Followers

23 November 2013

Adat-adat dalam perkahwinan melayu

Salam
selamat malam semua 
(@________@)


wahhh penat btl badan gi majlis kawin
kat batu pahat
adehhhhh dh lah aku tido 4 jam je tau
huhu berkeneneng pala aku nie


haisshhh napa aku sentuh pasal adat-adat dalam perkahwinan orang melayu nie
ahahahah acaner nk kata
kalo boleh dielakkan harus :)


aku tgk skg majlis kawin org melayu
dah mcm majlis omputih 
sorry kalo aku kata
b4 kawin pun dah ade pre wedding
uurrmmm ambik gambau melekat-lekat
huurrmmm acaner tue
belum sah lg
aku bukan lah ustazah
elakkan lah benda mcm tue semua
tak penting kot
jangan lah minda kita dijajah dgn budaya barat
buat ape kita nk ikut cara mereka yang menjahanamkan kita
kalo nk sgt wat pre wedding
shoooting ala2x artis 
bg aku lah
better aku ambik pic tak melekat dgn couple
pic pasangan tgh mengaji quran ke 
 nak ngk pun lebih suweett n selesa je mata
 tp nk wat mcmmane tak semua nya sama pemikiran kan
terpulang lah pada anda untuk mencorakkan perjalanan rumahtangga anda yang akan ditempuh



ADAT-ADAT DALAM PERKAHWINAN MELAYU



Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.




*JOM KITA FIKIRKAN*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...