Followers

21 September 2013

Bila Sengugut Menyerang

petang nie entry 
khas untuk wanita 
dan adik-adik remaja perempuan
ahaksss
yang laki kalo terbaca 

tambah pengetahuan korang jelah

huhhh
maaflah kalo terlalu berterus terang
sape yang kena senggugut akan tahu mcmmane sakitnya


pengalaman aku kena senggugut
huurrrmmm paling teruk aku kena sampai aku termuntah-muntah
aku rasa mcm nk tercabut pinggang...time tue aku umur aku 22 thn tak silap
aku menangis coz mmg dah x leh tahan lg
duk tepi dinding ..aku mencangkung..sakittt sangat
menangis ...menangis..sampai adik aku yang laki pandang pelik je...
hahahha lawak je tau
then mak aku 
sapukan minyak bawang
huhu sambil mak aku urut perut n pinggang aku
mak aku kata 

"nie baru sakit senggugut ...ko dah x leh tahan ....macamane ko nk bersalin nanti...lg sakit tau"

waaahhh rasa nk pitam dgr ayat mak aku
tahap paling teruk...aku akan ke klinik..
ambik injection
mmg dah hilang tenaga nk bertahan 
lenguh separuh badan aku

*dah cuba mcm nie ..tp x berkesan*

kadang-kadang aku
akan amalkan minum air halia
aku potong - potong halia 
then rendam dgn air suam
*petua nie GURU BESAR aku bagi...ahakss malu kau...asyik MC sebab sengugut je*

satu lagi 
hasil usaha incik boss
carikan kat tenet
mybe dia kesian sgt tgk aku'
setiap bulan sengugut
so dia cari petua tuk kurangkan sengugut aku nie
thanks abang 
^^_________^^
ambik sebiji limau nipis...aku perahkan air limau tue
dalam air suam 
then minum gitu je
huuuiisshh masaammm ehh

 ALHAMDULLILAH memang berkurang 
pastue korang akan rasa lega sangat
mahap kata
aku rasa darah kuar dari faraj nie
berlesup-lesup..
soriii yaaa
 
 tak perlu bebel panjang lebar
meh ler kita berkenalan 
dengan 
Penyakit perempuan stp bulan
diberi nama 

SENGGUGUT


*uuurmmmmm sakit kalo kuar mcm nie...nasib bek x penah kena teruk mcmnie*

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. 


Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid
 
 
Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa
 
Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.

*dr pengalaman aku .....aku mampu nasihatkan....janganlah amalkan minum ais.....bila dah nk dkt datang bulan
sengsara rasanya..seminggu aku kena sengugut ...nk wat keja pun x de mood
apalagi hangin satu badan ....asyik nk marah je*
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...