kisah
seram lg
nk jugak share dekat entry aku
tau x nape aku suka sangat citer-citer seram
tau x aku ada perasaan cemburu yang amat sgt
terhadap orang yang hijab matanya dibuka
ya allah beruntungnya anda...
huhuhu
dapat melihat suatu kehidupan yang lain tatkala manusia len tak mampu untuk melihatnya
nie serba sedikit
kisah seram yang popular di negara kita
Mari baca cerita dan kisah seram di Lebuhraya Karak. Sekarang ni, semua
sudah maklum bahawa jalan lebuhraya karak memang agak berpuaka dan
pelbagai kematian membabitkan kemalangan maut terjadi di jalan raya
berkenaan. Bukan sahaja kemalangan, malah pelbagai cerita penampakan
makluk halus turut dilaporkan oleh pemandu yang penuh lalu di laluan
berkenaan. Untuk maklumat anda, lebuhraya karak mula dibina pada 1970
dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0
km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan
terkenal iaitu Genting Highland.
Antara Kisah Benar Kejadian Seram Di Karak Highway
Misteri Volkswagen Kuning
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning
yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar
lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di
jalan raya sejak tahun1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih
belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan
dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu
Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang
lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah
seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan
kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa
dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.
Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah
dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar
jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara
tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan
berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku
disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut pengalaman seorang pelajar UIA
(tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh
dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di
lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30.
Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil
langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut
bergerak tanpa pemandu…
Penampakan Pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta
ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup
muka, Azizi pula menenangkannya. Tingkap yang sebelum itu dibiarkan
terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa
ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia
tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap
kita. “Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak
matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan
rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya,
Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang
belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke
belakang menerusi cermin sisi. “Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’
dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus
membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan
dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru
empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka
menyalakan lampu besar. “Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga
tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh
mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang
kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh
Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan
berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya
tersebut memang keras. Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan
cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya
jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan
tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di
situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana
ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Budak Sesat Cari Emak
Pada suatu malam, ada seorang lelaki
yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam.
Selalunya ramai orang memilih untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu
malam kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga bahang
panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci
pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu
penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti memandu dan tidur di
dalam kereta di tepi jalan. Silap besar! Itulah yang berlaku. Mungkin
Uncle Seeker boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan entiti
dan bukti kewujudan hantu di Lebuh Raya Karak.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap,
dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar.
Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang merenungnya tanpa
berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang
kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan
memecut laju dan jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun
terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari
cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan
laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada
kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu
mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan
pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu
itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun
muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak
sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala
Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai
polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan
berlaku di sini. Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di
dalam kereta tersebut tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan
semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah
tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam
kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya
sehingga kini.
Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.
Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu
tidak membesar. Polis itu pun memberitahu, kalau dah namanya hantu,
seratus tahun lagi pun macam itulah rupanya.
Begitulah kisah hantu budak sesat cari
emak di lebuh raya Kuala Lumpur. Ada orang kata semasa kemalangan itu
berlaku, budak itu yang duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai
pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata
budak itu.
*seram ke x nie....huhuhu terpulang nk wat penilaian......kisah sebenar kita pun tak tau*
No comments:
Post a Comment