Followers

29 August 2013

Story Mory Gelak-gelak

tak ada idea sebenarnya 
nak bermukadimah

so apa yg terlintas dlm otak nie
aku post je lah 
supaya penuh lg entry
hahahah 
gilerr tamak aku nie

LUCU


Jangan Minum Susu di Dalam Bas

 Semaun satu hari menaiki bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya namun anaknya menolak.
"Cepat minum, kalau adik tak nak minum mama bagi abang sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.
"Kalau adik tak nak minum mama bagi betul kat abang sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.
Semaun yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan.

Poligami

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."
Jemaah : "Wah, hebat ustazah!"
Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."
Jemaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."
Ustazah : "Yang penting........"
Jemaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"
Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya
Jemaah : @%!^*
 
 

10 perkara yang saya tahu pasal awak


1.awak baca text ni.

2.awak manusia.

3.awak tak dapat sebut huruf 'p' kalau bibir awak tak bersentuh..

4.awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri..

7.awak senyum dan awak tak perasan no.5 takda.

8.awak cek kalau ada  no.5..

9.awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10.awak mahu share text ni supaya kawan-kawan awak kena sekali
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak
awak awak awak awak awak awak 

11. awak memang malas untuk membaca semua perkataan di atas.

12.awak tak perasan saya ada tulis awek.

13.awak terus cari perkataan awek,sebenarnya takde pon.

14.awak sudah terkena! :D

15.awak share la biar kawan-kawan pulak terkena. takkan nak terkena seorang je.. 
 
 

Perempuan Cun

Sekumpulan Mat Rempit ternampak seorang  perempuan cun berdiri di tengah jambatan seperti nak bunuh diri. Dia orang pun parking la motor dia orang kat tepi dan cuba nak menolong.

Leader dia orang menghampiri perempuan cun itu dan bertanya, "Apa yang saudari cuba buat ni?"

"Saya nak bunuh diri", perempuan cun itu berkata.

Leader tak nak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan, jadi dia bertanya, "Saya tak dapat nak menghalang saudari, tapi memandangkan saudari dah nekad, apa kata saudari beri saya satu ciuman selamat tinggal?"

So perempuan cun itu pun bagi la french kiss yang kaw-kaw kat leader tu.

Dah siap cium, leader berkata, " Wow, best giler ciuman tu. Kenapa saudari nak bunuh diri?"

"Mak ayah saya tak suka saya berpakaian seperti perempuan".

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa mangsa mungkin ditolak jatuh dari jambatan itu.

LAMPU SULUH

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.
 
*SELAMAT MEMBACA*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...