Followers

12 August 2013

Kehebatan Khasiat Semula Jadi

....Assalammualaikum wbt.....
Selamat malam 
silent reader
Tahniah kerana anda bekerja pada hari ini
(mentang2x aku x keja..cuti agi..hahaha..jgn marah...senyum2x ya)
haaaaaaa....
mlm nie nk post entry tentang 
KHASIAT LEMON 
*best ke mamam lemon nie...seyes tk pernah try pun*


pagi tadi pas bangun tido....
kemas-kemas umah nek aku
then duk lepak kat beranda luar
nampak plak paper BERITA HARIAN
maka membacalah aku 

so nk share lah pada korang semua :)
hehehe

Ok-ok
tak mau mengarut lagi :)

Jom kita tgk kebaikan lemon nie ya sayang-sayang semua ^_^

 
RAWAT KULIT BERJERAWAT
lemon dikatakan mampu merawat kulit berjerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat.Caranya, hanya sapukan jus lemon pada kulit berjerawat dan biarkan semalaman.Boleh dijadikan pupur ...iaitu jus lemon dicampurkan dengan madu sebelum dilumur pada kulit muka.Hasilnya wajah akan kelihatan lebih berseri.


TANGAN DAN KUKU CANTIK
Campurkan 2 sudu makan perahan lemon dengan 1 sudu makan ubat gigi dalam mangkuk lalu gaul sebati.Sapukan campuran td pd kuku tangan dan kaki seketika dan bilas dengan air suam.
Kemdian,sapukan kuku tangan dan kaki dengan losen badan untuk melembapkan kuku.
Hasilnya kuku akan lebih kelihatan cerah dan bersih.



HILANGKAN HITAM BAWAH KETIAK DAN SIKU

Potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang hitam.Cara ini juga sesuai dilakukan pd kulit yang berbelang (haiiisshhh aku dh mcm anak keling skg nie..kulit muka berbelang).

KURANGKAN BERAT BADAN

Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan.Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan(termasuk aku...yang berat dh naik nie...hahahha) ,amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari .


LEMBUTKAN TAPAK KAKI

*ALAHAIII COMELLL JE TAPAK KAKI......HAHAHA*




Banyak berjalan menyebabkan tapak kaki kita menjadi kasar dan kuman melekat di kaki.
Bagi mengatasinya,masukkan 6 gelas air suam ke dalam bekas bersama 3 cawan perahan lemon,satu cawan susu,2 sudu makan serbuk kulit kayu manis.Gaul rata dan rendam kedua belah kaki sambil digosok dengan batu apung selama 15 minit.Setelah itu,bilas dengan air suam dan keringkan.Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali . 


Setakat itu sahaja uollsss 
aku dapat sumber nie 
dari BERITA HARIAN ....12 OGOS 2013
nie buka petua rekaan...
tak percaya 
sila cari suratkhabar nie ya..Berita Harian...

So, kalo berminat ...korang boleh la cuba 

SELAMAT MENCUBA
@________@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...