Followers
28 July 2016
14 July 2016
Trimester 2 : 6 Bulan
Dlm sekelip mata
kandungan aku dh brusia 6 bulan
minggu nie genaplah 26 minggu
makin lama makin seram dh rasa nie
takot mak ehh !!!!!
lebih kurang 3 bulan je nk jmpa buah hati ibu kan
skg nie awak dh makin bijak ya syg
mlm2x..kejap mengeras kejap ke kiri kanan
1st time kena mcm tue..aku rs mcm teruja plak
tetiba tgk perut sendiri tersenget...hehe
nampak bonggol kat perut
tp x tau lah tue punggung ke kepala baby
nak2x minggu lepas ..ayah dia cuti lama sempena raya....
dapatlah abiskan masa selama seminggu.
baby happy je ya jumpa ayah...ayah usap dia....hehe
kalo ngn ibu..kdg2x ibu x larat....mlm2x terus terlelap
maafkan ibu ya syg...ibu keletihan
maklumlah skg tido ibu dah x lena
dlm 1 malam tue ntah bp kali bangun ...pergi ke tandas
ibu x tau berat awak skg dh bp gm
cuma ibu rasa makin lama dh makin berat...
tp ramai plak yg duk tegur perut ibu kecik
huwaaaa
ibu gi klinik .....pmpn prgnt lain perut dh maju ke hadapan..ada yg dok jeling ibu
agaknya dorg fikir...
"budak nie ya ke prgnt",,,,hahahaha
sejak mengandung nie..berat ibu x konsisten..
asyik menurun je...
nurse smpi pesan suh makan banyak2x..takot awak kecik nanti
bila ibu bgtau nenek..nenek kata..tkpe kecik dlm perut...sng nk kuar..
nanti dh lahir blh bg susu bnyk2x
janji masa dlm perut....baby sihat je
kecik atau besar bukan lah ukuran
Bagaimana perkembangan anak ibu dalam perut skg nie ??
26 MINGGU
"Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.
Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.
Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi"
SUMBER:
Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.
Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi"
SUMBER:
= http://www.babycenter.com.my/a1044291/perkembangan-fetus---hamil-26-minggu =
Ibu dan ayah x beli lagi nie persiapan awak....nurse dh mula pesan kalo ada tanda-tanda nak bersalin
terus ke hospital
adehh ini yg wat lg bertambah seram
orang lain dh sibuk wat persiapan beli barang baby tapi kami duk rileks je lagi
wat nya terberanak awal...adehh kesian baby nnti...
Muka mak buyong ^____^
Minggu ke 28 nanti
ibu kena minum air gula (MGTT) kali ke 2...harap2x oklah
pastu kena inject kancing gigi lagi
hahaha mmg pakej lah jawabnya
24 June 2016
Tips Hadapi Morning Sickness
Morning Sickness !!!!!!!!!
alahai fobia tau x
hahaha
dh kena batang idung sendiri
barulah aku rasa mcmmne..
segala makanan terkeluar semula
tapi tkpe ....morning sickness tue menunjukkan
perkembangan positif tuk kandungan kita
yg tak kena morning sickness tu...jgn plk kecil ati ya
beruntung lh korang
x semestinya yg x kena tu...kandungan x ok
orang kata...kita ni bila mengandung...bahagian masing-masing
ada yg awal kehamilan...morning sickness teruk,..tp bersalin sng
ada yg awal kehamilan ..semua ok..tp akhir kehamilan ada masalah
dan mcm2x lah
tkpe itu semua pengorbanan
yang memerlukan kesabaran
*walaupun kdg2x aku rasa nk ngis je...bila muntah nie...balik keja melepek terus*
tips menghadapi morning sickness nie ..aku ambik dr fb...hehe
: : : TIPS HADAPI MORNING SICKNESS : : :
Pengalaman aku sendiri
!!!________!!!
pagi-pagi aku mesti singgah 7e ...cari air vitagen ...x kiralah yg rasa epal ke ..limau...ke
yg penting masam
itu je aku blh telan
kdg2x aku mkn buah epal ijau..
sampai satu tahap aku muntah ...lembik dah
paksa diri telan air garam ...mcm dh kena cirit plak eh
selalu aku akan mabuk ....dlm kol 8....hurmmm time nie dh mula dh
rs trauma nk bgn pg ....tp kuatkan smgt je lah
lagi satu ....kalo mak aku menumis...adoi lahai....bau bawang...bau ikan..
aku duk dlm bilik...hidu bam...dh x tahan bau....
smpi serta merta muntah...
penah sekali tue ..lps masak spageti...
aku terus mabuk teruk...
sampai malam muntah......ingatkan pg tue aku masak..aku dh ok...dh xde morning sickness..rupanya...hahaha tipu je....
ambik ko lps masak..terus muntah ...
pernah jgk makan burger mcd.....tekak nk mkn sgt...ajak suami aku gi mcd ayer keroh...sampai sana bkn makan bnyk pun....tahan je lah...kat umh berlambak kuar burger dlm tandas...
penangan mabuk nie mmg dahsyat lah
RENUNGAN BERSAMA:
TIPS MUDAH BERSALIN
Assalammuaalaikum
wbt
Hari nie puasa dh masuk 19 hari kan...
allahuakbar ,,,,begitu pantas masa berlalu
pagi-pagi nie kalo nk wat keja kena ambik mood dulu lah
ngk ape yang patut
Bila dh scroll newsfeed fb tue...
ternampak plak pasal something
geng Info Ibu Hamil
post tentang
tips mudah bersalin
so aku pun dgn lajunya...save photo tue
rasanya nk simpan dlm hp
ntah2x mana aku transfer
x memasal ilang tips tus
lebih baik letak kan blog je
::: TIPS MUDAH BERSALIN :::
tips yang ke 4 tue rasa sedih + syahdu .....
kalo info yg nie masih kekurangan lagi
korang boleh lah komen dan tambah ya
maklumlah ..kita nie..xde pengalaman...just sharing je mana yang patut tuk perkongsian bersama bakal ibu .......
13 June 2016
5 Tip Berbuka & Bersahur Ibu Mengandung Di Bulan Ramadan
Salam
hari nie dah masuk 8 Ramadhan
sekejap je kan...
ibu-ibu yg mengandung mesti ade pengalaman sendiri ketika berpuasa
di sini, ada tips yang di ambil dr
MAJALAH PA & MA
Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.
Bagi yang teruk morning sickness, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan sepanjang menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung:
Ketika berbuka puasa
1. Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
2. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyak sayur-sayuran.
3. Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Ketika bersahur
4. Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
*Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
*Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
*Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
5. Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
3 June 2016
Diari Kehamilan : Minggu ke 20
Alhamdulilah minggu nie anak ibu dh 20 minggu dlm perut ibu
minggu lepas ibu n ayah...tgk syg masa dktr scan
alolo lasak nya dia..
patut lah ibu rs x selesa je
ayah fokus btul tgk syg
excited btul ayah....ibu mula-mula nk gi scan sorang je sbb malas nk tgu ayah balik
tp ayah x bagi plak....
so ibu akur jelah ..tgu ayah balik Melaka
lega hati ibu & ayah bila dktr kata buah hati kami nie sihat je ...semua ok ..
mcm2x dktr tunjuk ...
last skali dktr kata..nk tau jantina x...ibu ckp x kisah
hati seorang ibu hanya mahukan ank cukup sifat dan sempurna
amboiii payahnya dktr nk tgk jantina dia
rupanya tali pusat terbelit dkt paha..knp lasak sgt syg ibu nie..
^^_______________^^
banyak kali dktr goyang kan perut ibu dgn scanner tue..sampai ibu dh rasa senak dah....
agaknya ayah kesian ngk ibu..
ayah smpi pegang tgn ibu.....
ooohh ok rupanya dh nampak jantina
berat awak dh 300gm tau syg....dktr kate sesuai dgn usia kehamilan
ALHAMDULILAH
^^____________________________^^
*posing dlm bilik pss jelah*
ayah dan ibu dh boleh beli baju sayang ^^_______^^
skg nie kesihatan ibu ....dah makin baik...dh xde muntah...
kerjanya asyik nk makan je....hahaha
selasa lepas ibu gi checkup dkt klinik kesihatan ayer molek..
berat ibu pun nurse dh tulis dgn pen hitam
cuma HB ibu turun jadi 11.5 drpd 13 masa awal kehamilan
so x yah lh ibu gi checkup lg 2 minggu kan
terus dtg hujung bulan 6 je nanti
ibu pun dh mula minum susu 2x sekali....dan makan kurma
bila bc dkt gugel ...
usia kehamilan 20 minggu ...apa yg berlaku dlm rahim kita ?
=_________=
FASA PERKEMBANGAN
"Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran".
"Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar"
"Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada".
(SUMBER: www.babycenter.com)
=______________________________=
Membesarlah dengan sihat buah hatiku
26 May 2016
Sambal Totok Versi Umi Hani
Haaaa...sape sini orang jawa ..
moh2x ...angkat tangan ....
korang mesti terror kan wat sambal totok
aku baru nk menceburkan diri
testing wat sambal totok
adoiii makan ngn nasi panas2x...ikan masin
perghh blh bertambah sambil peluh menjejes
sebab kepedasan kan
tapi sambal totok yang aku buat
aku de modify
..derhaka sikit je
Bahan-bahan nk wat sambal nie senang je tau ...
korang perlu ada CILI PADI, IKAN BILIS, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, BELACAN, LIMAU SAMBAL
Ikan bilis tue mcm biasalah kopek ....buang sisa-sisa hitam tue....hehe itupun x kan nk ajar....ngee ^^__^^...basuh....kemudian goreng... agak2x je kaler... ...blh lah angkat tp kalo aku ..aku x suka garing sgt...
Jangan tanya kuantiti semua bahan tue mcmmne ya....aku x pandai nk anggar kan
aku just letak2x gitu je...kn pandai2x sndr nk blja....try n error...hahaha
BELACAN tu aku bakar (mcm nk wat sambal belacan plak)
CILI PADI, BWG MERAH, BWG PUTIH digoreng layu dlm kuali ...jgn lupa letak minyak masak sikit
Bila dah layu semua bahan tue ....kalo korang rajin blh lah ditumbuk ^^________^^
kalo malas sgt....blenderj je sudah ...gunakan teknologi yg ada ...haha
tp kalo aku plak....aku blender kasar pastu masuk dlm lesung batu...aku tumbuk lah bersama ikan bilis..jgn hancur sgt ..nnti nk mkn xde nikmatnya
erkkk sorii ...jgn lupa letak gula dan garam...sesuaikan perasa tu ya
kalo nk ltk jus limau sambal pun blh je...tp aku x letak
dan satu lg kalo family korg jenis x mkn pedas....
blh lah pas tumbuk atau blender bahan2x sambal tue...korg goreng sikit..bg garing ...
ITU JE LAH SAMBAL TOTOK VERSION AKU
(adoiii menjejes air liur ....terbayang-bayang sambal nie)
Subscribe to:
Posts (Atom)































