Followers

5 October 2013

Bee Hoon Sup

yeeeaaa 
pagi nie dah terlajak bangun
kol 6.57 pg
kahkahkahkah 
sejukkkk
sampai terlajak tido
serta merta kejutkan incik boss 
sebab kalo dia dh bgn mesti dia msge aku
nie dia pun senyap
hehehe
maknanya mmg kami terbabas 
bangun solat subuh 
dah lewat 

dengan lajunya nk update entry 
tentang 
bee hoon sup
alaaaaa x kisah lah '
resipi senang ke
ade aku kisah
nak jugak letak...
ohoho jap lagi aku nk tolong mak masak plak



BAHAN-BAHAN SUP :-)

1/2 ekor ayam, potong kecil
1 sup bunjut Adabi
6 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci kunyit hidup, diketuk (optional)
1 inci halia, hiris dan ketuk2 sedikit
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 kiub ayam (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya, diredam dengan serbuk kunyit selama 1 jam
Taugeh, buang ekor dan cuci
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (*) dan hirisan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia hingga harum. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya.
  2. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam. Kacau perlahan dan masak hingga ayam empuk. Tambah garam dan lada hitam tumbuk, kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Rebus mi hoon tadi hingga lembut, toskan. Masukkan secukupnya mi hoon dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup ayam bersama2 isinya. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng, taugeh dan hidangkan bersama sambal kicap dan belahan limau kasturi. Sedap dimakan panas.
*resipi dr abang mat gebu (dapur tanpa sempadan)
sori abang blogger ..sy copy paste je*

Positive Thinking

ahahaha malam nie
leh bersantai sepuas hati
rehatkan diri
nyahhh masalah 
jauh dari hidup aku
aku nk happy dalam hidup nie
hidup hanya sekali
so aku kena masukkan aurapositif dalam minda nie 
jangan ikut hati dan perasaan
syaitan suka tengok aku bersedih
dia akan goda aku tuk jadi negative (-ve)

nak jadi seorang yang positif bukannya mudah
huh bnyk sangat halangan
bak kata orang pun
kalo kita nie nak jadi jahat
ramai sangat yang tolong tolakkan diri kita dalam kancah tersebut
tapi bila kita nk jadi seorang yang baik
haiiipppppppp tak leh nk kata apa lagi
mereka gelakkan kita
itu lah lumrah manusia
rambut sama hitam
tapi hati 
uuuhhh x mau kata apa lagi lah 
ahakss

(^^_______^^)
so tak kiralah
sama ada nak datang bulan ke x 
harus sentiasa positif walaupun benda tersebut sangat susah 
cuba dan cuba
menguasai minda positive 


aku nk jadi seorang yang sangat positif dalam segala sudut
mampu atau x 
belakang citer
aku penah cabar diri aku 
berjaya
kenapa bukan sekarang 
aku cabar diri aku sekali lagi
pedulikan segala tohmahan orang terhadap aku
orang lebih suka tengok kita nie menderita
nyahhhhhhhh ko 

so malam nie aku gugel

MEMBINA MINDA POSITIF

jom kita baca 
apa kata blogger tue
amirnawawi.com

1)Fikirkan yang positif sahaja
Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah, tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan kekalutan dalam diri anda kerana otak yang normal dapat berfikir secara waras pabila minda kita tenang. Kalau minda tu tengah memberontak macamana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali la anda memang suka buat benda kalut-kalut..


2) Berkata- Kata Yang Positif Sahaja
Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku tidak mampu buat itu dan ini. Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang anda mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang anda tidak mampu lakukan, mana mungkin anda mampu lakukannya.


3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif
Tak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang positif. Oleh sebab itu, carilah teman-teman atau kawan anda dari golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat anda. Sebagia contoh jikalau anda seorang yang memang sukakan bidang perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara tidak langsung ia akan turut menjadikan anda bermotivasi serta mempunyai mentor untuk mencapai impian anda itu.


4) Buangkan yang Negatif, Ambik Yang Positif
Dalam hidup kita ni memang akan ada sesuatu yang negatif serta positif. Kita memang kena akui nya. Namun kitap erlulah snetiasa mengambil yang ppositif.  Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi dengan dua pemikiran  yang berbeza ini. Sebagai contoh, ada berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif seraya berkata ” Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya”. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. ” Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. nanti ada pula orang lain yang turut jadi mangsa”. Tengok macamana dua cara berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama. Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya.


5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik
Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah. Bayangkan isteri serta anak anda menyambut kepulangan anda dengan gembira. Semestinya anda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk sampai di rumah. Cuba anda bayangkan yang si isteri menunggu anda dengan muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya anda pulang dengan perasaan gundah gulana dan tidak gembira.


*saya nk tukar cara saya berfikir..............positiveeeee sahaja*

4 October 2013

Manusia yang tidak sempurna

Salam petang jumaat 
(@____@)
eheks
baru de idea nk update nie
panas kan bumi melaka ari nie
terima seadanya
panas hujan itu semua kurniaan allah
jangan mengeluh

ntah kenapa aku rasa
terlalu lemah ari nie
ya mmg benar aku ada masalah 
tapi masalah tue bukan berpunca dari aku dan dia
punca nya dari orang lain
yang mgkin tak fikir kot apa yang dia nk sampaikan
ini dah melibatkan maruah diri aku
seyes 
kalo aku boleh pergi jauh 
aku nk sangat
aku tinggalkan segalanya yang pernah aku sayang



bukanlah aku mengeluh dengan apa yang terjadi
cukuplah
jangan sesekali menghakimi diri aku
aku hanya nk sesuatu yang penuh kepastian 
tak sempurna tak ape
aku pun x sempurna
cuma aku perlu jawapan yang tepat
salah ke aku meluahkan 
aku minta maaf andai salah satu pihak terbaca 
aku tak bermaksud nk meluahkan dalam nie
tp hanya ini jalannya ...
aku tak boleh tanggung beban sorang diri
sana desak aku..sini desak aku
aku nie ada hati
dan perasaan
pernah fikir x??????

aku cuba berubah jadi apa yang patut
tapi tolonglah aku
aku x boleh jadi hipokrit
penipuuuuuuu bermuka-muka
tuk apa
tak mengapalah 
manusia tak akan nampak keiklasan manusia lain
cuma ALLAH swt yang mengetahui

aku serahkan segala percaturan hidup aku pada allah swt
kerna aku tahu DIA AKAN BAGI AKU YANG TERBAIK

bukan mudah untuk kita lupakan
bila orang membuka aib diri kita
subhanaallah
tak mengapalah
suatu hari nanti
setiap perbuatan ada balasannya
aku tak pernah sesekali berniat nk porakperanda hidup orang
tapi kenapa tergamak sekali orang wat aku mcm tue
hati aku belum busuk lagi nk berbuat jahat 
dan janganlah ada niat mcm tue

aku hanya mampu berdoa
jika aku dan dia mmg dah ditentukan allah untuk bersama
sehingga ke akhir hayat
apapun dugaan .aku dan dia akan harungi bersama

betapa tulusnya perasaan aku
YANG MAHA ESA MENGETAHUI SEGALANYA
DEMI ALLAH 
AKU BENAR-BENAR IKHLAS 

cukuplah .....
aku tak perlu kan teman yang sempurna 100%
kerana aku pun bukanlah sempurna hendaknya
tapi aku perlukan seseorang yang yakin untuk bersama aku
yang boleh terima aku 
buruk baik aku
bagi aku biarlah kelebihan aku menutupi kekurangan dirinya
dan kelebihan dirinya menutupi kekurangan diri aku 
janganlah sesekali meminta manusia itu sempurna dimata kamu

ya mungkin kata sahabat aku
ini adalah dugaan
aku kena terima
tiada apa yang aku mampu katakan lagi
aku hanya mampu 
berdoa dan melakukan solat hajat
mgkin tuhan sayang aku
tuhan nak aku sentiasa meminta dengan dia seperti dahulu
terima kasih ya allah
kerana engkau pilih hambamu ini untuk melalui ujian dr Mu
bimbing lah aku ya allah 
kuatkan hati aku untuk melalui semua ini


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


3 October 2013

Terapi Diri

yeaaaaaaaaaa dah hari khamis
yahoooo sok jumaat
sabtu ahad
holidayyyyyy
offff
jangan nk keja

ahaksss

petang
wahh panas terik ari nie
boleh wat kena migrain 
amalkan minum air masak banyak banyak
walaupun kepenatan kuar masuk tandas
hehe

macam biasalah
dah jadi rutin plak
asal kol 2 je ...
aku mula ...memikirkan idea nk berbelog
ekekek
adoiiiiiiiiiiiiiii memang aku nie staf yang pemalas lah

ari nie nak berciter pasal losyen

korang mesti suka pakai losyen kan 
kan..kan
*aku ada tepek tak entry tntg losyen b4 nie...adeh dah lupa lah*
penipu ..pembohong kalo kata
tak penah pakai losyen
meh aku lumur mulot korang
hahahaha gurau je :)
nak-nak...korang yang keja dalam aircond
huisssshhhh kulit kering ok
aku dh lama x keja dalam aircond
duk sekolah nie paham jelah
mana de aircond
ahakssss
padan muka
rasa nk pakai tshirt n tracksuit je gi sekolah tau
panas
:(


aku nie de giler sikit
dapat gaji....
berlesup gi watson ...guardian ke
semata-mata nk beli losyen
hahahahha padahal tak penting mana pun
kat almari solek menimbun lagi
tamak tak leh nk kata..beli gak losyen lain walaupun tak tau nk wat ape sbnrnya

moh-moh...
tengok koleksi losyen aku
nk berlambak sangat
(*nanti de masa..aku edit balik entry nie...aku wat photoshoot ngan losyen-losyen tue semua...org lain photoshoot dgn pakwe../ suami ke/ family ke..aku ...hahaha..mmg sah sengal*)   

*hye nama saya ROSKEN....kahkahkah*










sy baru je menginap atas meja solek cik montel nie ..isnin lepas...






*sy nie dah lama ngan cik montel...dia nie gedik betul la..jap guna sy jap x...bila dia nk campak sy dalam tong sampah*

*sy ibarat anak emas cik montel....paling laris ...dia mmg guna sy lepas dia mandi*



*ahahah cik montel sayang nk guna saya ..baru sikit dia pakai....kawan cik montel..si AZIRA yang bg dia..time cik montel nak benti keja....*

*ooohhhhhhh makk kau ..seksinya..hahahah*





hahahaha 
tue yang aku ingat lah
de lagi
tp aku dh lupa jenama ape
hahahaha de yang aku dah post kan kat almari pakaian
kat umah mak aku
nk guna kat sana
tak yahlah aku bawak ke hulu hilir losyen nie
kahkahkahkah

memang pembaziran sedang menguasai minda aku
shhooohhhhhhhhh tolonggg lah :(

*korang semua jangan jadi macam aku ya....pakai sampai abis baru beli yang lain tau*

2 October 2013

Persoalan Tentang Perkahwinan

Salam semua 
(@________@)

best jugak jalan-jalan kat blog nie
lagi-lagi tentang kawin
banyak sangat ilmu yang penulis blog tue kongsi 
tuk tatapan kita semua
semoga allah memberikan keberkatan hidup pada penulis blog tersebut
kerana berkongsi ilmu dengan kita

nape skang 
aku rajin explore tentang kawin
sebabnya aku nk dapatkan kepastian 
ya betul kawin itu indah
ya mgkin atau sebaliknya..derita 
hanya allah yang mengetahui perjalanan dan takdir hidup semua hambanya

PERSOALAN TENTANG PERKAHWINAN

*ahaks kalo nk kawin nanti leh wat pre wedding mcm nie lah*

*ini bukan hasil idea aku
aku hanya berkongsi ..dan copy paste sahaja*


"Percayakah kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah?
Secara lisan mungkin kita akan berkata “percaya”, tetapi sememangnya perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya. Jadi, boleh dikatakan sebenarnya anda belum betul – betul yakin akan pernyataan diatas.
Antara persoalan tentang perkahwinan adalah :
  • Belum habis pengajian
  • Secara kewangan masih belum mampu.
  • Masih ingin  menikmati masa muda.
  • Belum mendapat restu dari orang tua (mungkin ibubapa merasa tidak sesuai dengan calon pasangan anda).
  • Takut kepada lawan jenis.
  • Belum berani bertanggungjawab terhadap perkahwinan.
dan  sebagainya…
.

Kerana perkahwinan, kita akan kehilangan :

  • Waktu untuk berkumpul dengan rakan – rakan
  • Waktu untuk menjalankan hobi. Malah  anda hampir akan kehilangan hobi lama
  • Hak peribadi, misalnya merokok, bergosip, dan sebagainya – yang kebanyakan sebenarnya adalah hawa nafsu
.

Semua alasan di atas adalah alasan yang sebenarnya timbul dari dalam hati kita

Perkahwinan, perkahwinan dan perkahwinan
Hati adalah sesuatu yang sangat mengikut pengaruh, baik dari dalam diri kita sendiri mahupun dari luar. Apabila dapat mempengaruhi hati dengan agama, dengan berzikir kepadaNya, menyebut namaNya, itu jauh lebih baik. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya, redha Allah SWT jauh lebih baik daripada dunia seisinya.
Kita belum menamatkan pengajian di universiti, belum menjadi seorang graduan. Seringkali perkara ini dihubungkan dengan tradisi orang-orang tua kita, jika mahu berkahwin harus “menjadi orang” dahulu, iaitu Belajar –» kerja –» Kahwin.
Malah ada juga yang menetapkan ketentuan seperti mempunyai harta yang cukup ( mempunyai kereta sekurang – kurangnya sebagai contoh ) dan perkara seumpama ini telah menjadi wajib dalam masyarakat kita
Padahal sebenarnya belajar itu merupakan satu proses seumur hidup, bermula dari dalam rahim sehngga kita mati. Tiada salahnya berkahwin ketika masih di universiti. Kesannya mungkin hanya masalah pembahagian waktu. Aturlah waktu agar dapat bekerja separuh waktu. Waktu menghadiri kuliah atau membuat assignment, fokuskan tenaga dan fikiran kita. Begitu juga ketika bekerja separuh waktu.
Kuncinya, mengatur masa dan mengatur fokus
.

Bagaimana apabila kita merasakan secara kewangan masih belum mampu?

QS 24. An Nur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Ayat ini adalah motivasi utama untuk yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Kita akan menjadi super yakin apabila kita sudah berkahwin dan menjalaninya. Tetapi kita harus  sabar dan tawakkal kepada Allah serta tetap berusaha. Walaupun disaat kita benar-benar kehabisan wang. Jangan menjalankan maksiat dan pekerjaan yang haram hanya kerana tiada wang.
Apabila kita sedang mengikuti suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka waktu yang tertentu, tetaplah mengikuti program tersebut dan jagalah keinginan kita untuk berkahwin. Untuk lebih yakin lagi, jelaskan kepada ibubapa  dan calon mertua. Berjanjilah untuk segera berkahwin setelah jangka waktu tersebut dilepasi dan sekaligus minta restu mereka.
.

Belum bertemu yang sesuai?

Itu bergantung kepada kriteria anda. Tidak perlu berlebihan dalam hal ini. Yang paling asas adalah pasangan yang kita inginkan tidak perlu seperti kita. Dan lihatlah diri kita sendiri. Kalau kita “begini” kemungkinan kita akan mendapatkan pasangan yang “begini” pula. Jika kita seorang yang selekeh,  jangan mengharapkan pasangan yang kcak atau cantik.
Kalau kita cuma berlulusan SPM, jangan terlalu berharap dapat yang lulusan Ijazah.Kuncinya, batasi kriteria kita hanya dengan  apa yang ada di Al Qur’an dan sunnah Nabi. Semakin cerewet kita, semakin sukar kita akan bertemu pasangan yang sesuai. Dan selalulah meminta petunjukNya.
Jodoh itu termasuk ketentuan Allah yang kita sendiri tidak tahu, tetapi Insya Allah kita pasti akan mendapatkannya.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS 30. Ar Ruum ayat 21).
.

Ibu Bapa yang tidak bersetuju

Sebaiknya kita lihat dulu, apa masalahnya. Mungkin ibubapa kurang berkenan, contohnya kerana berambut botak, berkelakuan buruk, mempunyai pekerjaan haram atau suka membuat perkara maksiat. Untuk kes ini, ajaklah pasangan kita untuk memperbaiki diri terutama yang berhubung  dengan akhlak dan bersabarlah. Selalukan mempertemukan pasangan kita dengan ibubapa. Ada pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Biasanya ini hanya masalah waktu. Berprasangka baiklah kepada Allah dan ibubapa.
Tetapi apabila ibu bapa tidak setuju kerana alasan yang “pelik – pelik”, misalnya kerana harta atau keturunan, Jelas secara perlahan – lahan dengan bahasa yang sopan kepada ibubapa bahawa perkara itu tidak penting. Apabila ibubapa masih berkeras juga dan kita sudah tetap dengan pilihan kita, mahu terus atau mahu mematuhi ibubapa?
Sebenarnya, dari satu sudut, restu orang tua (terutama ibu) itu penting, tetapi kewajipan kita untuk taat kepada ibubapa hanya apabila sesuatu perkara itu benar di mata Allah dan tetaplah berbuat baik kepada ibubapa.
Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). (QS 6. Al An’aam 151)
 Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS 17. Al Israa’ 23)
Kemudian, tentang hobi, kesenangan, dan sebagainya yang berhubungan dengan hawa nafsu. Percayalah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik kerana dengan menikah bererti kita mematuhi perintah Allah dan sunnah Nabi. Allah akan senang kepada hamba-Nya yang mahu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya.
.

Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :

  • Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi  itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita
  • Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.
  • Nafsu duniawi kita lebih terkawal
  • Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.
.
Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan.  Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu  hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik).
Allah Ya Rahman..
Allah Ya Rahim.."



1 October 2013

Mandi Jenazah

tanggal 29 Januari 2013
merupakan hari yang amat sedih bagi kami sekeluarga
coz kehilangan nenek saudara tersayang
"NEK ALANG''

arwah nek sedara aku mengalami kanser usus....
kesian sangat
dia tak ada anak
ada anak tiri pun 
satu tak leh pakai
tak gunaaaaaaaaaa
nak tak nak mak ayah aku ambik dia bawak balik umah kami
jaga dia sampai ke akhir hayat

tabik pada mak aku
sebab baik yang amat
jaga nek sedara aku yang sakit teruk nie
tanpa berkira

kali ke2 aku saksikan orang tengah nazak
ya allah aku terbayang bahawa satu hari nanti aku pun akan melaluinya
takut yang amat
kita tak tau apa yang org nazak sedang lalui

*pusat sumber gugel semalaysia...huhu*


1st time jugak dalam hidup aku...aku tolong bilal perempuan mandikan jenazah
ramai yang datang tengok je
tak ada yang sudi nk tolong
dengan rasa penuh tanggungjawab 
untuk kali terakhir
aku serah diri
tolong mandikan jenazah
ustazah tue ajar aku berdepan dengan jenazah
cara-cara nak mandikan
alhamdulilah segala urusan memandikan dipermudahkan olehNYA 
terima kasih ya allah

uuurmmm mmg betul kata orang
kalo tak kuat semangat jangan mandikan jenazah org meninggal
uuuurmmm....aku kena ganggu .....tak tau lah nape aku jadi lemah
aku sanggup ambik kain tutup jenazah tue..ciummm bau ...
yang penting aku dapat bau kapur barus....+ mayat :( 
ya allah...aku time tue mcm dah x kenal diri aku dh
aku jadi pendiam
 malam tue aku kena ganggu teruk yang amat sangat
aku tak leh lelapkan mata
bila aku lelapkan mata
aku dengar orang hembus nafas kat tinga nie
rasa nk menangis pun ada
*nasib bek aku bukan pakar forensik ...kalo x...kahkahkahkah mesti aku berhadapan dengan perkara yg lebih dasat lagi.....baru sekali terkena ..aku dah tak tentu arah*
aku jadi resah....aku rasa gian sangat.....nk cari mana kain tutup mayat tue...plzzzzz
aku nk ciummmm ..asal dapat bau je ....mcm-mcm suara berbisik...seminggu jugak aku lawan perasaan sendiri ....aku mengaji ...solat....minta kekuatan dari allah
alhamdullilah .......aku berjaya harungi semua tue 

^^_______^^
korang kalo tak kuat semangat
jangan lah nk gatai-gatai 
mandikan jenazah
bukan melarang'
tp terpulang pada mental korang 

 

Janin Jadi Makanan Jin

panas sangat ari nie kan
ahahha 
dah masuk bulan 1/10/2013
sekejapnya masa berlalu
terlalu cepat 

^^_____________^^
petang-petang nie 
otak beku
tak leh nk wat kije
ahaksss


so ape lagi
jommm kita berbelog

kali nie nk citer seram plak
ngeeeeeeee
yang takut tue 
jangan baca
kang ada pengsan plak
yang peknen pun sama gak

citer seram nie diberi tajuk

JANIN JADI MAKANAN JIN

*maaf ...sy ambik dr pusat gugel je..jangan ada plak yang salah sangka..nie janin sy ..hahahhaa sy lum bernikah lagi*

bermula lah sebuah kisah seram

:: (@___@)::

Kehidupan seorang cahaya mata memang ditunggu oleh pasangan Ahmad dan Mariam sejak lima tahun lalu.Bukan merancang tapi mungkin belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata sungguhpun sudah lama mendirikan rumahtangga.

Namun,baru-baru ini berkat menjalani rawatan daripada doktor pakar,Mariam akhirnya disahkan hamil dan berita gembira itu disampaikan kepada keluarga Ahmad yang sememangnya menantikan khabar gembira itu sejak awal mereka berkahwin lagi.

Semenjak perkhabaran itu,layanan keluarga mentua terhadap diri Mariam terus berubah. Kalau dulu dia dipandang sebelah mata,kini Mariam dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Semua permintaannya akan cuba dipenuhi.

Mariam faham semuanyanya berubah kerana dirinya hamil.Suaminya anak lelaki sulung dan sudah tentu menjadi harapan keluarga Ahmad untuk melihat bakanya berkembang.

Namun,di sebalik kegembiraan keluarga Ahmad untuk menimang cucu,Mariam dapat melihat perubahan yang berlaku pada dirinya tidak disukai oleh Mak Limah,ibu saudara suaminya.Keadaan tersebut mungkin kena mengena dengan hasrat Mak Limah yang pernah berhasrat untuk menjodohkan anak perempuannya dengan Ahmad.Namun hajat itu tidak kesampaian kerana Ahmad memilih Mariam menjadi pasangan hidupnya.

Berita kehamilan menyebabkan harapan untuk mengeratkan kembali hubunan anak Mak Limah dengan Ahmad hancur.Fikir Mariam mungkin atas sebab inilah Mak Limah kelihatan tidak senang dengan dirinya yang hamil.Selain dapat mengesan kelainan sikap Mak Limat setelah dirinya hamil,Mariam juga hairan mengapa sikap suaminya yang kerap berpesan agar menjauhkan diri daripada Mak Limah.Ahmad berkali-kali mengingatkan dirinya supaya jangan sesekali membiarkan Mak Limah memegang perutnya.

Entah atas sebab apa,Ahmad sendiri tidak mengetahui. Tapi sememangnya agak sukar buat Mariam untuk menjauhkan diri daripada wanita yang berusia 60 an ini.Kebelakangan ini Mak Limah sering bertandang ke rumahnya.Kain jualan yang dibawa adalah modal untk Mak Limah singgah ke rumah Mariam.Walaupun tidak pernah sesekalipun terpedaya dengan pujukan Mak Limah untuk membeli kain, namun boleh dikatakan hampir hari-hari wanita itu akan singgah dirumahnya.

Selain dari ingin menjual kain yang dibawa,Mak Limah juga beria-ia ingin mengusap perut Mariam yang sudah membuncit.Tapi tak pernah sekalipun dia membenarkan Mak Limah menyentuh perutnya.Dia cukp ingat akan pesan suaminya meskipun dia sendiri tidak tahu mengapa Ahmad meminta dia melakukanya.

Setelah saban hari bertanya mengapa sebabnya,akhirnya Ahmad membongkar cerita,Kata suami Mak Limah,wanita tua itu sebenarnya mengamalkan ilmu hitam dan wanita hamil adalah sasaran untuk menambahkan  kekuatan ilmu. Apabila bertemu dengan wanita hamil dia sedaya upaya akan mengusap perut si mangsa.

Pada masa yang sama dia akan membaca mantera dan kesannya akan dilihat keesokan harinya.Janin yang dikandung akan hilang begitu sahaja dan menurut Ahmad perkara tersebut berlaku pada saudaranya sendiri.

Zainab yang mengandng 4 bulan kehilangan janinnya secara tiba-tiba sehari selepas Mak Limah mengusap perutnya.Sungguhpun ada yang mengatakan ianya adalah perbuatan orang bunian namun kalangan keluarga percaya ia berpunca dari Mak Limah.

Amalan ilmu hitam oleh Mak Limah ini diakui oleh kebanyakkan warga tua penduduk kampung.Menurut mereka,janin yang diambil dari perut wanita hamil itu dijadikan makanan jin yang mendampingi diri Mak Limah selama ini.Tanpa makanan tersebut,ia mungkin mengamuk dan Mak Limah sendiri akan menerima akibatnya.Ilmu tersebut akan membolehkan Mak Limah mendapat apa sahaja yang dihajati dalam hidup.Biarpun sudah banyak kali dinasihati oleh rakan-rakan sekampung yang sebaya Mak Limah namun wanita tua itu tetap tidak mahu membuang ilmunya yang diamalkan hingga saat ini.

Tindakan tidak boleh diambil terhadap Mak Limah kerana kekurangan bukti.Mendengar cerita Ahmad,Mariam terdiam.Tahulah dia mengapa,saban hari Mak Limah mahu mengusap perutnya.Sejak dari hari itu,Mariam sentiasa berhati-hati,dia tidak berani lagi duduk sendirian dirumah bimbang akan dihampiri oleh Mak Limah.Mariam akan segera bertandang ke rumah mertuanya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya setiap kali ternampak kelibat Mak Limah dari jauh.Mariam tidak mahu bayi yang memang ditunggu-tunggu kehadirannya selama ini akan lenyap begitu saja.

*adoiiiiiiiiiiiiiii lenguhnya tangan nak menaip ....hehehe tak ape...nie semua tuk silent reader tersayang*
BACALAH YA ......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...