Followers

27 May 2014

Hikmah Pernikahan


Salam 
selamat tengahari 
agak lama menyepi
macam2x perkara yg harus dilalui
cuma tabah atau x 

tekanan makin hebat
kdg2x rasa putus asa
tp bila aku renungkan kembali
ya betul kata org
ini dugaan nk berkawin
kadang2x kita dengan pasangan kita x de masalah
tp wujud masalah lain plak
bukanlah nk mengaibkan sesape
aku hnya mahu berkongsi rasa
bersabar dan bersabar
insyaallah , kami berniat baik
untuk mendirikan rumahtangga
bantulah kami Ya allah 

aku cuba muhasabah diri
dengan mencari artikel
tentang pernikahan 
apa itu pernikahan
bukan sehari dua nk tgk muka pasangan kita
hingga ke akhir hayat kita bersama 
segala kebaikan dan keburukan kena lah terima
susah senang harungi bersama 

Ini antara 

3 HIKMAH PERNIKAHAN YANG PERLU KITA TAHU

Apabila pasangan itu membuat keputusan untuk bernikah, bermakna mereka sedang dalam proses perjuangan. Perjuangan untuk menjaga iman dan hati serta perjuangan merealisasikan pernikahan.

Perlu diingat, perjuangan itu juga termasuklah menangkis hasutan syaitan sewaktu tempoh sebelum bernikah kerana syaitan amat suka kemaksiatan antara lelaki dan wanita berbanding hubungan yang halal.

Selain dapat menjaga hati dan diri setelah pasangan itu bernikah, pernikahan memberi tambah nilai pada potensi diri dan masyarakat kerana kita adalah hamba & khalifah Allah di muka bumi ini. Bagaimana hikmah dan tambah nilai itu berlaku?

1. Nikah Meningkatkan Potensi Individu
Pernikahan akan membawa kepada ujian dalam kehidupan. Dari situ jika kita menginsafi tujuan dan niat pernikahan, kita akan bersama-sama memperbaiki diri lebih tekun, sabar dan menambah ilmu untuk mengharungi badai rumahtangga.


2. Perkahwinan Meningkatkan Potensi Keluarga
Ada nasihat mengatakan, bernikah jangan hanya fikir sehingga ke hari persandingan tetapi fikir sampai ke susu dan lampin anak-anak. Bermaksud sejauh mana persiapan kita untuk anak-anak yang bakal hadir. 

Generasi muda adalah penentu masa depan masyarakat. Peranan ibu bapa sememangnya memberikan didikan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga mampu membina keluarga yang baik dan diberkati.


3. Perkahwinan Membina Mahligai di Syurga
Manusia seringkali melakukan dosa dan kesilapan, terasa mencapai syurga itu sangat jauh dan sukar. Namun jangan risau dan berputus asa dengan rahmat tuhan kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi kita. 

Banyakkan bersyukur jika perkahwinan itu memberi kebahagiaan pada awalnya dan teruskan berdoa agar ia kekal ke syurga. Sebaliknya jika pernikahan itu membuat kita berduka, usaha mencari jalan memperbaiki kelemahan yang ada. Rawat hati dengan kesabaran dan keimanan yang kukuh. Semoga usaha itu membolehkan kita mendapat pasangan sempurna di syurga.

Bagi yang sudah mampu, bernikahlah dan raikan fitrah yang indah. Niatkan perkahwinan untuk membangunkan ummah yang sentiasa dahagakan ilmu dan redha Allah
.

=,=
Apa yang aku mampu kongsikan
sepanjang lima tahun aku berkawan bercinta  dengan pasangan aku...sangat menyeksakan
sebab kita tiada ikatan yang sah dr agama 
sampailah satu tahap aku rasa ...aku perlu berkahwin...dengan bernikah , ia adalah penyelamat bagi kami
perasaan untuk berkawin tue akan datang secara tiba2x...mcm kuasa magnet 

kalo ikut perbincangan dulu
^_________^
lagi 7 bulan
nak dipuankan...
hehehe geletis sungguh aku nie
~ saje nk gembirakan diri ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...