Followers

16 September 2013

Cinderella 1998


Sape
nk jadi 
Cinderella
cer senyumm...
cer korang gi tempah kasut kaca
hahaha 
kalo kaki aku pakai kasut kaca
retak seribu!!!!!!!!!!!
maklum ler kaki
saiz model eropah
kalo beli kasut mau cari saiz 8 atau 9
depend pd design kasut tue 

(*incik bos kata kecikkan kaki..haiiipppp incik boss nie tarik janggut dia nanti..mana leh kecikkan kaki sy nie*)

korang jangan nk menipu kalo kata tak penah layan citer cinderella
tak kira kartun ke drama ke
huhu


ahaha yang nie CINDERELLA KARTUN

*berangan nk jadi mcm nie tau....kahkahkah koyak gaun cinderella..ibarat dugong tersangkut*

*kasut nikah pakai mcm nie ...ok x*

*incik boss nie..tema kawin kita nanti...CINDERELLA. .hahahha..pas tue kita makan maggi + biskut tongkat ya sayang...wakakaka*  

layan citer kartun nie mmg best

tapi time aku darjah 6 dulu
haiiishh nasib bek time tue dah abis UPSR auwww
petang-petang 
pas balik sek agama
aku duk layan 
CINDERELLA melayu
tapi dalam versi drama ...
uhuhu femesss giler citer tue 
pastu berlakon plak kat oversea
haiisshh dah berangan time tue 
nak blaja kat sana 
then cari pakwe ala-ala AHMAD IDHAM @ Salman 
HALIZA MISBUN @ Nurul
 time tue aissshhh rasa nk cr pakwe mcm ahmad idham
then nk pakai gaun mcm haliza misbun
kahkahkahkah budak-budak lg dh berangan

aku dh tanya abang gugel
tntg sinopsis cinderella melayu nie
alaaaahai susah nk cari la
so aku tepekkan je pic dari adegan-adegan drama nie
ada lah pic yg agak-agak mesra
korang jangan plak cop aku nie kaki lucah hokey!!!!!!!
tampar mukaaaa kang
hehehe

*citer nie bnyk adegan mesra*


  
*Nurul bagitau kat Salman..yang dia dah pregnant anak salman...cian time nie..Salman nak balik msia*    

*haiiippppp lentokknya....hehehe* 


hohoho mmg syokkk layan drama nie
time dulu lah kan
hehe
skg nie aku bukan lg kaki drama
hoh tak mau tertipu lagi..
hahahaha
ayat kecewa betul

muuuahaha jap ya..
aku tepekkan 
OST DRAMA CINDERELLA 1998 TERBITAN TV3 
penyanyi dia nama HASLINDA

TAJUK LAGU : SEHATI SEJIWA


Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk

Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

yang nie aku dpt dr harian metro 

Sekitar 1998, industri drama tempatan pernah mencetuskan fenomena apabila drama bersiri Cinderella lakonan hebat Ahmad Idham dan Haliza Misbun berikutan jalan cerita menarik selain dibarisi ramai pelakon hebat.
Malah lagu tema drama berkenaan berjudul Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda turut menjadi siulan dalam kalangan peminat setia pada waktu itu.
Kini, selepas 15 tahun drama bersiri berkenaan bakal difilemkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd yang mana ia diarahkan Ahmad Idham sendiri. Mengekalkan tajuk yang sama iaitu Cinderella filem ini menampilkan pelakon berbakat Fizo Omar dan Nelydia Senrose sebagai watak utama.

Sehubungan itu, Idham berharap penonton yang pernah menyaksikan drama itu tidak akan lupa de–ngan jalan ceritanya. Drama terbabit turut bertanggungjawab menaikkan nama Idham yang ketika itu sedang berjinak-jinak di dalam bidang lakonan.

Menurut Idham, hatinya terdetik untuk menghasil–kan filem Cinderella sejak dua tahun yang lalu, namun ketika itu dia masih belum menemui pelakon yang sesuai dan layak untuk memegang watak utama sebagai Nurul atau Cinderella.

“Saya mahu penonton mengimbau kembali drama berkenaan. Namun tidak semua jalan ceritanya saya ambil. Yang sama mungkin jiwa, perasaan dan romantiknya saja.

“Mungkin tempoh waktu sekarang terlalu lama dan saya bimbang ada yang terlupa akan drama ini. Namun saya yakin dengan garapan baru, jalan cerita yang lebih segar dan pelakon-pelakon yang bagus akan memperkuatkan lagi filem ini.

“Skrip ini saya buat bersama arwah Meor Shariman yang juga rakan saya. Apabila saya yang garap, saya tahu apa yang saya nak penonton rasa ketika menonton filem Cinderella lakonan Nelydia dan Fizo ini,” katanya.

Hanya mengambil pengawalan jalan cerita dari drama bersiri Cinderella, Idham berkata perkara itu dilakukan kerana mahukan kelainan apatah lagi drama itu sudah terlalu lama bimbang penonton akan muak.

“Dalam filem Cinderel–la ini, yang saya kekalkan daripada drama Cinderella adalah satu metafora yang mana bagi saya, saya me–ngekalkan kewujudan Cinderella Melayu yang diwujudkan dari seorang anak tiri di sebuah kampung apabila ditangkap basah dengan seorang jejaka yang tidak dikenali dan dibawa ke bandar.

“Itu yang saya bawa. Itu metafora yang saya pakai semula di mana Nelydia memegang watak Nurul tinggal bersama ibu tiri–nya. Satu hari dia ditang–kap khalwat bersama Fizo Omar. Cuma bezanya di sini, Nelydia adalah seorang jururawat di pusat kesihatan di kampungnya," katanya.

Bagi Idham, untuk me–ngembalikan nostalgia itu, dia perlu mencari pelakon yang kuat. Justeru dia memilih Nelydia selepas terlihat pelakon berkenaan berjaya membawakan satu watak dalam Setia Hujung Nyawa.

“Saya rasa ketika itu, drama itu menjadi satu fenomena sekejap. Saya kata, inilah Cinderella yang saya cari. Dia tak semestinya seksi. Saya hendak cari seorang yang mempunyai perwatakan ayu, manis, penuh tawa, sedih, manja dan semesti–nya Melayu dan saya melihat perwatakan itu ada pada diri Nelydia dan sesuai dengannya.

“Saya tidak pernah bekerja dengan Fizo dalam mana-mana filem dan keinginan untuk bekerjasama dengannya sudah lama ada. Pada era kini saya lihat Fizo adalah seorang hero yang sesuai.

“Walaupun tidak berapa popular seperti pelakon lain namun saya yakin waktu untuk–nya sudah sampai. Malah saya dapat lihat karakter anak orang kaya yang boleh menjadi seorang ‘playboy’ sesuai dibawakan oleh Fizo,” katanya.

Masih mengekalkan lagu tema Sehati Sejiwa, Idham menampilkan kelainan dengan memberi nafas baru terhadap lagu berkenaan di samping sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan semula lagu itu.

Kata Idham, jika disebut mengenai Cinderella, ia adalah pengorbanan seorang wanita. Suka duka, cabaran dan dugaan yang dihadapi seorang wanita.


Fizo Teruja pegang watak Salman

Walaupun tidak sempat menyaksikan drama bersiri Cinderella sepenuhnya, Fizo Omar yang memegang watak sebagai Salman yakin dengan penampilan segar yang dibawanya.

Ini kerana filem Cinderella hanya mengambil pengawalan cerita drama Cinderella malah Idham yang pernah memegang watak sama banyak membantunya dalam menghayati watak berkenaan.

“Saya gembira apabila ditawarkan watak dalam filem ini apatah lagi memegang watak utama. Apabila saya Tweet di Tweeter milik saya ramai peminat yang memberikan maklum balas positif dan tidak sabar menyaksikan filem ini ditayangkan malah tidak saya nafikan penangan drama Cinderella memang begitu kuat sehingga ke hari ini.

“Filem ini tidak sama seperti drama, hanya awal cerita sehingga babak ditangkap basah dan selepas itu semuanya berubah. Watak saya lebih berat kerana di dalam filem ini saya seorang kaki perempuan dan suka berhibur.

“Paling mencabar pada kemuncak cerita saya disahkan menghidap penyakit HIV dan itu satu tamparan hebat buat saya sebagai Salman di samping cabaran untuk saya lebih menghayati watak sebagai pesakit HIV,” katanya.


Nelydia Gementar DI LOKASI

Pertama kali memegang watak utama di dalam filem adalah cabaran besar buat Nelydia atau mesra dengan panggilan Nely. Baginya perasaan gementar sentiasa ada setiap kali dia melakonkan setiap babak di dalam filem Cinderella.

“Pada awal menerima tawaran ini Nely sangat teruja namun dalam waktu yang sama sering berasa gementar bimbang tidak berjaya melakonkan watak seperti yang diharapkan oleh pengarah.

“Malah ketika di lokasi juga perasaan gementar itu tidak pernah pudar apatah lagi Nely turut bergandingan dengan pelakon yang mempunyai nama-nama besar seperti Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan dan Azizah Mahzan.

“Untuk menghayati watak sebagai Nurul, Nely banyak menonton drama Cinderella di laman YouTube bagi mengambil ‘mood’ sebagai Nurul. Memang agak sukar kerana di dalam watak ini Nely banyak bermain dengan emosi.

“Abang Idham banyak membantu malah dia sendiri mahu Nely membawakan watak Nurul dengan cara sendiri tanpa meniru gaya yang dibawakan oleh Haliza Misbun,” kata–nya.


Sinopsis:

Nurul seorang gadis kampung berusia 22 tahun tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri Nurul melayan Nurul seperti orang gaji. Tiada langsung rasa belas kasihan.

Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu.

Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul.

Salman berusia lewat 20-an adalah anak kepada Datuk Mohktar, seorang tokoh korporat terkemuka. Datuk Mokhtar mempunyai syarikat pembinaan yang mendapat kontrak kerajaan. Salman anak tunggal Datuk Mokhtar yang akan mewarisi syarikat berkenaan.

Salman yang belajar di luar negara dalam bidang perniagaan baru pulang ke Malaysia bagi proses mengambil alih syarikat bapanya kerana Datuk Mokhtar terpaksa bersara awal akibat serangan strok.

Datuk Mohktar dan Salman tinggal bersama-sama Mak Jah, orang gaji mereka. Datuk Mokhtar yang membesarkan Salman selepas kematian ibu Salman sewaktu Salman masih kecil.

Salman juga mempunyai seorang rakan baik, Ray. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu suka berfoya-foya dengan perempuan dahi licin dan ‘ramping’. Suatu malam, Zamil mencabul Nurul. Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu.

Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman. Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung.

Salman dan Nurul diberi dua pilihan sama ada di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung berkenaan. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan kedua.


*rasa nk download semua episod dalam citer nie
then layan semula ...hahaha mana nk cari gaun mcm Haliza Misbun pakai tue???*

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...