Followers

18 June 2014

Suka Duduk Banyak Penyakit

Bersua lagi kita untuk entry kali nie
entry orang pemalas
dh nk penghujung bulan 
baru 2 entry
blogger lain...berlumba-lumba update
ntah xde idea...
kdg2x idea tue ade..tp busy .....
ngan laptop yg selalu wt hal
membataskan lg idea...
huahuahua ...pakai phone x best
x besaqq nak tatap kan 


okey kali nie
kita menceceh tentang 
DUDUK
sape yang suka duduk
hahahaha 
pas korang baca entry nie mesti 
korang jd x suka untuk duduk kan
=,=

DUDUK NIE SATU NIKMAT TAU
TP AWASS !!!


duduk pun penyumbang kepada penyakit =,=

Berapa jam anda duduk dalam masa satu hari?. Tahukan anda bahawa duduk merupakan satu masalah yang perlu dielakkan sebaik mungkin?.

1. Di seluruh dunia sekarang ini, ketiadaan aktiviti atau duduk saja membunuh manusia jauh lebih ramai daripada merokok.

2. Duduk dalam jumlah masa 6 jam sehari meningkatkan risiko anda untuk mati awal dengan banyak sekali.

3. Tidak kira berapa kerap anda bersenam, jaga makan, tidak merokok dan tambahan apa saja gaya hidup sihat, banyak atau berlebihan duduk tetap membahayakan kesihatan anda.

4. Duduk juga merupakan faktor anda menjadi gemuk. Jumlah manusia duduk semakin hari semakin meningkat sedangkan jumlah bersenam kekal sama sejak dulu hingga sekarang.

5. Menurut seorang pakat diabetes, berlebihan duduk menyumbang risiko kesihatan yang sama dengan merokok.

6. Sebaik saja anda duduk, keseluruhan aktiviti kerja pada anggota kaki anda terus berhenti. Jumlah pembakaran kalori badan anda menurun kepada hanya satu kalori/seminit.

7. Sebaik saja anda duduk juga membuatkan enzim membakar lemak anda menurun sebanyak 90%.

8. Selepas duduk selama dua jam, jumlah kolestrol baik anda menjunam turun sebanyak 20%.

9. Pekerja yang bekerja di depan meja atas kerusi mengalami masalah serangan jantung dua kali ganda daripada orang lain.

10. Sebaik saja anda berdiri daripada duduk, tenaga anda akan mula meningkat. Berjalan kaki boleh meningkatkan tenaga anda sebanyak 150%. Menggunakan tangga berbanding lif meningkatkan tenaga anda sebanyak 200%.

Banyak penyakit yang menimpa manusia moden sekarang ini berpunca daripada masalah duduk. Oleh itu, kurangkan duduk kerana ianya memainkan peranan yang besar dalam mengamalkan gaya hidup sihat kita.

^^______^^
okey dah kita nak bangun jap
nak joget nustan 
==,==
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...