Followers

11 May 2015

Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri

: : : .....Assalammualaikum wbt..... : : :

^^______^^

Selamat tengahari semua 

ada sesuatu yang hendak dikongsi untuk semua.
selamat membaca 

:::   ::::

- _______________-


HADIAH TERBAIK DARI SUAMI UNTUK ISTERI
     

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..


3. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , “sy nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati sy tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Sy suka cara awak ketawa” “Sy suka cara awk berjalan” dan lain2.


5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni syg!” dan lain2..


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.


7. Hadiah Kejutan :  Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..


8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.


10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..


11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

 tips penting nie
suami kita kalo baca
sila baca dengan setulus hati okey 
^^_________^^





17 April 2015

Luahan Hati Isteri

perasaan seorang isteri bila berjauhan dengan suami
aku hanya mampu kuatkan semangat je 'hakikatnya aku x setabah mana'
sesape yg pjj akan paham perasaan nie
sampai satu saat ....ko akan rs terlalu rindu pada suami
rs nk peluk dia....rs nk bermanja ...tp itu bukan realitinya 





"Semalam kau datang kepadaku, kisahkan dirimu
Kau kan pergi jauh tinggalkanku dan semua mimpiku
Sadarkah dirimu ku tak sanggup tanpamu

Akan ku lakukan apa yang kau mau
Akan ku berikan seluruh hidupku
Asal jangan kau pergi tinggalkanku
Ku mohon padamu

Sadarkah dirimu kau langit bumiku
Bukalah matamu kau semua bagiku
Tolong jangan kau pergi tinggalkan aku
Ku mohon padamu

Jangan kau tanyakan kepadaku ikhlaskah diriku
Tanyakanlah aku kuatkah aku tuk hidup tanpamu
Tanpa belaianmu, tanpa kasih dan sayang darimu

Akan ku lakukan apa yang kau mau
Akan ku berikan seluruh hidupku
Asal jangan kau pergi tinggalkanku
Ku mohon padamu

Sadarkah dirimu kau langit bumiku
Bukalah matamu kau semua bagiku
Tolong jangan kau pergi tinggalkan aku
Ku mohon padamu"
 

Majlis Bertandang (Batu Pahat)

Assalammuaalaikum wbt ......
Salam jumaat yang penuh diberkati 
Semoga anda semua berada dibawah lindungannya 

Masa berlalu begitu pantas 
alhamdulilah genap 4.4.2015 kami diraikan dalam majlis bertandang di pihak lelaki
terima kasih sekali lagi pada ibu bapa mertua tersayang kerana menerima diri ini sebagai menantu 

okey kali nie....giliran suami plak untuk pilih warna pilihan dia
kihkihkih akhirnya dia ambik warna pinkish+purple
sebab kt mlk ari tue dah x jadi pakai purple kan..kan...
isteri awak....kan suka tkr plan last minute
sudahnya bila ngk semula...aku rasa...tema kawin aku semua kaler biru...hahahah lebih kurang je...arghhhhh rs nk kawwwinnnn lg...nk pki itu ini...ekek

kali nie kami bersanding tetap berempat lg ....kihkihkih bersanding sekali dgn sepupu suami 
alhamdulilah majlis sana pun meriah jgk.....cuaca pun baik 
yang syoknya gi outdoor dlm suasana sepoi2x bahasa tepi sawah...
alaaaaa rs x nk balik je..nk duk kt pondok situ....romantik betul suasana masa tue...

seyes cantekkkk sagil,ayer hitam ....
nanti kita gi lagi ya 
eh mcm filem nustan....nasib abang photograper x suh guling2x ...


family suami ...alaa hana dan adelia x de plak...



*pengatin lama...maaf x sama naik pelamin...kahkahkahkah

kawan husband time dia blaja dulu.....kihkihkih kawan kita x de okey

*rormbongan dari melaka, aku rs gemukkk sungguh..seyes badan aku naik lagi

*nielah pengatin nya...hahahah pengatin pmpn gebu bangat kan...hahahaha



takot eh isteri lari...kihkihkih siap pegang kain kita














Terima kasih tak terhingga pada semua yang membantu majlis kami
hanya allah sahaja yang mampu membalas jasa anda 

*disebalik majlis nie.....aku rs sedih sangat....aku dh kehilangan anak kami berdua....3 hari berturut2x aku bleeding.....aku pun sbnrnya x tau aku nie sbnrnya tgh pregnant....mgkin itu hanya penyebab ...aku masih ingat lagi....1 april....aku minum pepsi...malam tu perut aku bisa..bisa sangat...tp aku anggap mcm biasa je...waktu pagi ...aku terasa darah kuar...aku pun rileks je..mybe period kot...tak aku sedap hati sbnrnya..aku bgtau suami ...suami call suh wat prgncy test.....hurmm sampai sek aku buat.....ya allah menangis aku....masa nie...ada 2 line tp aku teringat aku bleeding...bnyk jgk ....menangis2x aku call suami aku ....aku terus terang bgtau dia.."abang,..umi dh minum pepsi...darah kuar..umi x tau ...kalo umi tau..umi x minum".....mmg seharian aku x leh wat keja...menangis sambil usap perut....ya allah....terasa cuainya aku....malam gi klinik....dktr kata masih terlalu baru lg..dia pun x berani nk bg ubat tahan darah....dktr kata 50-50 ....hurmmm kecewa lah hati nie...aku pun putus harapan...reda ..dktr suh cek lg mggu seterusnya...bila aku cek..dah xde lg dah....yakin sgt..darah yg kuar tue adalah penghujungnya zuriat kami,sbrnnya ini kali ke 2 aku x berpeluang ...masa bulan 1 pun ..aku mcm mabuk2x....pening..muntah...wat prgncy test..sama gak..2 line..tp kabur2x 1 line tue...aku x lah syak aku prgnt....aku gi jb....pg tu aku kuar darah lagi*
mgkin ini bukan rezeki kami....allah belum bg lagi sepenuhnya tuk kami..dan utk kali ke 3 aku berharap aku akan jaga diri 
*maafkan umi,abang....umi cuai*
"ibu,minta maaf sayang ....ibu x jaga awak dalam perut nie.....ibu cuai,sayang"

20 March 2015

Bunga Citra Lestari - Cinta Sejati (OST. Habibie & Ainun) | Official Video




"Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati

Saat aku tak lagi di sisimu
Ku tunggu kau di keabadian

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamu
Terima kasih pada maha cinta menyatukan kita


15 March 2015

Menu Simple + Sihat

^___^
Hari nie..mood masak sgt malas
fikir punya fikir
oklah masak menu campak2x je
hehe 

Tumis Air Bayam+Cendawan+Sawi
*sebabkan bayam takde ...adik aku nie plak bijak nau..dia gi beli sawi jepun...hurmm malas nk bising..aku masukkan je...hahaha nasib leh makan tau*


Bahan-bahan:
Sedikit belacan
Udang Kering
Bawang putih,bawang merah
Cendawan
Sawi Jepun
Bayam
Cili Merah
Kiub Pati Ikan Bilis

Cara-cara:
Tumbuk kasar udang kering dan belacan
Potong bawang merah dan putih
*satukan dan ramas2x...campur air ya*
Tumis sampai naik bau
Kemudian masukkan air 
Biar sampai mendidih
Lepas tue masukkan lah sayur-sayur tersebut
Masak jangan terlalu layu 


Sambal Belacan



Bahan-bahan:
belacan yang telah dibakar
Cili Merah
Cili Padi
Bawang merah 
Limau 
Garam
*nk kurang pedas masukkan gula sedikit*
*kisar semua sekali..nak tumbuk pun boleh*


^^____________^^
Makan dengan nasi yang panas
hurmmm silap2x boleh tambah lagi

13 March 2015

Stress Kerja dan Badan

Lesu selalu berada dalam keadaan stress tidak baik untuk diri. Kebisingan hidup di kotaraya dengan kenderaan lalu lalang dan setiap hari asik menghadap meja kerja setiap hari sangat-sangat akan membuatkan kita berasa bosan dengan kerja. Cuba ubah hidup anda, jangan hanya mengganggap dunia anda kerja, balik rumah dan kerja semula. Ambillah masa hujung minggu untuk membuat aktiviti riadah, ataupun menyejukkan mata sebentar dengan melihat alam semulajadi.

Ketenangan...suatu nikmat yang tidak ternilai. Andai melihat kepada alam semulajadi yang indah dan mendamaikan... pasti dengan jelas kelihatan ketenangan. Begitulah juga dengan kita... Riak wajah di muka jelas sekali dapat di teka hati dan minda di dalam dalam keadaan tenang atau pun tidak.
Keindahan Alam dan KuasaNya Keindahan alam semulajadi yang sungguh mengagumkan, anugerah Allah SWT untuk kita nikmati. Hati dan minda yang gelora dan kecewa akan tenang dengan menikmati ketenangan alam semulajadi yang indah ini. Wajah yang berkerut dan muram mampu bertukar menjadi ceria dan segar. 



Kuasa yang yang sungguh tidak mampu untuk kita tandingi. Hanya dengan melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi boleh mampu memberi ketenangan hati dan minda.

Jangan sesekali merungut dan menyalahkan andai kesengsaraan dan tekanan sering melanda diri. Tiada kehidupan jika tiada ujian dan masalah.

Masalah Itu Nikmat

Masalah mengajar kita untuk mencari punca dan sebab. Masalah menguji kita untuk kenal erti kesabaran dan redha. Masalah menguatkan kita untuk berusaha dan berfikir. Masalah menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman. Masalah mengingatkan kita untuk lebih dekat kepadaNya dan berdoa. Disebalik masalah, hikmah dan nikmat tersedia menanti.

Ketenangan hati dan minda amat penting untuk kita sentiasa mampu berfikir dengan positif dan waras dalam menangani masalah dan ujian yang melanda.

Jangan biarkan masalah dan tekanan sentiasa menghantui hidup anda. Carilah ketenangan. Hanya dengan ketenangan mampu membuatkan anda berfikir lalu membuka jalan penyelesaian.

Nikmati Ketenangan

keindahan alam semulajadiLuangkan sedikit masa anda... Nikmatilah keindahan alam semulajadi. Lapangkan fikiran dan biarkan diri anda menikmatinya.

Ketika anda bersama alam, anda akan terasa betapa kerdilnya diri ini. Betapa besar dan agungnya Maha Pencipta. Tiada yang mampu mengatasinya. Ketika itu anda akan kembali mengingati akan kelemahan diri. Kembali memohon keampunan. Kembali mengingati akan setiap kejadian itu adalah diatas kehendaknya. Kembali untuk memohon pertolongan kepadaNya... hanya pada Dia yang satu, Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...