg nie
wat majlis bertandang kt umah kami
mmg x dan aku nk posing
busy yang amat
smpt snap pic nie
yg lain2x pd photographer 
tema pilihan...merah + gold...
hahaha pengatin kaler gold
penghuni umah kaler merah



*semoga allah memberkati mereka
semoga jodoh hingga ke syurga
dikurniakan anak yang ramai*
=___=


Majlis Perkahwinan Adik Lelaki: Part 1



aauuwwcaakk
ehhh tkde mood langsung nk wat keja
mood aku ke laut..ke hutan
hahahah
mood 
+...angau...+

plzzzz lahh umi 
jgn nk angau sangat

cuti lama ....
penat lg 
tue yg malas je rasanya

ahaha
cuti ...cuti...cuti
3x cuti 
biasalah orang kuat majlis kan
meraikan perkawinan adik lelaki @ anak lelaki sulong
hahaha anak bapa...anak mak =__=
*eh x leh ingat lah mak nangis time nie...aku pun sama meleleh ..sedih plak*

awalnya majlis nie ...nk guna catering je 
tp fikir semula
mcm tak meriah guna catering
baik rewang
terbaik lah rewang
meriaahh sangat
walaupun rasa teramat penat
kalo berjalan tue dah x rasa kaki nie bergerak
hahahah makan tak lalu..sejemput je ambik nasi
*kalo hari2x gitu kan bagus umi hani*


bertarikh...bersaksikan...
cehwah suspen je
22 OGOS 2014

TAHNIAH UNTUK 
MOHD SHUKRI & SYAFIQAH
KERANA TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN







chantek pelamin nie...rasa nk minjam wat pelamin khatam quran...kihkihkih
*tetiba malas plak nk bebel*

penat gak eh..jadi rombongan pihak lelaki
3 kali menghantar
< nikah, malam berinai besar, bersanding>
adoiiiii lepakk rasanya 
balik nk wat keja lg



*moyang main ngan aisy eh*




*sambung: part 11*
japp ehh
==__==

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...