eheks
pas wat entry resipi
aku pulun kan
wat entry tentang jus
sluurruuppp
maklumlah tadi sambil berbelog
sambil tue minum orange juice
waaahhhhh
petang td melayan iklan
PEEL FRESH MARIGOLD
mentang-mentang
tengok si cantik manis
LISA SURIHANI
jadi duta marigold
*lisa pas nie kasi saya lah ya jadi duta..penat promote dlm blog nie...ahahah* |
ahaks timbul perasaan cemburu berkodi-kodi
jelesss i
nak gak jadi mcm lisa
i pun nk jadi duta produk
kahkahkahkah
silap hb kena kahak dengan diorng
berangan tak sudah
ekekeke
ok seyes
aku bukan ditaja tuk lariskan produk diorng ya
seyes memang sedap orange juice marigold nie
sluuuruuppp
tak cukup sekotak tue
hoho....tak de jual dlm katon ke
terasa pati buah oren lah
(x caya dah 2 gelas aku minum..ok stoppp ...tgh malam nanti aku ke tandas je...)
bukan setakat jus oren jelah
aku try gak minum jus jambu batu marigold tue
wowwwww
terbaikkkk
minum sejuk-sejuk lagi lah terbaik ya x
pas nie pagi-pagi
pesan pada diri sendiri jangan lah amalkan
minum kafein nie
huhu
nak amalkan minum jus buah-buahan
tak kisah apa orang nak kata
tekak omputih ke hape ke
dalam badan nie kena jaga ok
sok dah sakit
ada ke yang sanggup tolong aku
hehehe
alaaahh touching plak ye
gurau je (**_____**)
sebenarnya minum jus buah-buahan nie mmg banyak kebaikannya
disebabkan dah citer tentang jus oren tadi
so kita baca tentang
KHASIAT BUAH OREN
jelah ya
aku tak larat nk cari semua khasiat buah lain
*tak tido malam nk gugel nanti*
"Anda suka makan buah oren atau minum jus
oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan
buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak
terlalu mahal.
Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa
yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi
kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin
dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan
oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga
mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin,
vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik
ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh
mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar
bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.
Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan
karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan
sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk
kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di
dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta
proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet
harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah
mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah
sekitar 25 g sehari).
Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan
organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat
mencegah dan membantu penyembuhan anemia.
Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah
kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas
inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa
penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren
dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi
merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian
memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin
C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi,
seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat.
Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang
merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar
‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.
Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh
dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh
terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen
perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada
vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam
tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 –
100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren
bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda
juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari
jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak."
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak."
(@__@)
sekian,
gigih koo..tuan belog nie minum orange jus tuk kulit dia
kahkahkahkahkah
No comments:
Post a Comment