Followers

4 August 2013

Kesederhanaan (PART 1)

ntah kenapa malam nie 
terasa nak wat entry tentang 
KESEDERHANAAN


Kesederhanaan yang sy maksudkan dlm entry kali nie
lebih kepada bersederhana di majlis bersejarah anda

Maklum lah, dah menjadi kemestian 
pada anak-anak dara zaman nie
BERTUNANG mesti ada PELAMIN...

hohoho

jom kita terjah 
Mini pelamin bertunang



 ADAKAH INI SEMUA SATU KEWAJIPAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG BAKAL MELALUINYA

TANYA SAMA HATI  

Sekiranya anda dan pasangan anda berkemampuan
tidak menjadi masalah 

Tetapi bayangkan pasangan anda .....hanya berkerja dengan gaji yang cukup-cukup makan
dan anda meminta melebihi dari kemampuannya...
dengan majlis seperti ini
huhuhu kesiannnn sebenarnya...
awal pra perkawinan 
terpaksa menanggung bebanan hutang 
itu tak termasuk lagi kos untuk berkawin 

Bila majlis tunang meriah ...
sudah semestinya majlis perkahwinan haruslah grand 
huhu..
sentiasa mengingatkan diri agar saya bersederhana apabila saya melalui detik-detik seperti ini

Sekadar renungan :
Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.
Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber’dating’ dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul, adil serta cantik aturannya.

BERTUNANG
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .
Antara  adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :” Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. “
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

 *sampai setakat nie sahaja ....Insyallah cntnue pada entry yang lain plak yerk
coz dah nk kol 12 mlm nie....nk tidooo..sok keja ..huhuhu*
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...