Followers

7 July 2014

= Lava Cake =

Salam 9 Ramadhan 
entry ini
hanya image sahaja

= tuan blog dr petang smlm beriya-iya tgk youtube...gugel resipi =
kalo dia x buat jugak 
=,=
x tau nak kata ape dah
hehehe
ok enjoy ya 
tgk pic 







Hidangan – 4 Kek Coklat.
Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara penyediaan:
Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)
Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.
Boleh dihidangkan bersama aiskrim vanilla bagi menambahkan kelazatannya.

*selamat mencuba tuan belog*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...