Sape
nk jadi
Cinderella
cer senyumm...
cer korang gi tempah kasut kaca
hahaha
kalo kaki aku pakai kasut kaca
retak seribu!!!!!!!!!!!
maklum ler kaki
saiz model eropah
kalo beli kasut mau cari saiz 8 atau 9
depend pd design kasut tue
(*incik bos kata kecikkan kaki..haiiipppp incik boss nie tarik janggut dia nanti..mana leh kecikkan kaki sy nie*)
korang jangan nk menipu kalo kata tak penah layan citer cinderella
tak kira kartun ke drama ke
huhu
ahaha yang nie CINDERELLA KARTUN
 |
| *berangan nk jadi mcm nie tau....kahkahkah koyak gaun cinderella..ibarat dugong tersangkut* |
 |
| *kasut nikah pakai mcm nie ...ok x* |
|
 |
| *incik boss nie..tema kawin kita nanti...CINDERELLA. .hahahha..pas tue kita makan maggi + biskut tongkat ya sayang...wakakaka* | | |
|
layan citer kartun nie mmg best
tapi time aku darjah 6 dulu
haiiishh nasib bek time tue dah abis UPSR auwww
petang-petang
pas balik sek agama
aku duk layan
CINDERELLA melayu
tapi dalam versi drama ...
uhuhu femesss giler citer tue
pastu berlakon plak kat oversea
haiisshh dah berangan time tue
nak blaja kat sana
then cari pakwe ala-ala AHMAD IDHAM @ Salman
HALIZA MISBUN @ Nurul
time tue aissshhh rasa nk cr pakwe mcm ahmad idham
then nk pakai gaun mcm haliza misbun
kahkahkahkah budak-budak lg dh berangan
aku dh tanya abang gugel
tntg sinopsis cinderella melayu nie
alaaaahai susah nk cari la
so aku tepekkan je pic dari adegan-adegan drama nie
ada lah pic yg agak-agak mesra
korang jangan plak cop aku nie kaki lucah hokey!!!!!!!
tampar mukaaaa kang
hehehe
 |
| *citer nie bnyk adegan mesra* |
|
|
|
| |
| *Nurul bagitau kat Salman..yang dia dah pregnant anak salman...cian time nie..Salman nak balik msia* | | | | |
|
|
 |
| *haiiippppp lentokknya....hehehe* | |
|
|
|
hohoho mmg syokkk layan drama nie
time dulu lah kan
hehe
skg nie aku bukan lg kaki drama
hoh tak mau tertipu lagi..
hahahaha
ayat kecewa betul
muuuahaha jap ya..
aku tepekkan
OST DRAMA CINDERELLA 1998 TERBITAN TV3
penyanyi dia nama HASLINDA
TAJUK LAGU : SEHATI SEJIWA
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…
yang nie aku dpt dr harian metro
Sekitar 1998, industri drama tempatan pernah mencetuskan fenomena apabila drama bersiri Cinderella lakonan hebat Ahmad Idham dan Haliza Misbun berikutan jalan cerita menarik selain dibarisi ramai pelakon hebat.
Malah lagu tema drama berkenaan berjudul Sehati Sejiwa nyanyian
Haslinda turut menjadi siulan dalam kalangan peminat setia pada waktu
itu.
Kini, selepas 15 tahun drama bersiri berkenaan bakal difilemkan oleh
Excellent Pictures Sdn Bhd yang mana ia diarahkan Ahmad Idham sendiri.
Mengekalkan tajuk yang sama iaitu Cinderella filem ini menampilkan
pelakon berbakat Fizo Omar dan Nelydia Senrose sebagai watak utama.
Sehubungan itu, Idham berharap penonton yang pernah menyaksikan drama itu tidak akan lupa
de–ngan jalan ceritanya. Drama terbabit turut bertanggungjawab
menaikkan nama Idham yang ketika itu sedang berjinak-jinak di dalam
bidang lakonan.
Menurut Idham, hatinya terdetik untuk menghasil–kan
filem Cinderella sejak dua tahun yang lalu, namun ketika itu dia masih
belum menemui pelakon yang sesuai dan layak untuk memegang watak utama
sebagai Nurul atau Cinderella.
“Saya mahu penonton mengimbau kembali drama berkenaan. Namun
tidak semua jalan ceritanya saya ambil. Yang sama mungkin jiwa, perasaan
dan romantiknya saja.
“Mungkin tempoh waktu sekarang terlalu lama
dan saya bimbang ada yang terlupa akan drama ini. Namun saya yakin
dengan garapan baru, jalan cerita yang lebih segar dan pelakon-pelakon
yang bagus akan memperkuatkan lagi filem ini.
“Skrip ini saya
buat bersama arwah Meor Shariman yang juga rakan saya. Apabila saya yang
garap, saya tahu apa yang saya nak penonton rasa ketika menonton filem
Cinderella lakonan Nelydia dan Fizo ini,” katanya.
Hanya
mengambil pengawalan jalan cerita dari drama bersiri Cinderella, Idham
berkata perkara itu dilakukan kerana mahukan kelainan apatah lagi drama
itu sudah terlalu lama bimbang penonton akan muak.
“Dalam filem
Cinderel–la ini, yang saya kekalkan daripada drama Cinderella adalah
satu metafora yang mana bagi saya, saya me–ngekalkan kewujudan
Cinderella Melayu yang diwujudkan dari seorang anak tiri di sebuah
kampung apabila ditangkap basah dengan seorang jejaka yang tidak
dikenali dan dibawa ke bandar.
“Itu yang saya bawa. Itu metafora
yang saya pakai semula di mana Nelydia memegang watak Nurul tinggal
bersama ibu tiri–nya. Satu hari dia ditang–kap khalwat bersama Fizo
Omar. Cuma bezanya di sini, Nelydia adalah seorang jururawat di pusat
kesihatan di kampungnya," katanya.
Bagi Idham, untuk
me–ngembalikan nostalgia itu, dia perlu mencari pelakon yang kuat.
Justeru dia memilih Nelydia selepas terlihat pelakon berkenaan berjaya
membawakan satu watak dalam Setia Hujung Nyawa.
“Saya rasa
ketika itu, drama itu menjadi satu fenomena sekejap. Saya kata, inilah
Cinderella yang saya cari. Dia tak semestinya seksi. Saya hendak cari
seorang yang mempunyai perwatakan ayu, manis, penuh tawa, sedih, manja
dan semesti–nya Melayu dan saya melihat perwatakan itu ada pada diri Nelydia dan sesuai dengannya.
“Saya
tidak pernah bekerja dengan Fizo dalam mana-mana filem dan keinginan
untuk bekerjasama dengannya sudah lama ada. Pada era kini saya lihat
Fizo adalah seorang hero yang sesuai.
“Walaupun tidak berapa
popular seperti pelakon lain namun saya yakin waktu untuk–nya sudah
sampai. Malah saya dapat lihat karakter anak orang kaya yang boleh
menjadi seorang ‘playboy’ sesuai dibawakan oleh Fizo,” katanya.
Masih
mengekalkan lagu tema Sehati Sejiwa, Idham menampilkan kelainan dengan
memberi nafas baru terhadap lagu berkenaan di samping sedang mencari
penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan semula lagu itu.
Kata
Idham, jika disebut mengenai Cinderella, ia adalah pengorbanan seorang
wanita. Suka duka, cabaran dan dugaan yang dihadapi seorang wanita.
Fizo Teruja pegang watak Salman
Walaupun
tidak sempat menyaksikan drama bersiri Cinderella sepenuhnya, Fizo Omar
yang memegang watak sebagai Salman yakin dengan penampilan segar yang
dibawanya.
Ini kerana filem Cinderella hanya mengambil
pengawalan cerita drama Cinderella malah Idham yang pernah memegang
watak sama banyak membantunya dalam menghayati watak berkenaan.
“Saya
gembira apabila ditawarkan watak dalam filem ini apatah lagi memegang
watak utama. Apabila saya Tweet di Tweeter milik saya ramai peminat yang
memberikan maklum balas positif dan tidak sabar menyaksikan filem ini
ditayangkan malah tidak saya nafikan penangan drama Cinderella memang
begitu kuat sehingga ke hari ini.
“Filem ini tidak sama seperti
drama, hanya awal cerita sehingga babak ditangkap basah dan selepas itu
semuanya berubah. Watak saya lebih berat kerana di dalam filem ini saya
seorang kaki perempuan dan suka berhibur.
“Paling mencabar pada
kemuncak cerita saya disahkan menghidap penyakit HIV dan itu satu
tamparan hebat buat saya sebagai Salman di samping cabaran untuk saya
lebih menghayati watak sebagai pesakit HIV,” katanya.
Nelydia Gementar DI LOKASI
Pertama
kali memegang watak utama di dalam filem adalah cabaran besar buat
Nelydia atau mesra dengan panggilan Nely. Baginya perasaan gementar
sentiasa ada setiap kali dia melakonkan setiap babak di dalam filem
Cinderella.
“Pada awal menerima tawaran ini Nely sangat teruja
namun dalam waktu yang sama sering berasa gementar bimbang tidak berjaya
melakonkan watak seperti yang diharapkan oleh pengarah.
“Malah
ketika di lokasi juga perasaan gementar itu tidak pernah pudar apatah
lagi Nely turut bergandingan dengan pelakon yang mempunyai nama-nama
besar seperti Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan dan Azizah Mahzan.
“Untuk
menghayati watak sebagai Nurul, Nely banyak menonton drama Cinderella
di laman YouTube bagi mengambil ‘mood’ sebagai Nurul. Memang agak sukar
kerana di dalam watak ini Nely banyak bermain dengan emosi.
“Abang
Idham banyak membantu malah dia sendiri mahu Nely membawakan watak
Nurul dengan cara sendiri tanpa meniru gaya yang dibawakan oleh Haliza
Misbun,” kata–nya.
Sinopsis:
Nurul seorang
gadis kampung berusia 22 tahun tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta
adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri
Nurul melayan Nurul seperti orang gaji. Tiada langsung rasa belas
kasihan.
Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ
kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung
kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu.
Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul.
Salman
berusia lewat 20-an adalah anak kepada Datuk Mohktar, seorang tokoh
korporat terkemuka. Datuk Mokhtar mempunyai syarikat pembinaan yang
mendapat kontrak kerajaan. Salman anak tunggal Datuk Mokhtar yang akan
mewarisi syarikat berkenaan.
Salman yang belajar di luar negara
dalam bidang perniagaan baru pulang ke Malaysia bagi proses mengambil
alih syarikat bapanya kerana Datuk Mokhtar terpaksa bersara awal akibat
serangan strok.
Datuk Mohktar dan Salman tinggal bersama-sama Mak
Jah, orang gaji mereka. Datuk Mokhtar yang membesarkan Salman selepas
kematian ibu Salman sewaktu Salman masih kecil.
Salman juga
mempunyai seorang rakan baik, Ray. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu
suka berfoya-foya dengan perempuan dahi licin dan ‘ramping’. Suatu
malam, Zamil mencabul Nurul. Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak
oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik
tirinya itu.
Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah
untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman. Mereka
berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung.
Salman
dan Nurul diberi dua pilihan sama ada di bawa ke balai polis dan
didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke
kampung berkenaan. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan
kedua.
*rasa nk download semua episod dalam citer nie
then layan semula ...hahaha mana nk cari gaun mcm Haliza Misbun pakai tue???*