Ari nie ari mengulau sedunia
keja dah siap
so ape lagi
tepek entry lah
antara novel seram dengan novel cinta
korang suka baca yang mana
mesti novel cinta cintun kan kan...
yang endingnya happpy je
hahahha
tp kalo aku
aku suka cari novel seram
siap membayangkan dpt tgk
benda halus
(hampeh je...sekali hijab mata aku terbuka....pengsan aku :( )
MATA TAK BERHIJAB 1
aku dah baca...
seram
penulis citerkan pengalaman dia
tengok 'benda-benda' tue
Bab 1 : Persoalan
penulis cerita sedikit sebanyak tentang kisah hidupnya dan tentang kelebihannya. Ramai yang tidak percaya.
Bab 2 : Mulanya Di Mana ?
Penulis cuba mengingati dan memberitahu
pembaca bilakah kali pertama beliau boleh melihat apa yang orang lain
tidak boleh lihat. Ingatan penulis menjurus kepada umur beliau sekitar
enam-tujuh tahun dengan penampakan seekor harimau di bawah sebuah rumah
Pak We yang mengadakan majlis perkahwinan.
Bab 3 : Histeria
Penulis berpindah ke sebuah sekolah yang
menurut orang sekolah itu dibina atas landasan kapal terbang semasa
zaman pemerintahan Jepun dahulu. Satu hari sekolah itu menghadapi
histeria di mana permulaannya penulis dinampakkan dengan Devi, rakan
sekelas beliau yang amat serabut dan seperti tidak terurus, tetapi
sebenarnya bukan Devi. Akhirnya sekolah tersebut mengadakan pelbagai
aktiviti supaya kejadian histeria itu tidak berulang dan bagi "menutup
cerita".
Bab 4 : Mistik Ledang
Penulis menceritakan tentang ekspidisi
beliau dan beberapa rakannya ke Gunung Ledang. Penulis telah berjumpa
dengan kumpulan negara jiran yang turut mengadakan aktiviti mendaki ini.
Dipendekkan cerita, kumpulan negara jiran ini telah melakukan sesuatu
yang tidak bertamadunn bagi "makhluk ghaib" di Gunung Ledang tu walaupun
telah di nasihati oleh penulis. Tapi kebongkakkan lelaki Tionghua dari
negera jiran ini menyebabkan "hulubalang" dari "alam ghaib" ni marah dan
menghukum lelaki Tionghua ini.
Bab 5 : Siapakah Pak Cik itu ?
Penulis menceritakan tentang perjalan
beliau semasa terpilih untuk mewakili sekolah menhghadiri himpunan para
pelajar Melayu. Pak Cik yang dimaksudkan adalah seorang Pak Cik yang
berkopiah putih dan bermata redup.
Bab 6 : Salam Perkenalan Di Minggu Orientasi
Penulis mula belajar di sebuah institusi
pengajian tinggi di Shah Alam. Di minggu orientasi, penulis telah
mendapat "salam perkenalan" daripada wanita berkulit putih dan berambut
panjang di bilik air sewaktu hendak mandi di satu subuh Jumaat.
Bab 7 : Pintu Dicakar
Penulis mengikuti perkhemahan PALAPES.
Cerita ini bertumpu pada hari terakhir perkhemahan. Penulis dan rakannya
Asrul telah diganggu. Pintu bilik sperti dihempas kuat. Keadaan
tiba-tiba senyap dan yang tinggal hanya bau hanyir darah dan najis yang
meloyakan.
Bab 8 : Perempuan Berambut Panjang
Penulis mengikuti perkhemahan selama dua
minggu sebelum bercuti di kampung. Malam kedua, penulis dikunjungi anak
kucing. Tiba-tiba tingkap bilik penulis berbunyi dan anak kucing
berbunyi aneh. Kelihatan samar-samar penulis terlihat seorang perempuan
berambut panjang dan bau bangkai mula menguasai bilik.
Bab 9 : Saka Harimau
Penulis menceritakan tentang Budin,
rakannya yang mempunyai saka harimau. Budin pernah mendemonstrasikan
gaya sakanya dan berubah seakan harimau didepan penulis.
Bab 10 : Kembar Doktor Di Hospital
Malang tidak berbau, penulis telah
ditimpa kemalangan di semester 3. Penulis telah didatangi dan dirawat
oleh doktor Ridzuan Hashim sebenar dan bukan sebenar. Penulis hanya
menyedari ada dua doktor yang berbeza tetapi menggunakan wajah yang sama
apabila terihat doktor Ridzuan yang satu lagi sedang mengintai dari
tirai mudah alih.
Bab 11 : Bilik Fotografi
Penulis meminati subjek ini. Penulis
menceritakan tentang pengalaman beliau yang berada di makmal fotografi
dimana terdapat "makhluk" yang gemar menyamar menjadi penuntut.
Bab 12 : Muka Di Tingkap
Penulis terkunci didalam sebuah bilik
assignment lama semasa ingin mengambil kertas untuk dibuat origami kapal
terbang. Beliau menceritakan tentang pengalaman beliau semasa terkunci
dan belaiu terlihat seorang lelaki sedang merenung tajam dari tingkap.
Bab 13 : Sedetik Di Alam Bunian
Penulis berkongdi pengalaman semasa
termasuk ke perkampungan bunian atau orang halus beberapa bulan
selepas mendaki Gunung Tahan. [bab ini adalah salah satu bab yang paling
saya minati (^_^)]
Bab 14 : Diancam & Dibantu Bunian Pengalaman penulis di semester akhiryanbg mengikuti bengkel kemantapan pelajar di ITM kini dikenali UiTM di cawangan Perlis. Penulis menceritakan pengalaman di hari terakhir bengkel iaitu aktiviti masuk hutan. Semasa jalan di hutan semakin tidak jelas untuk menuju ke check point seterusnya penulis dibantu seorang pemuda untuk meneruskan perjalan ke check point yang perlu di tuju. [ini pun salah satu bab yang saya mamat minat (^_^) ]
Bab 15 : Toyolkah Itu ? Penulis menceritakan pengalaman semasa hendak membersihkan diri yang kelihatan ada makhluk seperti toyol. Penulis mengatakan bahawa yang jelas di minda beliau ialah kepalanya botak, telinga tajam, kulitnya hijau kehitaman dan bermata bulat dan merah.
Bab 16 : Wanita Rambut Sebelah Semester terakhir penulis. Penulis tidak diberi kemudahan asrama dan terpaksa menyewa di luar kampus. Penulis menceritakan pengalaman diganggu penghuni "asli" di rumah sewa yang beliau huni. Auntie rumah sewa ini ada mengadakan Yasin dan tahlil. Namun semasa penulis melalui rumah ini, beliau masih terlihat seorang yang berdiri di koridor rumah itu.
Bab 17 : Rumah Sewa RM50 [Penulis blog>Cerita ini bagi saya agak popular sejak saya di asasi di mana ramai kawan-kawan saya suruh saya membaca tentang rumah sewa RM50 yang terletak dekat dengan KFC dan UiTM Shah Alam] Penulis Mata Tak Berhijab turut berkongsi cerita tentang rumah ini. Beliau dan seorang rakannya, Shah yang juga mempunyai kebolehan seperti beliau telah pergi ke rumah sewa "RM50" ini. Selepas gagal mencari jalan masuk ke rumah sewa ini, penulis dan Shah telah ke rumah sebelah kanan rumah tersebut. Rumah di sebelah kanan kelihatan lebih tidak terurus berbanding rumah "RM50". Penulis menceritakan pengalaman beliau yang disapa gadis cantik dari rumah sebelah kanan ini. Gadis ini juga memberi nombor telefon kepada Shah. Pernah mereka mendail nombor tersebut dan apa yang didengari di talian amat mengejutkan ! Akhirnya penulis menceritakan pengalaman yang mengheret kepada cerita Wak Mazlan yang memberitahu bahawa gadis yang penulis dan Shah lihat dari rumah sebelah kanan itu berkenan dengan Shah. Wak Mazlan mempunyai kelebihan berinteraksi dengan makhluk dari alam lain.

Bab 18 : Pendekar Malam. Penulis menceriatakn pengalaman beliau yang terpilih mengikuti program anak angkat di sebuah perkampungan di Pahang. Maksud pendekar malam pada tajuk bab adalah penulis terlihat ada makhluk lain yang bersilat.
"Kamu buat apa berdiri di tingkap tu, Zul?" tanya Jamal. "Tengok orang bersilat, bang. Dah tengah malam pun ada yang bersilat lagi," jawab saya.
"Tidurlah. Mana ada orang yang bersilat tengah-tengah malam buta ni. Kalau nak tengok orang bersilat, esok malam dia orang main silat di sini," kata Jamal.
Bab 19 : Kemalangan Berdarah
Penulis menceritakan pengalaman beliau semasa berada di kawasan kemalangan bersama Omar, rakannya. Penulis menceritakan lembaga-lembaga yang keluar untuk melahap "hidangan" mereka. Percikan darah di kereta dan kawasan kemalangan memanggil "mereka" untuk keluar seolah-olah berkenduri. Penulis terasa mual serta muntah melihat " Cara mereka memasukkan darah ke dalam mulut memang memualkan. Ada yang mengaut darah dengan tangan merka yang halus masuk ke mulut. Ada juga yang cuma menjilat darah bagaikan seekor kucing sedang meminum air."

MATA TAK BERHIJAB 2
yang nie aku baru nk mula membaca malam td
tak abis pun
dah mcm meremang je bulu roma
huhuhu
*duk pss sorang-sorang pastue tepek plak citer seram...adoiiiiiiiiiiiiiii bertabahlah*
Terbaik... ada ulasan
ReplyDelete