Followers

17 August 2013

Jom Amalkan Teh Hijau


Oleh kerana dah bnyk ari 
tak tepek entry
ari nie merupakan HARI BALAS DENDAM 

x kisah lah silent reader nak kata ape
bnyk sgt entry dia nie 
hahahaha

x mau baca pun x apa
yang sudi baca
Sayang Korang Ketat-Ketat

ntah nape sejak berat badan naik nie
pala dh mula dh fikir tentang TEH HIJAU
penah amalkan tapi tak displin pun
bnyk skip ....
hahaha x menjadi lah jawabnya

*ehhh comellnya .....syg nk guna kalo mcm nie*

 Korang sendiri pun tahu tentang 

KEBAIKAN 
TEH HIJAU 

walaupun pahit 
banyak KHASIATNYA 
ya x....

===>SIAPA YANG MENGAMALKAN PENGAMBILAN TEH HIJAU
Sila Tunjuk Gigi Geraham <===
TEH HIJAU:MINUMAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN


*SUMBER DARIPADA:  kencingmanis1001.blogspot.com*
 
Apakah minuman harian anda? Teh tarik, kopi O, Nescafe, Milo? Semua minuman tersebut bukan minuman untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi minuman yang dicampur dengan susu pekat manis.

Saya nasihatkan agar anda menghindari minuman yang dicampur dengan susu tersebut seperti teh tarik, nescafe susu dan sebagainya kerana susu pekat manis mengandungi lemak tepu yang tinggi daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Lebih selamat order yang ‘O’.

Tahukah anda Penduduk dunia yang paling panjang umur ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di Okinawa, didapati 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi usia 100 tahun. Lebih ajaib amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan  Alzheimer. Apakah rahsia mereka? Jawapannya : Antara minuman asasi mereka di panggil ‘ocha’. Apa ‘bende’ tu? Itulah TEH HIJAU. [ topik penduduk Okinawa akan dibincangkan dalam entri lain nanti]

Oshi Oshukima berumur 101 yang masih mampu berkebun
Kali ini saya ingin berkongsi minuman yang sangat baik bagi kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita terus menikmati kesihatan yang sempurna seterusnya dapat beribadat kepadaNya dengan selesa dan sempurna.

Pernahkah anda mendengar minuman teh hijau? Allah meletakkan banyak khasiat di dalam minuman ini. Minuman ini terkenal dengan ketinggian anti-oksidan yang kiatkan dengan anti-penuaan atau awet muda. Setelah saya mencari dan membuat research melalui internet banyak didapati kebaikan teh hijau dan ia diiktiraf sebagai minuman kesihatan yang terbaik. Antara kebaikan teh hijau ialah :

  1. Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.
2Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.
3.   Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. 
4.   Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
5.  Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
6.   Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus.
7.   Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.  
8.      Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.

Rasanya agak sedikit pahit dan elok tidak dicampurkan dengan gula atau susu untuk keaslian khasiat dan rasanya. Sememangnya dalam kepahitan itulah Allah letakkan rahsia kemujaraban minuman ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...