Selamat malam sayang-sayang semua
Setakat nie mcmmane persiapan terakhir raya anda ya
Mesti lum abis memborong lagi
Silakan ^_^
Mcm malas je nak keja sok
Nyesal den abiskan cuti awal-awal lagi :(
Jadi pengajaraaaaaaannn wat ko budak bulat
hahahaha
dah 2 minggu aku duk layan drama
KAMPUNG GIRL nie :)
cuteeeeeee lah pelakon citer nie
citernya pun best
x jiwang gitu
den x suka sgt layan citer jiwang nie
biarrr KOMEDI ROMANTIK
baru syoookkkkkkkkk
*den pun kampung girl jugak tau...kahkahkah* |
bila dh mula nengok
mesti nak tgk sampai abis....
JOM NENGOK MUKA HERO & HEROIN
*NAD ZAINAL & AKIM* |
Comel plak Nad pakai tudung
dengan wajah yang mulus gitu
SINOPSIS
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
TAK SABAR NAK NGK ENDING CITER NIE LAH
LAMA AGI KE NAK ABIS
No comments:
Post a Comment