Salam
selamat tghari
ari yang mendung
angin sepoi2x bahasa
merupakan salah satu faktor dominan yang akan mengakibatkan aku
zzzzzzzzzzzz
+
laparrrrr
(ekeke ptg nie de majlis sambutan hari raya )
wahh mam ape agaknya
oklah berbalik pd entry aku
SAYA SI PENDERMA ORGAN
Maka termaktub lah
dengan kerelaan hati
aku dh ''berkawan'' dengan pusat transplan negara
yeeeaaaaaaaaa
organ sy bukan milik sy
milik allah
ianya hanya pinjaman sementara sahaja
*erk aku derma semua*
kenapa korang takut nk derma organ
derma lah demi menyelamatkan nyawa lain
*mak aku terkejut bila tgk surat pendaftaran aku sbg penderma organ*
harap sgt if de terjadi smthg pada aku
then mati
biarlah family aku paham niat aku
dan waris aku mengizinkan organ aku diambil demi nyawa orang lain
Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
*dr gugel - dh dapat surat CHENTA dr HKL...kahkahkah* |
Tarikh Keputusan:
23 Dec, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak
oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan),
Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara
meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa
itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan
fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat
Pemberitahuan yang berikut:
1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa Mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.
2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:
Keputusan:
"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah
pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
(1) DERMA DARI YANG HIDUP
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan
(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(2) DERMA DARI YANG MATI
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya
untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang
lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli
warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah
pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah
pinggang yang memerlukannya;
(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan
(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
Derma Organ
Anugerah Kehidupan
Yang Tidak Ternilai
Isu
mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang
sukar untuk diperkatakan.
Apatah lagi untuk mereka yang
kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang
rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha
untuk menyelamatkan nyawa
seseorang pesakit. Keputusan
untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang
disayangi
apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia
membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga si mati.
Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian,
haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma
organ dan tisu semasa hayat kita.
Dengan
mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional,
anda akan membenarkan
organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas
anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan
beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi
lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa
mereka daripada maut.
Kita
sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu
yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah
penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa
ditimbulkan.
Siapakah Yang
Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapa pun,sama
ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ
dan tisu. Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang
dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau
penjaga terlebih dahulu.
Apakah Itu
Pendermaan Organ?
Ia
adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang
untuk transplan selepas dia meninggal dunia.
Transplantasi
(Pemindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami
kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi
dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang
telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan
penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan
sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ
dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (heper),
paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata,
tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan
dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
Bilakah Organ dan Tisu Si Penderma Itu Diperoleh?
Proses
perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya
akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor
dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan
tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda Adalah Seorang Penderma?
Tidak! doktor-doktor
yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua
tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda.
Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan
waris anda hanya selapas kematian telah disahkan
Adakah Terdapat Bantahan Daripada Sudut Agama?
Tiada! kebanyakan agama
di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh
mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
Bagaimana Organ Pendermaan Itu Dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama. Pembedahan
ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang
berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak
akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu
diperolei luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah
si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala
prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat
dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa
Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan
organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk
membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapa pun yang
dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma
organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya
dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.
Adakah Proses Pendermaan Organ Akan Melambatkan Urusan Pengkebumian Jenazah?
Tidak!
urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan
tisu diperoleh daripada tubuh penderma maka jenazah akan dibersih,
dikhafan dan dipulangkan kapada waris penderma secepat mungkin. Proses
perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian
seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Menjadi Seorang Penderma Organ?
Anda
perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah
dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional,
sementara kad penderma anda hendaklah disimpan di dalam dompet dan
dibawa bersama anda pada setiap masa.
Anda Dinasihatkan Untuk Memaklumkan Hasrat Anda Untuk Menjadi Seorang Penderma Organ Dan Tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudah serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
Mati Otak dan Pendermaan Organ
Pemindahan
organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi
melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan
kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma.
Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat
kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.
Apakah yang dikatakan MATI OTAK?
Mati
otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak
yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu
penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi
berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.
*semoga ada insan yg akan menggunakan organ sy bila sy dah kembali kepada yang maha mencipta*
No comments:
Post a Comment